KOTA KINABALU: Sepasang
suami isteri warga emas nyaris maut selepas rumah mereka ditimbus tanah runtuh
di Kampung Kiau Taburi, Kota Belud.
Kejadian 4 pagi kelmarin itu
mengakibatkan dua rumah tertimbus, termasuk sebuah rumah tidak berpenghuni.
Pegawai Perhubungan Awam,
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendi K Ramin, berkata bomba
menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 10.42 pagi dan sepasukan anggota
dengan sebuah jentera Balai Bomba Kotan Belud tiba di lokasi kira-kira sejam
kemudian.
"Rumah milik pasangan terbabit
tertimbus 70 peratus, bagaimanapun kedua-dua mereka terselamat tanpa sebarang
kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sementara itu, wakil Ketua
Anak Negeri, Tambunan Asang, ketika ditemui pemberita di tempat kejadian,
berkata lebih 3,000 penduduk dari tiga buah kampung iaitu Kampung Kiau Nulu,
Kampung Kiau Bersatu dan Kampung Kiau Teburi terputus hubungan berikutan
kejadian itu.
"Kejadian itu turut
menyebabkan ratusan pelajar terpaksa melalui laluan alternatif di kawasan hutan
yang mengambil masa kira-kira satu jam untuk sampai ke jalan utama,"
katanya.
Difahamkan, jalan berkenaan
yang terletak kira-kira 24 kilometer dari pekan Kota Belud mulai retak akibat
tanah runtuh daripada bukit berhampiran sejak beberapa hari lalu.
Tinjauan mendapati jalan itu
runtuh sedalam kira-kira 500 meter tidak dapat dilalui kenderaan sejak petang
semalam dan penduduk kampung terpaksa meletakkan kenderaan mereka di kawasan
selamat sebelum meneruskan perjalanan ke pekan Kota Belud atau Kundasang.
Sementara itu, Sabah
Electricity Sdn Bhd (SESB) dalam kenyataannya, menyatakan kejadian tanah runtuh
di Kampung Kiau Taburi yang terletak kira-kira 60 kilometer daripada Pekan
Tuaran turut mengakibatkan lebih 30 rumah terputus bekalan elektrik sejak 5.44
pagi tadi.
Pengarah Urusannya, Abd
Razak Sallim, berkata siasatan awal mendapati 10 batang tiang elektrik voltan
tinggi (high voltage) milik SESB di kawasan berkenaan turut sama rosak dan
perlu diganti segera.
"Anggota siap sedia
SESB sudah pun dihantar serta merta ke lokasi kejadian.
Namun begitu, kerja-kerja
pemulihan bekalan elektrik tidak dapat dilaksanakan serta merta kerana didapati
jalan ke kawasan berkenaan telah putus dan tidak dapat dilalui oleh kenderaan
berat seperti lori dan set janakuasa bergerak," katanya.
Katanya, anggaran kerugian
ditanggung oleh pihak SESB berikutan kejadian itu adalah sebanyak RM30,000. (Bernama)
Banyak kejadian tanah runtuh sejak akhir2 ini. Langkah berjaga-jaga perlu diambil terutama bagi mereka yang tinggal dekat dengan lereng bukit.
ReplyDeletePihak yang berkenaan harus membuat pemantauan kawasan yang terdedah kepada tanah runtuh agar dapat ambil tindakan awal untuk elakkan kejadian seperti ini berlaku lagi.
ReplyDeleteLuckily no one is hurt in this incident, landslide prone areas is really not suitable for building houses. Hopefully they can be relocated to a mores suitable locations.
ReplyDeleteHope that the SESB manage to restore the electricity service despite the difficulties with the broken road.
ReplyDeletebaik bina rumah di kawasan rata. kawasan lereng bukit mmg berisiko tinggi.
ReplyDeletePembinaan semula rumah jangan lagi di kawasan yang sama
DeleteMalang tidak berbau. Maka kita tidak boleh salahkan orang lain mengenai perkara ini.
ReplyDeleteBagus la kalau tiada yang cedera
ReplyDeletebaik kerajaan tubuhkan pasukan pemantau bagi memantau atau mengkaji struktur tanah khas untuk kawasan perumahan yang yang terletak di lereng2 bukit..
ReplyDelete