PERHIMPUNAN di ibunegara
bulan lepas disertai oleh 22,270 orang dan bukan ratusan ribu seperti yang
didakwa pembangkang, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk
Seri Dr Rais Yatim hari ini.
Beliau berkata rumusan
tentang jumlah mereka yang menyertai perhimpunan pada 28 April itu dibuat oleh
Pertubuhan Berita Nasional (Bernama) dengan menggunakan sistem blok fotografi.
"Jumlahnya 22,270, agak
hampir dengan konfigurasi British Broadcasting Corporation (BBC) (25,000),
tetapi, yang pasti ia jauh daripada (jumlah) yang diumumkan (penasihat PKR dan
Ketua Pembangkang) Datuk Seri Anwar Ibrahim ke seluruh dunia.
"Sehubungan itu, kami
ingin berkata begini: "Bersikap jujurlah tentang jumlah orang yang
menghadiri sebarang majlis.
"Dan idea untuk
menjadikannya gah hingga mencapai beratus ribu bukan saja sesuatu yang agak
nakal, tetapi juga menyatakan sesuatu yang begitu tidak benar kepada rakyat
Malaysia dan kepada seluruh dunia," katanya selepas merasmikan kursus asas
mengenai media baharu untuk anggota Mubarak (Majlis Bekas-bekas Wakil Rakyat)
dan veteran Umno di ibunegara.
Rais mempelawa mereka yang
begitu berminat untuk mengetahui bagaimana jumlah itu dikira, melihat cara
Bernama melakukannya.
"Kami sebenarnya boleh
mengira jumlah kepala bagi setiap sentimeter graf pada sesuatu gambar.
"Kami lebih cenderung
menerima cara anggaran itu dibuat daripada cara mencari gah yang kami dapat
daripada puak PKR," katanya.
Ditanya adakah jumlah itu
merupakan angka rasmi kerajaan, beliau berkata junmlah yang dicapai Bernama
adalah lebih logik dan hampir dengan anggaran BBC.
Rais berkata beliau tidak
keberatan sekiranya sebuah badan bebas diwujudkan untuk mengesahkan jumlah itu
jika ada pihak yang mahukan demikian agar ia boleh dijadikan ukuran pada masa
akan datang.
"Saya ingin
mengesyorkan agar setiap kali ada perhimpunan besar, kaedah ini digunakan agar
orang ramai boleh mendapat maklumat secara adil tentang jumlah hadirin,"
katanya. (Bernama)
nampaknya jmlah yang menyertai bersih tidaklah seramai seperti yang digemburkan pembangkang.
ReplyDeleteBuat apa mau tipu jumlah yang sertai Bersih? akibatnya tetap sama-jadi huru hara. tiada pun yang membanggakan.
ReplyDeleteSudah dijangka. Tidak akan sampai 500K punya la.
ReplyDeleteBERSIH cuma 25,000 orang tapi jumlah rakyat Malaysia ada berapa orang??Bayangkan..
ReplyDeletejumlah rakyat Malaysia lebih dari 28 juta orang.. maknanya yang turun mengundi Pakatan nanti hanya la sekitar 25 ribu orang, dan yang selebihnya akan menyokong kerajaan..
Deletepemimpin2 pembangkang ni kalau bercakap, mana ada pakai fakta.. mereka akan bedal saja asalkan apa yang mereka cakap itu boleh mempopularkan mereka..
ReplyDelete