Saturday, 19 May 2012

PANTAU PEMBELAJARAN ANAK-ANAK ANDA




Oleh : SHAIMON S JUMADI                      Foto : HERRY CHUNG

SAMBUTAN Hari Guru 2012 Peringkat Parlimen Sandakan di sambut sederhana tetapi meriah dan banyak membawa pengertian besar kepada masyarat tentang tanggungjawab dan peranan seorang guru sebagai pendidik anak bangsa.

Program yang diadakan di Dewan SK St Monica Sandakan telah dihadiri lebih 500 orang yang terdiri daripada ibubapa dan penduduk masyarakat setempat.

Datin Lindai Lee, Isteri kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Sandakan Datuk VK Liew telah merasmikan program tersebut antara lain menjelaskan Hari Guru seumpama ini disambut pada saban tahun adalah sebagai memberikan penghargaan besar kepada guru-guru yang banyak menabur jasa dan bakti, bukan saja kepada anak bangsa bahkan kepada Negara.

Ibubapa dan juga masyarakat, kata Datin Lindai, harus memberikan sokongan terhadap kerjaya seorang guru kerana kalau tiada guru pada hari ini siapalah kita sebenarnya. Namun disebabkan guru yang mendidik kita menjadi orang pandai dan berjaya, maka perjuangan dan peranan guru wajib dihargai.

Jabatan Pendidikan, kata Datin Lindai lagi, membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membina bangunan sekolah, sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar semata-mata untuk melihatnya anak bangsa kita yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan agama agar menjadi orang yang pintar di zaman IT.

“Memang tidak dinafikan terdapat sesetengah ibubapa kalau anak-anak mereka gagal dalam peperiksaan, maka mereka sering menuding jari ke arah guru-guru," kata Datin Lindai yang menggesa agar guru terus tabah menjalankan tugas mereka.

Menurut Datin Lindai, guru hanya mengajar selama 6 jam sahaja, tetapi masa selebihnya murid-murid bersama keluarga mereka dan terletak hak di bawah tanggungjawab ibubapa untuk mempastikan pembelajaran anak-anak mereka tidak terganggu.

"Sebagai ibubapa, seharusnya memberikan galakkan dan dorongan untuk mereka bersemangat dan rajin belajar kerana hanya melalui ilmu pembelajaran akademik  saja ia boleh mengubah nasib seseorang itu untuk menuju kehidupan yang lebih cerah,” ujar Datin Linda lagi.

16 comments:

  1. dalam melahirkan anak2 yang cemerlang, ibu bapa juga harus memainkan peranan penting, jgn trlalu harapkan guru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu bapa dan guru harus bekerjasama untuk mendidik anak-anak.

      Delete
  2. A teacher's role is important in the development of a child's education. Hope that they will continue to do their best to encourage the children in their studies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibu bapa dan guru memainkan peranan utama untuk memastikan anak-anak berjaya.

      Delete
  3. However parents also have the responsibility to monitor their kid's studies.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemantauan ibu bapa dapat mengelakkan anak-anak daripada lalai.

      Delete
  4. Parents shouldn't blame teachers for their children failure in exams because parents themselves should encourage and motivate their children to study hard. Don't fully depend teachers to do everything.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parents should always monitor their children's activity. Ensure that they are on the right track of their life.

      Delete
  5. Ingat lagi saya dengan nasihat 'belajar bersungguh2.jangan banyak bermain' yang diutarakan oleh ayah saya dari sk rendah hingga lah besar. Ibuubapa perlu beri dorongan dan semangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, ibu bapa sebagai rang paling dekat mampu untuk jadi pendorong kepada anak-anak.

      Delete
  6. ibu bapa harus sentiasa membimbing dan memantau anak mereka agar anak mereka menjadi cemerlang.

    ReplyDelete
  7. Memang peranan seorang guru amat besar ini kerana guru yang mendidik generasi akan datang. Baik didikkan guru maka jadi orang bergunalah generasi akan datang.

    ReplyDelete
  8. Ibu bapa juga memainkan peranan penting memberikan kasih sayang dan perhatian yang baik bagi memastikan anak-anak tahu apa yang perlu untuk mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu bapa memang memainkan peranan penting dalam kehidupan anak2

      Delete
  9. Anak2 memang perlu sentiasa dipantau, kebebasan yang diberi perlu juga ada limit.

    ReplyDelete
  10. masih adakah ibubapa yang menyalahkan guru2 sekiranya anak2 mereka gagal?? apa tugas mereka dirumah?? berbanding dengan di sekolah, mereka lebih banyak masa di rumah bersama2 dengan ibubapa masing2..

    ReplyDelete