KUALA LUMPUR : Pengarah
Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez berniat jahat apabila mengeluarkan
kenyataan bahawa Malaysia tidak selamat untuk pekerja Indonesia, kata Menteri
Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Menyifatkan kenyataan itu
sebagai tidak bertanggungjawab dan jahil, beliau berkata Irene membuat
kenyataan itu dengan motif untuk memperlekeh hubungan dan kerjasama Malaysia
dengan negara jiran berkenaan.
“Kenyataan itu amat jahil
atau ‘ignorance’ tentang kerjasama dan usaha yang telah dilaksanakan oleh
kedua-dua kerajaan berhubung pengambilan tenaga kerja termasuk pembantu rumah,”
katanya pada sidang akhbar di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri di
sini.
Anifah berkata kenyataan
Irene juga tidak berasas kerana Malaysia sememangnya mematuhi mekanisme dua
hala seperti yang termaktub dalam Akta Asean dan Pertubuhan Buruh Antarabangsa,
selain menghormati hak pekerja.
“Malaysia dan Indonesia
mempunyai MOU (memorandum persefahaman) yang ditandatangani pada Sidang
Kemuncak Asean 2007 berhubung kerjasama dalam pengambilan pekerja iaitu
mekanisme dua hala.
“Perkara ini diberi
perhatian oleh kedua-dua negara kerana ia menguntungkan (Malaysia dan Indonesia),”
katanya.
Anifah diminta mengulas
kenyataan Irene yang disiarkan akhbar The Jakarta Post pada Isnin di mana
beliau mendakwa Malaysia tidak selamat untuk pekerja Indonesia kerana kononnya
ia tidak mempunyai rangka kerja mahupun undang-undang khusus untuk melindungi
pekerja.
Irene turut mendakwa
kerajaan Malaysia mengamalkan diskriminasi terhadap pembantu rumah dan pekerja
ladang, yang mana kedua-duanya tidak termasuk di bawah polisi kadar gaji
minimum sektor swasta.
Anifah menegaskan Malaysia
komited untuk memastikan tidak ada diskriminasi dilakukan terhadap pekerja,
termasuk pekerja warga asing, dan kenyataan Irene amat menyimpang daripada
fakta dan realiti.
Beliau berkata mana-mana
negarapun akan berdepan masalah pengambilan pekerja warga asing, namun ia
adalah kes terpencil dan boleh diselesaikan dengan tindakan sewajarnya.
Sementara itu, Timbalan
Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata polis akan memanggil
Irene dalam masa terdekat untuk mengambil keterangan berhubung kenyataannya. (Bernama)
kenyataan Irene tidak berasas kerana ramai rakyat Indonesia senang berada di Malaysia, di Malaysia hidup mereka lebih baik.
ReplyDeleteRakyat Indon yang masuk secara haram apa pula tindakan kerajaan Indonesia?? Malaysia sudah cukup bertimbang rasa dengan warganegara Indon ni. Pekerja Indon pun bukan cukup baik sangat. ada yang rompak dan larikan barang berharga majikan mereka.
ReplyDeleteIrene kena minta maaf dengan kenyataan beliau.
ReplyDeleteIrene mungkin sengaja keluarkan kenyataan tersebut agar pekerja Indon tidak datang ke sini?
ReplyDeleteSebelum Irene beriya-ioya mahu tolong golongan pekerja asing, tolong rakyat tempatan dahulu.
ReplyDeletehehee..betul. tolong dulu pekerja2 tempatan yang teraniaya oleh majikan atau sebagainya.
DeleteKenyataan Irene ini tidak sepatutnya dikeluarkan begitu saja.
ReplyDeleteJika boleh Irene perlu meminta maaf atas kenyataan tersebut. Bagi memastikan hubungan baik kedua Negara akan terus kekal bersatu.
ReplyDeleteSegala usaha untuk memastikan mereka yang datang bekerja ke M'sia secara sah akan dilindungi oleh undang2 M'sia.
ReplyDeleteapa yang saya lihat, Malaysia yang tidak selamat disebabkan oleh kebanjiran warga Indonesia di negara ini.. masuk negara orang untuk bawa penyakit dan buat jenayah..
ReplyDeletemungkin kerajaan Malaysia juga patut dedahkan kepada seluruh dunia berkenaan dengan jenayah2 yang dilakukan oleh warga Indonesia di negara ini.. dan dedahkan juga bilangan warga Indonesia yang berada dalam penjara di semua negeri di malaysia..
ReplyDelete