MURSYIDUL Am PAS, Datuk Nik
Aziz Nik Mat berkata keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan
yang mengharamkan perhimpunan yang menurut majlis itu bertujuan tidak baik
sepertimana yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu, dibuat hanya
menggunakan 'sebelah mata'.
Mengulas kenyataan Pengerusi
Majlis Fatwa Kebangsan, Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Hussin mengenai perkara
itu, Nik Aziz berkata, beliau setuju bahawa perhimpunan yang bertujuan untuk
mencetuskan huru hara dan merosakkan harta benda adalah haram.
"Bagaimanapun, apabila
dikaitkan dengan himpunan BERSIH 3.0 yang dikatakan menimbulkan huru-hara, saya
berpandangan bahawa kenyataan tersebut dikeluarkan dengan hanya menggunakan
sebelah mata.
"Mata yang digunakan
pula adalah kabur dengan cermin mata yang telahpun rosak," katanya sambil
menambah beliau menghormati anggota Majlis Fatwa Kebangsaan.
"Namun dalam hal ini
saya amat berbeza dengan pendirian yang dikemukakan oleh Pengerusi Majlis Fatwa
Kebangsaan ini," kata Nik Aziz dalam satu kenyataan hari ini.
Dr Abdul Shukor dilaporkan
berkata Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan haram untuk umat Islam
menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar
undang-undang dan kekacauan di dalam negara.
Menurut laporan akhbar,
pengerusi Majlis Fatwa itu berkata Islam membenarkan mencari keadilan tetapi
melaui tindakan beradab.
Mengulas lanjut, menteri
besar Kelantan itu berkata perhimpunan BERSIH 3.0 bukannya bertujuan untuk
mencetuskan huru-hara
Perhimpunan itu, tambahnya,
menggariskan lapan tuntutan untuk membersihkan pilihan raya dan jauh sekali
untuk mencetuskan huru-hara bagi menjatuhkan kerajaan melalui jalan raya.
"Jika dikatakan
menggunakan cara beradab dibenarkan, maka suka saya bertanya, apakah jalan
beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?
"Pernahkah Majlis Fatwa
memandang dan memahami di sebalik lapan tuntutan yang dikemukakan oleh BERSIH
untuk mengatasi isu pengundi hantu dan penipuan di dalam pilihan raya yang
implikasinya lebih besar kepada negara?" soal Nik Aziz.
Sehubungan itu, beliau yakin
bahawa fatwa tersebut hanya "laporan akhbar pro-kerajaan sahaja tanpa
mendapat penjelasan dari penganjur BERSIH 3.0 sebelum membuat pertimbangan
dibuat.
"Justeru, soalan saya
ialah fatwa-kah namanya sekiranya tanpa penjelasan dari kedua-dua belah pihak,
terus sahaja dijatuhkan hukuman?" kata Nik Aziz lagi.
Sebaliknya, kata menteri
besar Kelantan itu, huru-hara tercetus jika ia dihalang.
"Andaikan himpunan di
Gua Musang dan RTC, Kota Bharu ketika kedatangan Perdana Menteri baru-baru ini
ke Kelantan dihalang dan disembur dengan air, tidak mustahil ia turut menjadi
huru-hara.
"Jika BERSIH berhimpun
dianggap haram, apa pula hukum perhimpunan Presiden Umno di Gua Musang dan RTC
baru-baru ini yang tujuannya jelas mengajak rakyat menukar kerajaan Kelantan?
"Justeru cukuplah saya
mengatakan, jangan berjalan sebelah kaki, nanti pincang mengatur langkah. Salam
hormat saya buat Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.
yang pasti jika ia bikin kecoh dan ganas tak patut dianjurkan.
ReplyDeleteSetiap orang ada pandangan mereka sendiri mengenai perkara ini. Tapi jika perkara ini membawa kepada ancaman dan pertumbahan darah rasanya sudah pasti haram untuk diikuti.
ReplyDeleteMajlis Fatwa sudah isytiharkan perhimpunan tu haram, jadi haram la tu..
DeleteLain kali jangan anjurkan perhimpunan yang macam tu lagi
ReplyDelete"apakah jalan beradab yang lebih aman melainkan pergi dan duduk?"..
ReplyDeletetidak boleh ka Nik Aziz berfikir sebagaimana layaknya seorang pemimpin?? tidak ada sudah ka jalan beradab yang lain selain berhimpun?? kalau mahu berhimpun pun, kenapa tidak ikut akta perhimpunan aman?? dimana letakkan "adab" pemimpin2 Pakatan, penganjur2 Bersih dan peserta2 perhimpunan jika mereka bertindak merempuh sekatan polis, memenuhi jalan raya sehingga menyukarkan orang awam berurusan, mengganggu aktiviti2 peniaga dan mengganggu pelancong??
Nik Aziz ada buat kenyataan bahawa sesebuah perhimpunan itu halal jika tujuannya adalah untuk menumbangkan kerajaan.. beliau sendiri mengakui sanggup mengeluarkan dana untuk membayar peserta2 perhimpunan..
ReplyDelete