Oleh : AZEE SANDULONG
AHLI Parlimen Ampang yang
juga Ketua Wanita PKR Pusat, Hajjah Zuraida Kamaruddin berkata Skandal Seks
Menteri Luar Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Shafie Apdal dengan
artis Zahida Rafiq yang membabitkan wang sejumlah RM1.5 juta bukan perkara
kecil dan sepatutnya Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) membuka kertas
siasatan dan mengambil tindakan undang-undang yang setimpal.
"Kita tahu Shafie Apdal
sekarang makanpun tak kenyang, tidurpun tak lena kerana asyik memikirkan Skandal
Seksnya dengan pelakon tersebut yang sudah nyata dan terang perkara ini akan
mengubur dirinya di persada politik tanah air," kata Zuraida ketika
menyampaikan Ceramah Perdana di Taman Miramas, kediaman Ketua Sri Kandi PKR
Semporna, Nazmahwati Walli.
Katanya ahli-ahlipun UMNO
sekarang sudah memandang serong terhadap Shafie kerana Skandal Seksnya terdedah
kepada umum, terutama dari mana beliau memperolehi wang tunai untuk diberikan
kepada Zahida sedangkan jawatannya sebagai Menteri KKLW tidak memungkinkan
beliau memperoleh wang yang sebegitu banyak.
Kata Zuraida, sekalipun
sebelum ini Shafie dan Zahida menafikan Skandal Seks mereka dan memfailkan
saman terhadapnya, namun penjelasan bekas pemandu yang gajinya dibayar Shafie, Noor
Azman Azemi dan keluarga Di Raja Kedah, Dayangku Intan telah menyerlahkan
segala rahsia yang disembunyikan selama ini.
"Kita sudsah dengar
khabar bahawa Shafie akan digugurkan pada PRU Ke-13 dan BN Sabah mencalonkan
muka baru kerana beliau telah mengotorkan imej UMNO/BN, terutama Skandal
Top-Up," kata Zuraida yang menyambut baik keputusan Perdana Menteri
menggugurkan Shafie.
Walaupun sudah 20 tahun
menjadi ahli Parlimen Semporna dan Menteri Kabinet, namun Shafie gagal
membangunkan Semporna, terutama kemudahan asas, melainkan yang dilaksanakan
oleh pihak swasta atau agensi persekutuan yang tidak mempunyai kaitan dengan
beliau.
“Tengok sahaja jalan masuk
ke pekan Semporna, hanya sehala dan menyebabkan kesesakan dan kemiskinan
penduduk kampung di pesisir pantai dan kepulauan. Kita terkejut kerana ramai
terpaksa menjadikan peminta sedekah sebagai profesion untuk meneruskan
kehidupan yang amat sukar di Semporna," ujar Zuraida yang kesal kerana BN
gagal membangunkan Semporna.
Kata Zuraida, beliau hairan
kerana jika untuk menaiktaraf jalan dan jambatan kayu di kawasan kampung di
pesisir pantai dan kepulauan tiada peruntukan, tetapi ada pula wang RM1.5 juta untuk
diberikan kepada Zahida.
"Pemimpin BN seperti Shafie
ini wajib disingkir keran apa gunanya rakyat Semporna mengharapkan bantuan dan kepimpinannya
lagi sedangkan beliau sudah tidak mampu menunjukkan contoh teladan yang
baik," ujar Zuraida yang menggesa agar penduduk Semporna melakukan jihad
menyingkirkan pemimpin yang tidak amanah seperti Shafie dan tiga Adun yang
sedia ada.
Para pemimpin UMNO, kata
Zuraida, kalau bercakap bukan main besar; kata mereka, sejak BN/UMNO memerintah
Negara ini Sabah ramai golongan bumiputera telah menjadi jutawan dan hanya 10
peratus orang Melayu yang masih miskin.
Sehubungan itu, Zuraida
menyarankan rakyat Semporna harus bangun serentak menukar kerajaan yang ada
sekarang kerana melakukan penindasan terhad rakyat; terutama dalam isu Mini
Estate Rumpai yang sudahpun dimeterai perjanjian (MOU) tapi projeknya hanya
indah khabar dari rupa.
skandal ini belum tentu lagi benar, tak da bukti langsung. setakat penyataan dari Noorazman tu tidak boleh diterima.
ReplyDeletepemimpin2 PKR lagi byk mempunyai skandal seks seperti skandal seks Anwar dan skandal seks Azmin yang dpt dibuktikan dgn video dan gambar. kes Shafie ni langsung tak ada bukti seperti gambar, video dan penyata bank.
ReplyDeleteKita tunggu saja..Mungkin Zuraidah sedang merancang sesuatu untuk menawan Semporna. PKR sekarang cuba menumpukan di Semporna yang mana dibawah kuasa Shafie. PKR sengaja melemahkan Shafie dengan kes Skandal dan cuba menarik penyokong dikawasan tersebut.
ReplyDeleteKes tu, setakat ex driver punya cakap belum boleh jadi bukti yang sah atau kukuh
DeleteZuraida mengaku saja la kalau mahu menang di Semporna
ReplyDeletedulu skandal rm1.5 juta, sekarang tukar sudah kepada skandal seks.. Zuraida ada bukti ka mereka melakukan hubungan seks.. otak bendul tul la wanita PKR ni..
ReplyDeletesedangkan bekas pemandu Zahida juga gagal membuktikan kewujudan hubungan antara Shafie dan Zahida selain hanya berdasarkan jalan cerita.. mana gambar mereka berdua?? mana resit2 hotel?? takkan selama bekas pemandu zahida melakukan tugas itu tidak ada langsung bukti2 yang menunjukkan mereka mempunyai hubungan..
ReplyDelete