Oleh : MOHD FARHAN DARWIS
PETALING JAYA : Angkatan
Muda PKR hari ini menolak dakwaan Bersih 3.0 digunakan Pakatan Rakyat (PR)
kerana menurut sayap pemuda PKR itu, mereka tidak memperolehi sebarang
keuntungan daripada aspek “political mileage” daripada perhimpunan tersebut.
Ketua AMK PKR, Shamsul
Iskandar Md Akin, menegaskan, perkara itu adalah agenda Umno untuk mencalarkan
imej Bersih.
“Apa 'political mileage'
yang kami dapat dari Bersih 3.0? Malah kami terpaksa menerima kecaman negatif
dan kerajaan memberikan publisiti buruk Pakatan Rakyat,” katanya dalam sidang
media di Ibu Pejabat PKR di sini.
Jelas Shamsul (gambar),
penyertaan PR ke dalam Bersih adalah atas dasar dan matlamat perjuangan yang
saman — mahukan pilihan raya di negara ini dijalankan dalam keadaan bersih dan
adil.
“Kami mahukan perubahan.
Tuntutan Bersih selari dengan PR,” katanya lagi menolak dakwaan PR menggunakan
bersih untuk tujuan politik mereka.
Shamsul juga menambah,
pihaknya berbesar hati dengan pengumuman kerajaan mewujudkan panel bebas bagi
menyiasat insiden keganasan Bersih 3.0 pada 28 April lalu namun menegaskan, PKR
mahu hanya panel yang betul-betul bebas dijadikan sebagai ahli jawatankuasanya.
“Kami mengalu-alukan
cadangan kerajaan mewujudkan panel bebas namun ianya sia-sia jika individu yang
dilantik itu tidak mempunyai kredibiliti.
“Ahli panel tersebut
mestilah terdiri daripada perwakilan Bersih, Pakatan Rakyat, wakil kerajaan dan
juga termasuk kumpulan wartawan.”
Kenyataan Shamsul itu dibuat
sebagao respon kepada gerakan anti PKR yang menuntut Pengerusi Bersama Bersih
Datuk Ambiga Sreenevasan daripada terus dipergunakan PR.
“Ambiga” adalah laman web
yang menyokong Bersih telah menuduh pembangkang menggunakan pergerakan itu
untuk “agenda politik mereka”.
Laman web satu muka surat
itu wujud selepas Bersih 3.0 pada 28 April lalu menyaksikan ribuan peserta
demonstrasi turun ke jalanan menuntut pilihan raya bebas dan adil berakhir
dengan tragedi apabila perusuh kemudiannya bertempur dengan pihak berkuasa.
Tajuk laman web tersebut
berjudul “Hentikan Pakatan Rakyat mempergunakan pergerakan kita”.
Dan memaparkan wajah Ambiga
bersama-sama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memakai baju t-shirt
Bersih 3.0.
Laman web itu mangandungi
emel automatik yang membolehkan pelawat menghantar emel kepada Datuk Ambiga
“jika mahu menghentikan perkara itu”.
Ambiga telah berulang kali
menafikan dakwaan PR menggunakan Bersih untuk mendapat sokongan politik. Beliau
turut kritikal terhadap pemimpin pembangkang dalam memainkan peranan mereka
dalam Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) berkenaan penambah baikan
pilihan raya.
Anwar dan Azmin Ali menerima
kritikan hebat terhadap tindakan mereka yang mendakwa mengarahkan perusuh untuk
merempuh halangan polis dan menceroboh ke kawasan Dataran Merdeka, yang mana
mencetuskan rusuhan tersebut bertukar menjadi ganas.
Media antarabangsa
melaporkan demonstrasi Bersih telah mencalarkan imej negara apabila polis
menggunakan kekerasan untuk menyuraikan perusuh.
Akibat daripada keganasan
yang berlaku, pihak polis kemudiannya mula melepaskan gas pemedih mata ke arah
perusuh bagi menyuraikan keadaan.
Penganjur perhimpunan itu
tetap mempertahankan tindakan mermeka menuntut pilihan raya yang adil dan
bersih akibat daripada kegagalan kerajaan melaksanakan pembaharuan terhadap
sistem pilihan raya di negara ini.
Namun begitu, Perdana
Menteri Datuk Seri Najib menjelaskan perhimpunan Bersih 3.0 itu adalah satu
cubaan pembangkang untuk menggulingkan kerajaan dan menurutnya, penganjur juga
bercadang untuk menduduki kawasan dataran bagi tujuan tersebut seperti mana
insiden di Dataran Tahrir di Mesir. (TMI)
Whatever the reason or motives the Pakatan Rakyat hold this rally with Bersih Organizers, only they knew.
ReplyDeleteA peaceful rally gone wrong, the organizers should ensure the peace and safety of all participants, making sure that none of the participants go against the rules. But there are allegations that Thanggam Raju who opened the barricades to enter Dataran Merdeka under Anwar Ibrahim's orders.
ReplyDeleteBetulkah PR langsung tidak mmperoleh keuntungan dengan perhimpunan Bersih ni??
ReplyDeletePR menggunakan rakyat untuk menimbulkan kekacauan dan menghasut rakyat membenci kerajaan
DeletePakatan sebenarnya mempergunakan bersih untuk kepentingan politik mereka.
ReplyDeleteItu sudah semestinya. Apa yang Pakatan dapat dari semua ini??
ReplyDeleteAgenda di sebalik Bersih, pembangkang hanya mementingkan politiknya saja
ReplyDeletepandai pula dia putar belit.. macam mana pula dengan kenyataan Nik Aziz kononnya perhimpunan yang tujuannya untuk menumbangkan kerajaan adalah halal malah sanggu mengeluarkan dana untuk para peserta perhimpunan??
ReplyDeleteyang mengherankan, kenapa hanya bila dekat2 pilihanraya baru anjurkan demo?? kenapa tidak sebaik PRU 2008 berakhir??
ReplyDelete