UMUM....Perdana
Menteri Najib Razak dijangka mengumumkan pilihanraya Julai akan datang.
Oleh : JAHABAR SADIQ
PILIHANRAYA umum dijangka
mungkin berlaku seawal Julai depan sebelum bulan Ramadhan kerana Bersih 3.0
tidak memberikan kesan terhadap sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN),
demikian menurut sumber BN.
The Malaysian Insider
difahamkan pilihanraya tidak akan dilaksanakan pada Jun ini kerana Datuk Seri
Najib Razak akan bercuti ke luar negara selama dua minggu bermula pertengahan
Mei, walaupun beliau akan menghadiri perjumpaan 'Rakan BN' di London pada 14
Mei.
"Selepas sambutan ulang
tahun Umno pada 11 Mei, Perdana Menteri akan menghadiri satu majlis di London,
majlis graduasi anak lelaki beliau sebelum ke Sepanyol untuk bercuti,"
jelas sumber kepada The Malaysian Insider.
"Berkemungkinan pilihan
raya tidak akan berlaku dalam bulan Jun. Julai seperti sangat sesuai
memandangkan kebanyakan pemimpin BN sudah bersiap sedia untuk menghadapi
pilihan raya, katanya dan menambah, ia mungkin dilaksanakan sebelum 19 Julai
memandangkan bulan puasa dijangka akan bermula. Lebih 60 peratus rakyat
Malaysia beragama Islam dan berehat daripada aktiviti politik ketika bulan
puasa.
Sumber lain menjelaskan
Pengerusi BN itu telah mula mendapatkan sokongan daripada rakan-rakan dan
penyokongnya di seluruh negara, dengan lawatan terbaru beliau ke Gua Musang
Jumaat lalu yang mana telah mengenepikan dakwaan piihan raya akan dilanjutkan
ekoran insiden keganasan Bersih 3.0.
Malah beliau menegaskan
hanya rakyat yang akan menentukan tarikh sebenar pilihan raya. Beberapa laporan
media antarabangsa menjangkakan Najib akan menangguhkan pilihan raya umum ke-13
selepas insiden Sabtu lalu.
Namun Perdana Menteri itu,
ketika menjawab soalan pemberita di sini, tersenyum apabila diajukan persoalan
tersebut dan menjelaskan "tarikh pilihan raya tidak akan tergugat dengan
perkara itu."
"Ia terpulang kepada
rakyat. Kita akan membuat keputusan berdasarkan pandangan rakyat terhadap
kerajaan, tunggu sahaja," kata Najib.
Sumber itu turut menjelaskan
Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, telah melawat ke semua negeri
sejak beberapa bulan lalu bersama dengan ketua BN Sarawak minggu lepas dan
timbalannya di Sabah pada hujung minggu lalu.
"Mereka yakin dan BN
negeri turut yakin. Pilihanraya semakin hampir," kata sumber tersebut.
Beliau menjelaskan
perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 yang dijalankan serentak di 11 negeri dan
80 negara di seluruh dunia hanya menguatkan lagi sokongan pengundi untuk
menghadapi pilihanraya.
"BN masih kuat. Bersih
hanya memberikan kesan yang minimum kerana ia dirosakkan oleh PKR dan keganasan
sewaktu protes tersebut telah mengubah pendirian pengundi atas pagar,"
tambah sumber.
Rating Najib telah meningkat
mendadak kepada 69 peratus dalam kaji selidik terbaru telah mewujudkan spekulasi
pilihanraya bakal dijalankan pada Jun depan, walaupun penggal BN memerintah
masih lagi berbaki hingga Mac tahun depan.
Pakatan kerajaan tersebut
menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan menguasai kesemua negeri
kecuali empat diperintah Pakatan Rakyat (PR).
Pilihanraya seterusnya bakal
menyaksikan lebih 2.2 juta pengundi baru, yang telah mendaftar antara pilihan
raya sebelumnya pada 2008 dan penghujung tahun lalu. Hampir 60 peratus pengundi
baru berbangsa Melayu, bangsa dominan di negara ini.
Statistik Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) menunjukkan jumlah pertambahan pengundi tertinggi adalah
Selangor dengan 165,222 individu, diikuti Johor (124,240), Perak (96,710), Sabah
(86,927), Kedah (84,704), Kelantan (69,344), Penang (64,029), Sarawak (63,305),
Kuala Lumpur (61,040), Pahang (59,639), Terengganu (45,190), Negeri Sembilan
(42,009), Melaka (31,827), Perlis (9,881), Labuan (2,863) dan Putrajaya
(1,920).
Bersih, pertubuhan dengan 84
gabungan NGO. telah menolak daftar pemilih SPR dan menuntut pilihan raya yang
adil dan bersih ketika perhimpunan mereka sejak 2007, dan terbaru pada 28 April
lalu, yang menyaksikan ribuan masyarakat turun ke jalanan untuk mengadakan
tunjuk perasaan aman duduk bantah.
Perhimpunan itu bagaimanapun
bertukar ganas setelah perusuh mula meruntuhkan penghadang yang didirikan bagi
mengelakkan mereka memasuki kawasan Dataran Merdeka.
Pentadbiran Najib telah
melaksanakan tuntutan Bersih 2.0 pada Julai lalu apabila membentuk pasukan khas
pilihan Parlimen (PSC) berkaitan pilihan raya, namun Bersih tetap berkeras
daftar pemilioh SPR masih lagi tidak bersih sepenuhnya. (TMI)
Its unlikely for the General Elections to be held this July if Najib Razak will be out the country during that period. If the General Election is set at that time, he would stay in the country to prepare for the elections.
ReplyDeleteSo far the parliament have not been dissolved, it is possible that the general election will be postponed until next year.
ReplyDeleteMasih ada masa lagi hingga April tahun depan. terpulang pada Najib untuk menentukannya.
ReplyDeletePerhimpunan Bersih yang lalu mungkin memberi sedkit kesan PRU13
Deleteini hnya ramalan, belum tentu lagi baik tunggu ja najib umumkan.
ReplyDeleteJulai PRU diadakan?? Masa puasa pula itu nanti.
ReplyDeleteRamalan demi ramalan, tunggu saja bulan Julai sama ada betul atau tidak. Siap sedia saja la
ReplyDeletesaya malas mahu ambil tahu ramalan2 seperti ini.. kalau balik2 buat ramalan, saya pun boleh buat..
Deletebila ada ramalan berkenaan dengan tarikh PRU, mesti kononnya dapat dari sumber dalam atau BN.. tunggu2 punya tunggu, tidak tepat juga.. cukup2 la buat ramalan.. tunggu saja pengumuman rasmi dari PM..
ReplyDelete