Saudara Pengarang,
SURAT Terbuka ini kami
tujukan kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia, Tan Sri Dato’ Seri
Abdul Aziz bin Mohd Yusof berhubung isu Peraturan-peraturan Pilihan Raya Dan
Pindaan di dalam Akta Kesalahan Pilihanraya.
Tindak Malaysia adalah satu
kumpulan reformasi sistem pilihanraya yang khususnya memberi latihan kepada Agen
Tempat Undi dan Agen Pengira Undi. Kami juga memberi pendidikan Kesedaran
Pilihanraya kepada rakyat secara umum.
Pihak kami telah menjemput
Tan Sri untuk satu sessi dialog yang dianjurkan oleh Tindakan Malaysia di Auditorium
Pusat Sivik Petaling Jaya pada 24 Apr 2012 yang bertajuk 'Sejauh Manakah
Bersihnya Pilihanraya Ke-13 Yang Akan Datang?”.
Sambutan pada hari itu amat
mengalakkan kerana hampir 600 orang yang hadir. Namun agak malang kerana Tan
Sri tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanapun,
isu-isunya masih kekal dan perlu dibincangkan.
Justeru itu, pihak kami
memohon Suruhanjaya Pilihanraya untuk menganjurkan taklimat selama dua hari
penuh untuk menjelaskan kepada orang awam atas implikasi serta kaedah
pelaksanaan 5 Peraturan-Peraturan yang telah diperkenalkan sejak Jun 2011,
iaitu:
1. Warta 2011 PU (A) 193
2011: undang-undang Pilihan Raya pindaan Jun 11 Borang 13 - 16
2. Warta 2012 PU (A) 43 -
2012: Peraturan-Peraturan Perjalanan Pilihan Raya (Pindaan) 2012 - dakwat kekal
3. EOA Pindaan DR042012E:
Pemerhati Barung dibatalkan dan penyingkiran identiti penerbit bahan kempen,
(Ditarik balik dari Dewan Negara pada 8 Mei 2012)
4. Warta PU (A) 106
Peraturan 2: Pilihan Raya (Pendaftaran pemilih) (Pindaan) 30 April 2012
5. Warta PU (A) 113: Pilihan
Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (No. 2) Peraturan-Peraturan 30 April 2012
6. Warta PU (A) 114: Pilihan
Raya (Pengundian Pos) (Pindaan) Peraturan-Peraturan 30 April 2012
Kami meminta bahawa ia akan
diuruskan pada hujung minggu oleh Pengarah Akademi Latihan anda. Bahasa
perantaraan bolehlah dalam BM atau Bahasa Inggeris atau gabungan kedua-duanya.
Kami akan menjemput jurulatih dan agen-agen tempat mengundi yang dilatih agar hadir
supaya mereka dapat menanyakan keraguan mereka mengenai prosedur baru tersebut.
Kami berharap Tan Sri dapat
memaklumbalas balik kepada kami dengan keputusan yang menggalakkan
Tarikh yang dicadangkan:
Sabtu 19 dan Ahad 20 Mei 2012 (sepenuh hari).
Tempat: Kami mengharapkan
pihak SPR dapat menyediakan kemudahan tersebut atas kesenangan Tan Sri.
Untuk memberikan gambaran
yang lebih meluas kepada mereka yang tidak dapat hadir, kami meminta agar
diliputi secara langsung melalui media elektronik supaya lebih banyak
memberikan manfaat kepada rakyat.
Tindak Malaysia adalah
sebuah gerakan masyarakat awam untuk mempromosikan Pilihanraya Bebas dan Adil
melalui pendidikan pengundi. Baru-baru ini, bersama-sama dengan Jawatankuasa
Bersih 2.0, ia telah mengemukakan senarai cadangan pindaan kepada undang-undang
dan peraturan pilihan raya ke Jawatankuasa Khas Parlimen.
Rakyat Malaysia boleh
mendapatkan latihan percuma dengan mendaftar di
https://sites.google.com/site/pacabatraining/
Yang benar,
PYWONG
Tindak Malaysia
012-2149322
Rasanya pemohonan ini akan ditolak.
ReplyDeleteTapi lebih baik jika pihak SPR dapat berikan kerjasama dalam sama2 merealisasikan pilihan raya yang adil dan bersih.
DeleteTindak Malaysia adalah sebuah gerakan masyarakat awam untuk mempromosikan Pilihanraya Bebas dan Adil melalui pendidikan pengundi. Baru-baru ini, bersama-sama dengan Jawatankuasa Bersih 2.0, ia telah mengemukakan senarai cadangan pindaan kepada undang-undang dan peraturan pilihan raya ke Jawatankuasa Khas Parlimen.
ReplyDeleteIts better to hand up a memorandum to the Electoral Commission rather than holding a demonstration because this a more mature thing to do and will not affect public peace.
Hopefully these Electoral reformist will talk to the Electoral Commission to discuss about ways to improve the transparency and fairness of the country's election.
ReplyDeleteSPR kena memastikan pilihanraya kita benar2 bersih dan adil.
ReplyDeleteTanggungjawab SPR untuk memastikan PRU dilaksanakan dengan jujur, bersih dan amanah
DeleteKita harap sangat SPR akan dapat memberikan yang terbaik pada PRU akan datang.
ReplyDeleteMungkin SPR perlu mempertimbangkan isi surat tu
ReplyDeletekesilapan penubuhan PSC ialah apabila jawatankuasa itu dianggotai oleh wakil2 dari pembangkang yang tidak guna.. kan bagus jika Ambiga dan Anwar saja yang menganggotai jawatan kuasa PSC ini..
ReplyDelete