Oleh
: ABDUL RAHIM SABRI
TIGA
Mahasiswa Universiti Malaya (UM) yang terlibat dalam demonstrasi anti
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) pada 14 April lalu,
digantung satu semester berkuatkuasa serta-merta.
Mereka
yang dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib universiti hari ini, turut diberi
amaran keras dan didenda tidak lebih RM200 kerana dituduh memalukan universiti
dan mengganggu ketenteraman awam.
Ketiga-tiga
mahasiswa itu - Mohd Syahid Mohd Zaini, Muhammad Safwan Anang dan Haziq
Abdullah Abdul Aziz - hadir dalam prosiding tatatertib yang berlangsung di
Bilik Mesyuarat 3, Kompleks Perdana Siswa pagi ini.
Mohd
Syahid dan Muhammad Safwan adalah mahasiswa Akademi Pengajian Islam. Mohd
Syahid adalah pelajar tahun akhir jurusan sains politik Islam manakala Muhammad
Safwan pula pelajar tahun tiga jurusan Pendidikan Islam.
Manakala
Haziq Abdullah pula merupakan pelajar tahun pertama jurusan undang-undang.
Ketiga-tiga
mahasiswa tersebut diwakili pensyarah Fakulti Undang-undang Prof Azmi Sharom
berdepan dengan jawatankuasa tatatertib tiga anggota yang mengendalikan
prosiding berkenaan.
Pada
14 April lalu, seramai kira-kira 500 orang mahasiswa berhimpun menuntut
pendidikan percuma dan pinjaman PTPTN dimansuhkan.
Mereka
juga bertindak mengalungkan bunga malai pada gambar Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
di perhimpunan tersebut.
Ketika
dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Syahid berkata pihaknya tidak berpuashati
dengan hukuman tersebut memandangkan ia merupakan kes pertama melibatkan mereka
selepas pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
"Kami
boleh timbang (untuk menerimanya) sekiranya diberi amaran... Sewaktu
perhimpunan, polis tidak mengeluarkan apa-apa amaran.
"Perlembagaan
menjamin hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun," katanya sambil mendakwa
anggota jawatankuasa tatatertib turut mengakui peruntukan tersebut.
Bagaimanapun,
Mohd Syahid yang juga bekas yang dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM,
mendakwa wujudnya "tekanan pihak atasan" yang mahu mereka dihukum.
Sehubungan
itu, Mohd Syahid berkata Azmi akan membuat rayuan terhadap hukuman terhadap
mereka. (Mkini)
itulah,, suruh belajar, pergi demo pla..
ReplyDeleteMacam bangga saja dengan surat gantung pengajian tu..
ReplyDeleteMahasiswa patut bersyukur dengan pinjaman PTPTN yang diberikan oleh kerajaan bukannya termakan dengan hasutan pembangkang.
ReplyDeleteMensia-siakan masa hanya mendpat hasil surat pengantungan..BAGUS..
DeleteItu yang mereka inginkan dan perjuangkan. Maka apa-apa pun yang berlaku sebaiknya terimalah seadanya.
ReplyDeleteMereka belajar di universiti tu, sudah tentu terikat dengan peraturan universiti. jadi, pihak U ada kuasa untuk mengambil tindakan..
ReplyDeletebetul tu.. semua universiti mempunyai peraturan.. tujuannya bukan untuk menyekat kebebasan, sebaliknya untuk memastikan palajar2 ini tidak menyimpang dari matlamat utama mereka..
Delete"Perlembagaan menjamin hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun,"
ReplyDeletememang la rakyat ada hak untuk bersuara dan berhimpun, tapi semua itu perlu ikut peraturan yang ditetapkan.. kenapa tidak berhimpun saja di landasan keretapi atau landasan kapal terbang.. haa, masa tu baru nampak kebebasan berhimpun..