TEKANAN yang dikenakan
kerajaan terhadap media di sesetengah negara mengekang tugas wartawan dan
Pakistan merupakan negara paling berbahaya di dunia bagi wartawan, kata Presiden
Persatuan Wartawan Komanwel (CJA), Rita Payne.
Sambil menyebut tentang
konsesus yang dicapai pada persidangan CJA baru-baru ini mengenai 'Ancaman
Terhadap Demokrasi', beliau berkata keganasan dan tapisan terus merupakan
ancaman yang terpaksa diharungi ramai wartawan dan oleh itu, beberapa negara
Komanwel, termasuk India dan Pakistan, amat mengalu-alukan penggubalan deraf
Pelan Tindakan Bangsa Bersatu Mengenai Keselamatan Wartawan.
"Tanpa wujudnya
kebebasan akhbar dan kebebasan menyuarakan pendapat, kerajaan bebas
melaksanakan dasar yang tidak baik serta menyalahgunakan kuasa dengan
sewenang-wenangnya dan akibatnya akan lenyaplah kualiti kehidupan,"
katanya dalam kenyataan melalui email kepada Bernama sempena sambutan Hari
Kebebasan Akhbar Sedunia pada 3 Mei.
Payne, yang juga presiden
CJA United Kingdom, berkata agensi pemantauan melaporkan bahawa pada tahun
lepas, 179 wartawan dihumban ke penjara berbanding 145 pada tahun sebelumnya.
Seramai 67 wartawan dibunuh
pada 2011 dan lebih kurang 17 orang mengalami nasib yang sama pada tahun ini
ketika melaksanakan tugasan berbahaya atau terperangkap dalam pertempuran.
Payne berkata perang dan
kemunculan 'Arab Spring' meragut nyawa ramai wartawan pada 2011, manakala di
luar zon sengketa pula, ramai rakan CJA berdepan dengan pelbagai ancaman ketika
menjalankan tugas harian mereka.
Kata beliau ketika Pakistan
diberi penarafan sebagai antara negara paling berbahaya di dunia bagi wartawan,
Afrika Selatan pula mengenakan tapisan ketat bagi mengehadkan laporan tentang
rasuah dan melaksanakan peraturan ke arah mengawal kebebasan akhbar. (Bernama)
Lagi teruk hak media di Pakistan, Malaysia sudah kira baik.
ReplyDeleteMalangya rakyat M'sia sendiri tidak hargai apa yang mereka ada di negara ini.
Deletemedia di Malaysia kira bebas berbanding Pakistan.
ReplyDeleteKerja wartawan ni mencabar juga.
ReplyDeleteJika benar merbahaya untuk wartawan rasanya tidak perlulah menghantar wartawan kita kesana. Kecuali yang benar-benar ingin ambil risiko saja.
ReplyDeletekeselamat sebagai wartawan perlu dijamin terutamanya tugas2 yang bahaya.
ReplyDeletecuba la Ambiga buat perhimpunan di pakistan.. bawa sekali pemimpin2 pembangkang.. baru dia tahu betapa amannya negara ini yang cuba dihancurkan oleh mereka..
ReplyDeletemana2 negara juga mempunyai cara mereka sendiri bagimana mahu berhadapan dengan gelombang rakyat seperti perhimpunan Bersih.. cuma yang peliknya, gelombang rakyat di Malaysia bukanlah didalangi oleh rakyat sendiri, sebaliknya oleh pemimpin2 politik yang terlalu mengidam jawatan kabinet..
ReplyDelete