Oleh : AHMAD FADLI KC
MENTERI di jabatan Perdana
Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan kerajaan akan menarik balik cadangan
pindaan kepada Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 di
Dewan Negara hari ini.
Menurutnya, keputusan itu
dibuat jemaah menteri selepas mengambilk kira maklum balas dan bantahan dari
pelbagai pihak terhadap rang undang-undang itu.
Keputusan itu juga
menurutnya dipersetujui pembangkang dan Suruhanjaya Pilihan Raya selepas satu
pertemuan selama sepuluh minit kelmarin.
Langkah itu juga diambil
memandangkan Dewan Negara sedang membahaskan dua lagi pindaan terhadap rang
undang-undang itu selepas tiga pindaan di peringkat Dewan Rakyat sebelum ini,
katanya.
"Kita lihat banyak
penolakan (terhadap rang undang-undang itu). Ia jadi berserabut (dengan dua
lagi cadangan pindaan di peringkat Dewan Negara).
"(Oleh itu) kerajaan
buat keputusan untuk menarik balik rang undang-undang itu," katanya dalam
sidang media di bangunan parlimen hari ini.
Rang Undang-undang Kesalahan
Pilihan Raya (Pindaan) 2012 itu diluluskan secara tergesa-gesa pada 19 April
lalu hari terakhir persidangan Parlimen untuk kali kelima bagi penggal ke-12.
Antara pindaan yang
diluluskan pada hari itu melibatkan peruntukan bawah Seksyen 14 1(A) yang tidak
lagi membenarkan pemerhati pilihan raya dari parti politik ditempatkan di
pondok pilihan raya (barung).
Seksyen 26A subseksyen (2)
dan (3) pula dipadamkan sepenuhnya menyebabkan pemerhati pilihan raya, calon
dan wakilnya dihalang daripada memantau pendaftaran pengundi pada hari pilihan
raya.
Seksyen 11(c) yang turut
dipadam juga menyebabkan cetakan bahan pilihan raya tidak perlu disertakan nama
dan alamat pencetak atau penerbit bahan tersebut.
Mengulas lanjut, Nazri
memberitahu beliau akan mengusulkan perkara itu di Dewan Negara bagi pihak
jemaah menteri hari ini.
Turut hadir dalam sidang
media tersebut ialah Ahli Parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang yang berkata
Pakatan Rakyat menyokong penuh langkah kerajaan menarik rang undang-undang itu.
"Apa yang penting,
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu pertimbang cadangan BERSIH.
"Kita masih jauh lagi
dari mengecapi pilihan raya yang bebas dan adil," kata penasihat DAP itu
lagi.
Penarikan balik rang
undang-undang di peringkat Dewan Negara, yang amat jarang berlaku, dibuat dua
minggu selepas perhimpunan BERSIH 3.0 di mana kira-kira 100,000 orang turun
menuntut pilihan raya bebas dan adil serta berdepan dengan tembakan gas pemedih
mata dan meriam air. (Mkini)
jika semua dah setuju dgn penarikan pindaan tersebut, lakukan saja.
ReplyDeleteI think its a good idea for the Bersih organizers to sit down with the SPR to talk about reforming the electoral systems.
ReplyDeleteThere is no reason to hold a demonstration if the SPR is willing to discuss this face to face.
ReplyDeleteMantapkan undang2 pilihan raya di negara ini. Yang tidak relevan, gugurkan saja.
ReplyDeletePertimbangkanlah cadangan Bersih. Nanti mereka buat Bersih 4.0 lagi.
ReplyDeleteBaguslah kalau macam itu. Suara ramai memang perlu kita ikut.
ReplyDeleteUtamakan rakyat, suara2 rakyat perlu didengari
DeletePSC bertanggungjawab menambahbaikkan sistem PRU13.
ReplyDeletemacam sia2 saja PSC ditubuhkan.. dan macam sia2 saja pakatan hantar wakil2 untuk menganggotai PSC.. tetap juga mereka tidak setuju..
Deletesemakin dekat PRU, semakin rumit pula kerja2 SPR.. banyak sangat masalah.. baik minta saja SPR asing pantau pilihanraya di negara ini..
ReplyDelete