HULU TERENGGANU : Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi
keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil
alih tampuk pemerintahan negara.
Menurutnya, hudud akan
dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi
pilihan (untuk menerimanya atau tidak).
"Bagaimanapun, ia mesti
dilaksanakan mengikut proses demokrasi. Kita dahulukan yang mana dahulu, kita
selesaikan masalah, atasi kemiskinan dahulu.
"Hukum hudud tidak
boleh dilaksanakan, hukum mencuri tidak boleh dijatuhkan sekiranya gaji minimum
tidak dilaksanakan.
"Sebagai contoh, gaji
minimum kena ada, kalau dia mencuri sebab gaji tak cukup, ia (hudud) tak boleh
dilaksanakan sebab tak cukup syarat nak laksana hukum ini, itu kena faham.
"Masalah pengangguran
diselesaikan dulu baru (hudud) dilaksanakan," katanya.
Beliau berkata demikian pada
sidang media selepas mengadakan ceramah Pra-Bubar Parlimen di Kuala Berang, di
sini, semalam. — Bernama
kita lihatlah adakah hudud akan berjaya dilaksanakan atau tidak nnti.
ReplyDeleteBukan..kita lihat dulu sama ada PR mampu jadi kerajaan atau tidak..haha
DeleteKena sentiasa bersikap adil apatah lagi jika mahu laksanakan hukum Hudud ini.
ReplyDeleteRasanya tidak adil jika hukuman itu cuma diberikan kepada umat islam. Apa guna kita satu kerajaan tapi hukuman pula berlainan. Kalau umat islam merogol akan dikenakan hukuman hudud. Tapi kalau bukan islam pula melakukan rogol cuma hukuman biasa. Adilkah begini??? Rasanya PAS memang tidak patut jadi pemerintah. Cuba selesaikan dulu kelantan yang mana negeri yang tertinggi dalam kes HIV/AIDS..
ReplyDeleteKalau betul mahu laksanakan hukum hudud, Kasi Islam saja jangan kasi libat agama lain..
DeletePastikan hukum tu hanya kepada mereka yang beragama Islam.
ReplyDeleteKalau mahu nampak adil pada semua warga M'sia, laksanakan undang2 yang meliputi semua.
ReplyDeletedilaksanakan mengikut proses demokrasi?? Pakatan mengamalkan demokrasi ka?? pemecatan Hassan Ali dan pelucutan jawatan Senator Tunku Abdul Aziz tu boleh dikatakan amalan demokrasi dalam Pakatan??
ReplyDelete