TAWAU : Pengerusi Barisan
Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata BN Sabah sudah bersedia
menghadapi pilihan raya umum ke-13 pada bila-bila masa.
Ketua Menteri Sabah berkata
kesiapsiagaan BN itu berasaskan kepada pendekatan parti berkenaan yang sejak
dari awal bekerja dan berkhidmat untuk rakyat sepanjang masa dan di mana
sahaja, tanpa perlu menunggu saat pilihan raya menjelang.
"Kami bersedia.
Pemimpin masyarakat dan rakyat juga sudah bersedia sebab sejak dari dahulu lagi
kami sudah bekerja. Saya telah katakan dari awal kepada anggota-anggota Dewan
Undangan Negeri atau anggota Parlimen bahawa apabila kita dipilih menjadi wakil
rakyat, diberi mandat oleh rakyat, kita mesti bersyukur dan berterima kasih.
"Tetapi jangan anggap
apabila kita dapat gelaran YB ia adalah satu keistimewaan atau pangkat yang
tinggi. Kita dengan rendah hati menerima gelaran YB itu sebagai bukan 'Yang
Berhormat' sahaja tetapi "Yang Berkhidmat" kepada rakyat,"
katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan pemipin-pemimpin
masyarakat zon Tawau di sini Jumaat.
Musa yakin parti pembangkang
tidak akan mampu menembusi kubu kuat BN selagi wakil-wakil rakyat terus bekerja
kuat dan berkhidmat dengan penuh dedikasi. (Bernama)
BN kuat di Sabah, pasti sukar untuk pembangkang menewaskan BN dibawah kepimpinan Musa aman.
ReplyDeletepersediaan untuk menghadapi PRU perlu ad dari awal lagi, BN Sabah mmg telah bersedia.
ReplyDeleteBaguslah kalau BN Sabah telah bersedia dari awal lagi. Semoga BN Sabah akan dapat mengekalkan kerusi yang ada sebelum ini. Laksanakan tanggungjawab sebaiknya.
ReplyDeletelihat saja ketika PRK Batu Sapi.. kalaupun jumlah undi pembangkang digabungkan, masih belum cukup untuk menandingi jumlah undi calon tidak popular PBS..
ReplyDeletesaya yakin majoriti rakyat Sabah masih memihak kepada BN walaupun pelbagai cara dilakukan pembangkang untuk menjatuhkan BN di negeri ini..
ReplyDelete