KIRA-KIRA 400 wakil pelbagai
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan di Kuala Terengganu hari
ini berhimpun bagi mendesak pihak berkuasa mengenakan tindakan tegas ke atas
Datuk S Ambiga termasuk melucutkan kerakyatannya.
Pengerusi Gerakan
Kebangkitan Rakyat (Gertak), Datuk Razali Idris yang mengetuai demonstrasi itu
berkata, kerajaan khususnya pihak berkuasa didesak bertindak tegas ke atas
Ambiga yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan BERSIH 3.0 tempoh hari
sehingga mencetuskan keganasan.
Beliau berkata, rakyat tidak
sanggup lagi menerima sesiapa sahaja yang menggugat ketenteraman dan keamanan
negara khususnya dalam perhimpunan BERSIH 3.0 di ibu negara, baru-baru ini.
"Kita mengutuk tindakan
Ambiga yang menjadi punca berlaku perpecahan di kalangan rakyat negara ini
sekarang ini, dia juga adalah penyokong kuat kepada LGBT (Lesbian, Gay,
Biseksual dan Transgender).
"Justeru itu, kita
mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan tegas ke atas Ambiga termasuk
lucutkan kerakyatannya. Kita tak mahu orang seperti ini memusnahkan negara
dengan cara merusuh," katanya kepada pemberita di Kampung Beladau Kepong,
Manir di Kuala Terengganu.
Menurut Razali sebagai
susulan, pihaknya merancang mengadakan satu rapat umum besar-besaran tidak lama
lagi bagi tujuan yang sama sekiranya Ambiga masih terlepas daripada sebarang
tindakan.
Bagaimanapun, katanya,
tarikh serta lokasi untuk mengadakan rapat umum yang dijangka disertai pelbagai
kaum itu masih belum diputuskan.
"Apa yang kita buat
(demonstrasi) hari ini sebagai satu permulaan, selepas ini kita akan adakan
satu rapat umum besar-besaran yang akan disertai gerombolan besar orang Melayu
selain kaum lain bagi memastikan Ambiga dikenakan tindakan sewajarnya,"
katanya. (Bernama)
Ambiga harus dikenakan tindakan kerana menganjurka perhimpunan yang penuh keganasan.
ReplyDeleteAmbiga membawa masalah besar kepada Negara. Kalau ada ISA sudah lama Ambiga dikurung dalam bilik khas.
ReplyDeleteKalau era Mahathir, pasti Ambiga sudah kena ISA.
DeleteAmbiga adalah orang yang perlu bertanggungjawab dengan semua yang terjadi.
ReplyDeletesudahkah Ambiga membayar ganti rugi kepada para peniaga yang terjejas kesan dari perhimpunan Bersih anjuran beliau??
ReplyDeleteAmbiga yang menyokong penuh LGBT memang berniat mahu menjatuhkan kerajaan dengan cara tidak demokratik.. hanya dengan cara ini barulah niat beliau mahu melihat amalan LGBT di negara ini terus berkembang dibawah pentadbiran Anwar sebagai PM..
ReplyDelete