SETIAP individu dewasa yang
normal memerlukan tidur sekurang-kurangnya enam hingga lapan jam sehari bagi
memastikan tubuh dan organ-organ badan mendapat rehat yang mencukupi bagi
meneruskan kehidupan pada hari seterusnya.
Namun, amat mengejutkan
dunia apabila seorang warga emas di Vietnam dilaporkan tidak tidur sejak tahun
1973, bersamaan dengan 39 tahun sehingga kini!
Warga emas itu yang dikenali
sebagai Thai Ngoc atau Hai Ngoc, 70, sudah puas mencari jalan untuk tidur sejak
39 tahun dahulu dan usaha tersebut masih gagal dilakukan meskipun seminit
sehingga menyebabkan dia khuatir dengan dirinya.
Lebih mengejutkan, lelaki
tua itu jarang-jarang sakit dan hidup dalam keadaan normal sebagaimana individu
yang lain.
“Sebelum tahun 1975, saya
menyedari bahawa saya tidak tidur dan tidak pernah terlintas dalam fikiran saya
jika keadaan ini dapat mempengaruhi kesihatan saya.
“Bagi saya, tidur atau tidak
sama saja, dan saya dakan bekerja pada siang atau malam hari,” katanya yang
dipetik dari media Vietnam, vietnamnet.vn, baru-baru ini.
Ngoc menjelaskan bahawa dia
menghabiskan masa dengan menjaga kebun miliknya di waktu malam dan di dalam
jangka masa tiga bulan dia mampu mengorek serta membesarkan dua kolam ikan yang
terletak di kebunnya itu.
Walaupun pernah ditawarkan
untuk menjalani rawatan di luar negara, Ngoc yang memiliki enam orang anak itu
menolak tawaran tersebut dengan memberi alasan dia tidak pernah meninggalkan
kampungnya selama 60 tahun serta mahu terus berada di situ.
Ngoc juga mengaku takut
untuk menjalani pemeriksaan kesihatan yang ditawarkan kepadanya itu.
Menceritakan pengalamannya
yang tidak dapat tidur itu, Ngoc memberitahu pada tahun 2006 ketika berusia 64
tahun, dia sering berulang-alik sejauh empat kilometer sambil memikul guni baja
seberat 50 kilogram setiap hari!
Isteri Ngoc, Nguyen Thi Bay
turut berkongsi pengalaman tentang ‘kehebatan’ suaminya dan menyatakan bahawa
minuman beralkohol pun tidak mampu membantu suaminya itu untuk tidur.
“Suami saya dulu boleh tidur
dengan baik, tetapi sekarang bahkan minuman keras pun tak boleh membuatnya
tertidur,” jelas wanita itu.
Menariknya, memandangkan
lelaki dari Que Trung Commune, Quang Nam, itu tidak tidur, orang-orang
kampungnya mengakui jasa Ngoc yang sering meluangkan waktunya untuk melakukan
kerja-kerja yang membawa manfaat kepada keluarga dan masyarakat kampung mereka.
(Mynewshub)
pelik orang ni tidak pernah tidur.
ReplyDeleteMasa tidur/rehat boleh mempengaruhi kesihatan seseorang tapi lelaki ni masih tetap sihat walaupun 39 tahun tidak tidur??
ReplyDeleteWow, he must be one in a billion!
ReplyDeleteBiar betul tidak pernah tidor.. Memang hebat kalau macam itu.
ReplyDeletesaya pernah dengar kes yang tidur berbulan2.. tapi yang ini lagi brutal.. tidak tidur bertahun2..
ReplyDelete