Oleh : AZMAN ABAS
KUALA LUMPUR : Soal kabinet
bayangan di kalangan parti pembangkang bukanlah perkara baru dan bukannya satu
kemestian bagi mereka kerana mungkin pembangkang yang diketuai Ketua Umum PKR,
Datuk Seri Anwar Ibrahim seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan perkara tersebut
daripada pengetahun umum.
Ini kerana semua sedar dan
nampak ketiga-tiga parti yang bergabung di dalam pakatan pembangkag iaitu PKR,
DAP dan Pas mempunyai ideologi masing-masing dan hari ini mereka sekadar
bergantung persetujuan bersama berasaskan Buku Jingga.
Atas dasar itu, sebelum
diketengahkan kabinet bayangan berkenaan, rakyat perlu sedar dan tahu mereka
siapakah individu yang paling layak untuk memegang teraju utama negara sebagai
Perdana Menteri yang kini disandang oleh Datuk Seri Najib Razak selaku
Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy
Jamaluddin ketika diajukan soalan berkenaan dalam temubual eksklusif
berpendapat dari segi kepimpinan dan kewibawaaan, kepimpinan BN khususnya Datuk
Seri Najib sebagai Perdana Menteri jelas kelihatan dan terbukti.
“Kita tengok bahawa dari
segi kepimpinan, saya rasa pemimpin kita jauh lebih baik daripada mereka sebab
Datuk Seri Najib telah buktikan selama tiga tahun dengan membawa pelbagai
transformasi yang menghasilkan kejayaan dalam bidang ekonomi, politik dan sebagainya.
“Berbanding dengan Anwar
yang banyak berjanji tetapi janji itu tidak ditunaikan. Malah kita semua tahu
ada tanda-tanda besar mengenai
kredibilti dan kewibawaan beliau sendiri sebagai pemimpin…. jadi ramai
yang tidak boleh terima beliau dari segi personaliti dan sebagainya.
“Justeru rakyat perlu
membuat pilihan bijak kerana Datuk Seri Najib sebagai PM telah menujukkan
hasilnya dan apa yang ditawarkan oleh Anwar pula menimbulkan pelbagai tanda
tanya,” katanya di pejabat beliau, baru-baru ini.
Khairy yang juga Pengerusi
Pemuda BN seterusnya menambah sebagai ahli parti, semua pihak perlu melengkapi
antara satu sama lain dan tidak mengecewakan Datuk Seri Najib yang hari ini
cukup popular di kalangan rakyat.
“Datuk Seri Najib selalu
ingatkan kita bahawa kita tidak boleh bersandar kepada beliau seorang sahaja.
Parti dan calon kita mestilah sama baik dengan kredibiliti sepertimana PM.
Kalau tidak nanti orang akan anggap yang hebat pada BN hanya PM…. Presiden
sahaja. Kita kena tunjuk orang UMNO, BN, calon kita dan sebagainya lagi pun
hebat juga.
“Sebab itu diharapkan kita
melengkapi dan sebagai ahli parti kita tidak mengecewakan Datuk Seri Najib yang
telah banyak bekerja kuat dan telah tunjukkan yang baik untuk rakyat,” katanya.
Beliau turut menjelaskan
bagaimana BN sebagai satu produk yang memerlukan sokongan dan dokongan daripada
semua pihak agar produk itu diterima dengan baik oleh rakyat.
“PM berada di atas…..tetapi
produk itu mesti nampak cantik dan diterima oleh rakyat. Produk kita atas
cantik tetapi bawah tak cantik akan undang masalah. Kita sebagai ahli UMNO
sudah pasti kita tidak hebat sepertimana Datuk Seri Najib tetapi kita hendaklah
sekurang-kurangnya tunjukkan bahawa kita sokong gagasan beliau dan bawa
kredibiliti yang diterima oleh rakyat,” katanya. (MediaUMNO)
Anwar sejak dulu mmg pandai jika berjanji manis, tapi ia hnya sekadar janji.
ReplyDeletekita perlukan pemimpin yang boleh menunaikan janji, bukan yang hnya tau berjanji tapi tidak boleh melaksanakannya.
ReplyDeleteNajib telah banyak melakukan transformasi di negara ni dan sokongan rakyat pun dilihat masih memihak pada Najib.
ReplyDeleteKerjasama di antara parti yang berlainan ideologi tdak akan kekal.
ReplyDeleteSemuanya berakhir dengan perpecahan dan kekecewaan.
DeleteMaka berhati-hati dengan janji pembangkang yang telah diberikan.
ReplyDeleteJangan mudah terpedaya dengan janji2 pembangkang
ReplyDeletememang betul pun.. Najib telah membuktikan kemampuan beliau.. manakala Anwar telah membuktikan bahawa agenda beliau lebih banyak membawa persoalan berbanding dengan jawapan..
ReplyDeletekalau dibandingkan dengan pemimpin2 terdahulupun, najib lebih baik kerana beliau berani melaksanakan pembaharuan yang tidak berani dilaksanakan oleh pemimpin2 terdahulu..
ReplyDelete