Thursday, 10 May 2012

AKTIVIS SISWA MAHU SAMAN UTUSAN, KOSMO!




Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI

AKTIVIS pelajar, Khalid Ismath, yang didakwa menendang seorang anggota polis trafik ketika perhimpunan BERSIH 3.0 akan menyaman akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! berhubung tuduhan tersebut.

Pada sidang media petang ini, Khalid berkata, tindakan saman itu diambil berikutan berita yang dipaparkan kedua-dua akhbar itu tidak benar.

"Saya kini sedang berbincang dengan peguam dan beberapa aktivis pelajar. Saya akan saman Utusan dan Kosmo! kerana memaparkan berita dan gambar saya.

"Berita tersebut mencalarkan reputasi saya sebagai seorang mahasiswa dan mengaibkan nama keluarga saya yang sebelum ini dikenali dengan keluarga yang baik kerana mereka mengatakan saya ganas," katanya.

Turut hadir pada sidang media itu Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang dan Pengerusi Malaysia Bangkit, Mohd Syahid Zaini.


 


Khalid berkata, beliau rasa teraniaya apabila ditahan polis ekoran penyiaran gambar lelaki yang didakwa sebagai dirinya itu.

"Saya tak pernah pakai style macam ini. Dan kalau orang yang waras, boleh tengok dengan jelas dari segi gaya rambut, warna kulit dan sebagainya berbeza dengan saya.

"Saya rasa teraniaya bila polis tiba-tiba menahan saya sedangkan saya datang ke sana (balai polis) atas kerelaan untuk membantu polis. Nak buktikan yang saya bukan pelaku dalam gambar itu," katanya.

Khalid juga memaklumkan bahawa Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah sendiri memaklumkan di Twitter bahawa individu yang disiarkan dalam akhbar milik Umno itu bukan dirinya.

"Dalam satu tweet, Saifuddin mengatakan, dia dapat info daripada seorang SB UiTM yang mengatakan imej gambar dalam akhbar itu bukan saya. Kerana menurutnya, SB sentiasa ada bersama mengikut saya," katanya lagi.(Mkini)

7 comments:

  1. nak saman berapa? kita tgk dia akan menang atau tidak.

    ReplyDelete
  2. Jika tidak bersalah, tiada apa yang perlu ditakutkan.

    ReplyDelete
  3. Utusan selalu disaman. Adakah Utusan itu sendiri tidak menyiarkan berita yang benar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Utusan memang sudah terbiasa kena saman..lol

      Delete
  4. Kalau ada bukti rasanya utusan tidak takut dengan semua itu.

    ReplyDelete
  5. Tengok saja la apa result daripada saman tu

    ReplyDelete
  6. bukan media pembangkang yang mulakan dulu ka?? kalau tidak silap gambar itu digunakan oleh pembangkang kononnya ada pihak polis yang menyamar sebagai pelajar untuk memulakan provokasi terhadap pihak polis..

    ReplyDelete