HAMPIR seluruh Sabah dan
Wilayah Persekutuan Labuan terputus bekalan elektrik bermula kira-kira pukul
3.23 pagi isnin. Siasatan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) mendapati salah satu
pepasangan 66kV (Capacitive Voltage Transformer) (CVT) di pencawang masuk utama
Penampang, dekat sini mengalami kerosakan.
Menurut Pengurus Besar Kanan
SESB, Ahmad Fuad Md Kasim, lebih 400,000 pengguna terputus bekalan elektrik
ekoran kejadian itu.
Kejadian itu turut
mengakibatkan banyak stesen-stesen janakuasa di seluruh Sabah dan Wilayah
Persekutuan Labuan terpelantik dan memaksa SESB mengaktifkan catuan bekalan
kecemasan bagi memastikan kestabilan sistem Grid Sabah, katanya dalam satu
kenyataan di sini hari ini.
Katanya talian hotline 15454
juga menjadi sesak akibat jumlah panggilan yang mendadak daripada pengguna yang
terlibat.
Ahmad Fuad berkata bekalan
berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada pukul 6.40 pagi. Katanya
punca sebenar kerosakan masih dalam siasatan.
Berikutan kejadian luar
jangka itu, SESB memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi oleh pengguna
yang terlibat, katanya.
Sementara itu, Parti Maju Sabah
(SAPP) menggesa pengurusan uitiliti tenaga negeri dipulangkan kepada kerajaan
negeri berikutan kejadian paling teruk dialami Sabah itu.
Ketua Penerangannya Chong
Pit Fah berkata kejadian itu yang belaku lebih tujuh jam mulai 3.23 pagi itu
yang menjejaskan teruk keseluruhan negeri, termasuk ibu negeri dan Wilayah
Persekutuan Labuan, menunjukkan tahap komitmen dan kecekapan Tenaga Nasional
Bhd (TNB) menerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam mengurus bekalan
tenaga negeri itu.
Di Sarawak, katanya kerajaan
negeri mengurus sendiri utiliti tenaga dan tidak pernah berlaku sebarang
kejadian bekalan elektrik terganggu, namun sebaliknya di Sabah walaupun SESB
memberi jaminan mengenai langkah yang diambil bagi memastikan bekalan
mencukupi.
"SESB juga berkata
sudah menaik taraf sistem agihan tenaga menerusi penyiapan grid tenaga yang
sepatutnya dapat mengagihkan bekalan elektrik jika stesen jana kuasa ditutup
pada bila-bila masa di Sabah.
"Namun kes yang berlaku
hari ini jelas menunjukkan ia hanya cakap semata-mata, dan apabila kejadian
sebenar belaku, semuanya terhenti," katanya dalam satu kenyataan. (Bernama)
Fortunately in some areas, the electricity was able to be restored not long after the blackouts.
ReplyDeleteThe blackouts this time is quite serious since it affects the whole Sabah, hope that the SESB will ensure that all electricity supply are restored soon.
ReplyDeleteBanyak juga yang salahkan SESB mengenai masalah ini. Kejadian kebaran itu bukannya sesuatu yang boleh dijangka.
ReplyDeleteBetul juga. mudah2an terberlaku lagi
DeleteDiharap masalah ketiadaan elektrik di Sabah dapat diatasi.
ReplyDeletesering berlaku masalah elektrik di Sabah, kena tingkatkan lagi mutu kerja SESB.
ReplyDeleteApa pun SESB ketika itu telah mencuba yang terbaik untuk menyelesaikan perkara ini secepat yang boleh.
ReplyDeleteDiharap kejadian seperti tu tidak berlaku lagi dan perlu ada backup untuk menyelesaikan masalah tersebut.
ReplyDeleteSAPP yakin ka jika pengurusan utiliti tenaga negeri dipulangkan kepada kerajaan negeri, masalah gangguan bekalan letrik tidak akan berlaku??
ReplyDeletecuba la sapp cadangkan penyelesaian yang lebih berkesan, profesional dan realistik.. bukan cadangan yang bersifat politik.
ReplyDelete