SERAH...Linda Tseh menyerahkan sebuah Komputer 1Malaysia
kepada salah seorang guru.
Oleh
: SHAIMON S JUMADI Foto
: SAFFIE S JUMADI
AHLI
Parlimen Kawasan Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin berharap agar 1,800 Netbook
1Malaysia yang diberi secara percuma akan digunakan dengan sebaik-baiknya untuk
membuat kerja dengan lebih cekap.
Beliau
menyatakan demikian di Majlis Penyerahan Netbook 1Malaysia kepada para pemimpin
masyarakat, badan-badan keagamaan, pendidikan, badan-badan kebajikan dan persatuan
kebudayaan serta badan-badan bukan kerajaan (NGO) termasuk orang perseorangan.
“Saya
juga ingin menyarankan agar semua penerima Netbook ini dapat mengakses maklumat
yang berguna dari internet dan berfikir dengan lebih bijak seiring dengan
kepantasan teknologi maklumat (IT) itu sendiri,” kata Linda.
Program
Nerbook 1Malaysia kata Linda adalah selaras dengan dasar kerajaan iaitu
“1Malaysia Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” dan pelbagai program
seperti Program Bantuan Rakyat Satu Malaysia, Proram Bantuan Rumah, Program
Satu Azam yang bertujuan menjurus kepada meningkatkan ekonomi keluarga yang
berpendapatan rendah dan sebagainya telah dilaksanakan oleh kerajaan.
Linda
menjelaskan bantuan dan sumbangan seumpama itu yang dilaksanakan oleh kerajaan
Barisan Nasional (BN) kepada rakyat jelata di Sandakan tanpa mengira kaum,
agama, keturunan dan juga ideologi politik yang berbeza.
“Penyerahan
bantuan ini jelas menunjukkan dasar kerajaan BN bersih, telus dan berjiwa
rakyat dan sentiasa adil dan saksama di bawah pemerintahan BN kerana kita boleh
lihat Sabah pesat membangun,” Linda lagi.
Kata
Linda kerajaan BN yang dipimpin oleh Dato Seri Najib Tun Razak dan di Sabah
oleh Datuk Seri Musa Hj Aman Ketua telah berkhidmat dengan penuh dedikasi
dan memberi banyak sumbangan ekonomi,
kebudayaan, sosial, keagamaan dan alam sekitar kepada Warga Sandakan.
“Ini
terbukti sejak BN memerintah orang Melayu, Cina, India, ramai di antara mereka
sudah menjadi jutawan dan hanya tinggal sedikit sahaja yang masih terbelenggu dalam
kepompong kemiskinan.
“Justeru
itu, saya menyeru semua warga Sandakan agar terus memberikan sokongan padu yang
tidak berbelah bahagi kepada kerajaan BN untuk terus menikmati perkhidmatan
yang sangat memuaskan,” ujarnya.
Dalam
tinjauan Sabahkini.Net, walaupun pejabat Parlimen Batu Sapi yang menyediakan
hanya 1,800 unit Netbook untuk diageh-agehkan, namun tetamu yang datang ke
Dewan Masyarakat melebihi 2,500 orang terdiri daripada penyokong-penyokong
setia Barisan Nasional termasuk ahli-ahli UMNO Batu Sapi dan PBS Sekong.
netbook2 yang disumbangkan amatlah dihargai, gunakan ia dgn baik.
ReplyDeleteMakin ramai yang celik IT lepas ni.
ReplyDeleteMacam mana mahu pastikan mereka menggunakan notebook itu untuk perkara berfaedah saja?
ReplyDeletePemberian bantuan ini membuktikan bahawa kerajaan menitikberatkan pembangunan IT di kalangan rakyat dan pada masa yang sama menghargai jasa wartawan.
ReplyDeleteSebaiknya hanya mereka yang benar-benar memerlukan laptop ini saja yang diberikan. Kepada yang berkemampuan rasanya tidak perlulah diberikan laptop tersebut.
ReplyDeleteMereka yang diberi laptop gunakan sebaik mungkin dalam pembelajaran.
DeleteWakil2 BN sedaya upaya menunaikan tanggungjawab dan janji2 kepada rakyat
ReplyDeletesyabas kepada Datin Linda.. tapi beliau perlu lebih aktif dalam menghulurkan bantuan kepada rakyat di kawasan beliau sebagaimana yang dilakukan oleh adun Klias Azizah..
ReplyDelete