Oleh : IDA LIM
PENCULIK kanak-kanak berusia
12 tahun, Nayati Shamelin Moodliar menggunakan laman sosial Facebook untuk
merunding jumlah wang tebusan dengan keluarganya.
Pihak polis akan memburu
penjenayah terbabit dengan kerjasama Jabatan Sisatan Jenayah Siber Bukit Aman
dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Mereka berharap akan dapat
menjejaki penculik tersebut melalui alamat 'Internet Protocol' (IP) yang
digunakan sewaktu rundingan melalui Facebook berkenaan.
The Star turut melaporkan
jumlah sebenar wang tebusan bernilai RM1 juta, sebelum penculik dan keluarganya
bersetuju dengan nilai RM300,000.
Selepas wang tebusan itu
diserahkan pada petang Rabu, penculik itu kemudiannya melepaskan kanak-kanak
terbabit dengan meninggalkannya di hentian Rehat dan Rawat Sungai Buloh
keesokan paginya.
Kanak-kanak tersebut
dijemput oleh keluarganya selepas dihubungi Nayati (gambar) menggunakan telefon
bimbit yang ditinggalkan penculik.
Kes ini mendapat perhatiam
umum, dengan poster tertera gambar kanak-kanak itu ditampal di dalam pelbagai
bahasa di sekitar Lembah Klang.
Turut dilaporkan sebelum ini
Nayati yang lengkap berpakaian uniform sekolah telah diculik dua lelaki
menggunakan kereta bewarna hitam pada jam 7.35 pagi tidak jauh dari sekolahnya,
Mont Kiara International School.
Lelaki berkenaan dikatakan
memeluk kanak-kanak lelaki tersebut ketika dia sedang berjalan ke sekolah,
menariknya ke dalam kereta dan melarikan diri.
Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah akan mengetuai pasukan khas bagi
menangkap penculik tersebut.
Hope that the police will successfully track down Nayati Shamelin Moodliar kidnapper.
ReplyDeleteFortunately Nayati was released unharmed.
ReplyDeleteMakin senanglah untuk mengesan penculik kanak2 ni.
ReplyDeleteapapun, paling penting Nayati dah selamat.
ReplyDeleteApa pun cara yang ingin digunakan yang penting dapat menyelamatkan anak-anak kita.
ReplyDeleteSyukurlah Nayati pulang ke pakungan keluarganya dengan selamat
ReplyDeleteMudah2an penculik tu dapat dikesan dan ditangkap
ReplyDeleteyang penting kanak2 ini selamat kembali kepangkuan keluarga..
ReplyDelete