Oleh : SHAIMON S JUMADI
SEBAGAI anak yang penuh
didikan agama penuh kasih sayang yang dicurahkan oleh seorang ibu di samping
yang membesarkan kita tidak harus melupakan jasa-jasanya.
Kebanyakannya bila berlakunya
keruntuhan dan penceraian rumah tangga memang jarang sekali seorang bapa yang
mahu membela anak-anak mereka; apa lagi kalau anak-anak mereka ramai.
Lazimnya si bapa hanya
keluar dari rumah dengan membawa sehelai sepinggang, berbanding ibu yang
ditinggalkan suami terus berada bersama-sama anak-anak kesayangan mereka.
Lelaki bila sahaja bercerai
dengan isteri, tidak sampai dua minggu sudah ada penggantinya; sama ada janda
atau sebaliknya. Manakala isteri yang diceraikan suami dan bersama-sama ramai anak-anak, maka sukar
untuk mencari jodoh yang sesuai sebab terdapat sesetengah lelaki yang hanya
suka kepada ibunya; tetapi tidak suka kepada anak-anak. Apatah lagi jika wanita
berkenaan ramai anak kerana merupakan satu beban berat untuk ditanggung.
Begitulah penjelasan yang
membawa pengertian dan cukup bermakna yang disampaikan oleh Ketua Sri Kandi PKR
Cabang Semporna, Nazmahwati Walli ketika berucap sempena Sambutan Hari Ibu di pejabatnya
di Semporna, kelmarin.
"Walaupun kami di pihak
pembangkang yang kurang dalam serba serbi, namun kami masih mampu untuk
menyambut Hari Ibu 2012 bersama-sama masyarakat secara cukup sederhana. Ini
juga merupakan satu ibadah dan amal jariah Sri Kandi PKR Cabang Semporna yang
sentiasa mengambil perhatian dalam apa juga kebajikan penduduk di Semporna,"
kata Nazmah.
Tegas Nazmah, Ini adalah
kali pertama Sri Kandi PKR Semporna mengadakan program kemasyarakatan seumpama
itu, sejurus selepas lawatannya ke pasar-pasar dan lorong-lorong kedai
sepanjang daerah Semporna sambil mengageh-agehkan jamuan rakyat yang berupa bubur
kacang dan buah tangan, terutama sekali kepada kaum ibu.
Selain itu 1,000 helai
bendera kecil PKR habis diageh-agehkan kepada pemilik kenderaan, sama ada persendirian
dan awam sambil mereka melaung-laungkan "Hidup PKR" dan "kita
mahu buat perubahan besar di Semporna".
Sabahkini.Net difahamkan
ramai di kalangan ahli PKR Cabang Semporna termasuk penyokong luar pagar mereka
mahu pucuk pimpinan PKR pusat meletakkan Nazmahwati sebagai calon Parlimen
Semporna untuk menentang Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Mereka yakin kerana Nazmah
mempunyai kelayakan, pengalaman dan merupakan anak tempatan Semporna yang mempunyai
kredibiliti untuk menumpaskan Shafie yang sudah empat penggal menjadi Ahli
Parlimen Semporna.
If Nazmahwati was appointed as the candidate for Semporna against Shafie Apdal, it is possible that Shafie will win again because he has garnered many supporter over the years as the Semporna District MP.
ReplyDeleteWhen BN members went around meeting the people and giving out gifts, the opposition called it corruption. But its completely ok for PKR members to do the same, no problem at all. Just something I observed over the years.
ReplyDeletePerbanyakkan program kemasyarakatan dan aktiviti turun padang tanpa mengira waktu.
ReplyDeletekita harus hargai ibu kita, mereka yang melahirkan kita.
ReplyDeleteParti BN juga perlulah mengerakkan ahli mereka untuk mendekati rakyat.
ReplyDeleteRajin turun padang dan rajin melawat rakyat adalah perlu
DeleteDekat2 PRU pembangkang memang menyusun strategik untuk mendekati rakyat dan menarik perhatian rakyat kepada parti
ReplyDeletekalau mahu dapat populariti pun jangan la sampai memburuk2kan kaum lelaki.. Nazmahwati ada guna otak ka ketika buat kenyataan ini?? cuba lihat berapa banyak kes di mahkamah berkenaan dengan tuntutan hak penjagaan anak.. kalau benar lelaki lepas tangan, tidak akan timbul kes mahkamah..
ReplyDeletememandangkan Nazmahwati baru sahaja memegang jawatan dalam politik, eloklah beliau berhati2 sebelum membuat kenyataan.. nanti terludah muka sendiri pula..
ReplyDelete