Oleh : CHANG SHAK HUNG
PENGANJURAN latihan
berterusan untuk melatih lebih ramai para sukarelawan dalam menyedarkan
masyarakat tentang bahaya penyakit AIDS, serta langkah-langkah pencegahan
daripada dijangkiti HIV, sentiasa dititik-beratkan oleh Sandakan AIDS Support
Group Association (SAGA).
Satu latihan intensif selama
3 hari 2 malam telah diadakan pada 4 hingga 6 Mei 2012, melibatkan seramai 26
para remaja dari Sandakan, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu dan Semporna.
Dengan tema 'SAGA Twilight
Symbiosis' pada latihan kali ini, para peserta telah didedahkan dengan maklumat
berguna dalam perkara berhubung dengan langkah-langkah pencegahan penyakit AIDS
serta aktiviti luar seperti mendapatkan pandangan daripada masyarakat tentang
pemahaman berhubung dengan HIV dan AIDS serta pembentangan para peserta dan
ceramah yang diberikan oleh Dr Zaiton Yahaya, Pengerusi SAGA.
Pada masa yang sama, satu
pertemuan mesra telah diadakan dengan sebuah pertubuhan yang berpangkalan di
Semenanjung Malaysia yang dikenali sebagai PT Foundation, yang memperjuangkan
kesedaran bahaya penyakit AIDS di kalangan masyarakat sejagat serta menjalankan
aktiviti-aktiviti kesedaran tentang bahaya HIV di dalam kehidupan masyarakat
pada hari ini.
PT Foundation yang diwakili
oleh Executive Director, Raymond Tai dan Pengurus Program, Kevin Nicholas
Baker, telah berkongsi pendapat dan menjalinkan satu hubungan persahabatan
dengan SAGA dalam memperkasakan dan memartabatkan matlamat dari segi
penganjuran aktiviti kesedaran kepada masyarakat.
Kevin yang dilahirkan di
Ireland, telah berkongsi pengalaman di negaranya dan telah menyertai PT
Foundation selama 4 tahun. Raymond pula telah menyertai pertubuhan ini sebagai
sukarelawan selama 25 tahun dan kini menjawat jawatan sebagai Executive
Director di dalam pertubuhan yang telah diiktiraf oleh United Nations
Development Program (UNDP).
Di samping itu juga, SAGA
yang diwakili oleh Dr Zaiton, Chang Shak Hung dan Lilian Pang, telahpun
berkongsi pengalaman tentang peranan dan tanggungjawab SAGA terhadap masyarakat
khususnya di Sandakan dan kini mengembangkan sayapnya ke seluruh Sabah.
Semoga SAGE Twilight ini akan membantu meningkatkan kesedaran rakyat terhadap bahayanya Aids and kepentingan pencegahan.
ReplyDeleteTiada rawatan terhadap Aids, jangan sehinggan kesal seumur hidup.
ReplyDeleteini dpt mendedahkan akan bahaya HIV dan kita perlu hindari kegiatan yang boleh menyumbang kepada jangkitannya.
ReplyDeletePendedahan mengenai HIV/AIDS ini satu cara yang baik dilakukan. Ini bagi menyedarkan akan bahawanya perkara ini.
ReplyDeletePendedahan dan kesedaran perlu ada dalam masyarakt kita supaya boleh mengelak daripada terjebak semua tu
DeleteAIDS harus dielakan, kehidupan yang sihat lebih membahagiakan
ReplyDeleteusaha murni SAGA ini wajar dicontohi dan mendapat sokongan dari pelbagai pihak.. syabas!
ReplyDelete