Oleh
: MOHD FARHAN DARWIS
KUALA
LUMPUR : PAS menyatakan kesediaan untuk bermuzakarah dengan Umno bagi
membincangkan isu yang timbul dalam kalangan umat Islam dengan lebih menyeluruh
dan bukannya sekadar pandangan sebelah pihak.
Kenyataan
itu dikeluarkan Mursyidul Am parti Islam tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang
menyifatkan situasi semasa dilihat keadaan yang amat sesuai untuk mengadakan
muzakarah terbabit.
“Isu
muzakarah ini berlaku sejak pimpinan PAS diketuai oleh Datuk Asri Musa lagi,
tapi sampai sekarang isu itu tidak pernah selesai. Hanya sibuk sahaja sebut
fasal muzakarah tapi tidak pernah buat.
“Jadi
dalam keadaan sekarang ini paling sesuai membincangkan tentang isu kenapa ada
orang hendak tolak Islam,” katanya selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim
hari ini.
Dipetik
Harakah Online, Menteri Besar Kelantan itu menambah, muzakarah adalah fitrah
manusia yang seringkali kerap berlaku bagi menrungkai sesuatu perkara.
“Bertengkar
juga dinamakan muzakarah ketika kita kecil. Bertengkar dan berbalah itu sama
sahaja, ertinya masing-masing mahu berhujah.
“Soal
muzakarah memang PAS sudah lama hendak bermuzakarah dengan Umno, atau sesiapa
sahaja. Saya ingat sejak saya baru balik belajar dari Mesir lagi.
“Tetapi
sampai sekarang tak jadi. Saya memang setuju muzakarah sebab itu sudah menjadi
fitrah manusia,” ujarnya lagi.
Dipetik
Sinar Harian Online sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama
Muda Umno (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya juga menyatakan kesediaan untuk
bermuzakarah dengan PAS berhubung isu kepentingan Islam dan Melayu.
Bagaimanapun,
beliau meletakkan garis panduan supaya muzakarah itu mencapai objektifnya dalam
usaha menegakkan syiar Islam.
Beliau
turut menegaskan perbincangan itu mesti dilaksanakan dengan ilmiah, bukannya
berlandaskan emosi dan sanggup menerima kebenaran yang berasaskan kepada
al-Quran dan Sunnah, selari dengan petunjuk Nabi Muhammad SAW dan sahabat
baginda.
Sementara
itu, Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Othman pula menyifatkan perbincangan
sesama Islam adalah satu perkara yang baik bagi kekuatan dan kepentingan ummah.
Sehubungan
itu, beliau menyarankan muzakarah itu wajar diadakan bersama Jawatankuasa Fatwa
Kebangsaan supaya ia lebih telus dantidak cenderung kepada mana-mana pihak.
Bagaimanapun,
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula tidak merasakan adanya keperluan
untuk bermuzakarah dengan PAS kerana jelasnya, parti Islam itu sudah
tergelincir daripada matlamat asal perjuangan mereka. (TMI)
lebih baik bermuzakarah bagi membincangkan isu2 Islam dan selesaikan isu2 yang timbul.
ReplyDeleteGood that PAS is willing to discuss the problems faced by the Malaysian Muslim's with the Federal Government, hopefully they will find a good solution for these problems.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Hopefully this will reduce the politicking activities in the country and the opposition and government parties can work together to resolve problems.
ReplyDeletehttp://sabah-go-green.blogspot.com/
Jika ianya untuk kebaikan, apa salahnya bekerjasama cari jalan penyelesaian. Ia lebih membuktikan kematangan para pemimpin kita.
ReplyDeleteHentikan sikap prejudis.
ReplyDeleteBermuzakarah bukan berdasarkan fahaman politik tapi sebagai umat Islam yang mempunyai kepercayaan yang sama.
ReplyDeleteItulah yang perlu untuk mencari penyelesaian yang terbaik kepada semua.
ReplyDelete