TINJAU.....Bung
Moktar ketika meninjau keadaan SK Balat kelmarin.
Oleh : YUSOP TEPPO
KINABATANGAN: Sekolah
Kebangsaan (SK) Inarat yang terletak di pedalaman negeri Sabah telah ditutup
hampir dua minggu ekoran ketiadaan guru di sekolah berkenaan.
Sehubungan itu, Ahli
Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin meminta Kementerian Pelajaran
dan Jabatan Pelajaran Sabah supaya melihat pelantikan guru-guru yang berasal
dari Kampung Inarat itu sendiri untuk berkhidmat.
“Kampung ini memang
terpencil dan sekiranya menggunakan kenderaan melalui jalan darat, mengambil
masa tujuh hingga lapan jam perjalanan untuk sampai ke sana,” katanya kepada
pemberita selepas mengadakan lawatan ke sekolah terbabit.
Beliau menambah kalau hujan
sudah tentu kawasan itu sukar dilalui dan guru-guru tidak dapat sampai dan
ekoran daripada ini SK Inarat telah ditutup hampir dua minggu.
“Guru-guru yang berkhidmat
di kawasan itu sukar untuk sampai ke sana ekoran keadaan jalan yang teruk,”
katanya.
Beliau yang turut melahirkan
rasa kesal ekoran terdapat dua orang guru tempatan yang berkhidmat di situ
telah diberhentikan perkhidmatannya kerana mereka ini adaalah guru sandaran.
“Ini telah mengakibatkan
murid-murid di sekolah itu tidak dapat bersekolah dan sekolah terpaksa
ditutup,” katanya.
Bung Moktar menjelaskan ini
telah menafikan dasar Kementerian Pelajaran itu sendiri yang mana pihak
kementerian telah memilih guru-guru dari luar yang kadang-kadang sukar untuk
berkhidmat di situ.
“Kementerian perlu
selesaikan masalah ini dengan segera kerana kita tidak mahu anak-anak di
Kampung Inarat itu tidak dapat bersekolah dan tertinggal dari pelajaran mereka
yang sepatutnya,” katanya.
Sementara dari itu dalam
lawatan ke sebuah sekolah lagi, Bung Moktar yang juga Timbalan Pengerusi Kelab
Penyokong Kerajaan berkata, demikian juga SK Balat yang mana sekolah itu masih
melaksanakan pembelajaran mereka di bawah bangunan sekolah berkenaan.
“Ini dilihat adalah tidak
amat sesuai dan pihak berwajib perlu melihat permasalahan yang dihadapi oleh
sekolah ini untuk diselesaikan,” katanya.
Beliau berkata satu lagi
masalah di SK Balat ini di mana sistem solar yang terdapat di sini tidak
berfungsi sejak dipasang lima tahun lalu.
“Saya amat kesal dan ini
amat menyukarkan pihak sekolah serta murid-murid yang mengharapkan sistem solar
itu dapat dimanfaatkan tetapi tidak pernah beroperasi sejak dipasang,” katanya.
Beliau menegaskan sekiranya
pihak kementerian tidak dapat menyelesaikan masalah berkenaan, lebih baik ia
mencadangkan agar sistem solar yang ada itu ditutup kerana tidak berfungsi.
“Tiada satu manfaat yang
diperolehi oleh pihak sekolah dan murid-murid di sini kerana tiada sebarang
sumbangan selepas pembinaan projek solar berkenaan,” katanya. (Utusan Borneo)
I suggest the GSTT be absorb as permanent teachers so that the lack of teachers within the country can be resolved. Many schools still does not have enough teachers, hope that the Ministry of Education will consider this.
ReplyDeleteIts a shame that the schools have to be closed down due to lack of teachers, the students will not be able to continue with their studies this way.
ReplyDeletekerana masalah ketiadaan guru inilah pengambilan GSTT perlu dilakukan bagi atasi masalah ini.
ReplyDeleteMasalah utama yang dapat dilihat di sini ialah jalan raya. mohon wakil rakyat berusaha untuk mendapatkan peruntukan untuk naiktaraf jalan supaya guru2 dan pelajar pun mudah dan tidak memakan masa berjam2 untuk datang ke sekolah.
ReplyDeleteHarap sistem solar yang sudah lima tahun dipasang dapat beroperasi. tiada gunanya diberi kemudahan kalau tidak diguna dan dimanfaatkan.
ReplyDeleteTiada gunanya ada sistem solar, kalau tiada funsi..
DeleteMaka cadangan memberikan penduduk tempatan yang berkelayakkan perlu diterima bagi menangani masalah ini.
ReplyDeleteLebih baik ambil orang2 Sabah jadi guru2 di Sabah, lebih terjamin sentiasa ada guru yang boleh mengajar.
ReplyDeletepihak yang berkenaan tidak patut memandang ringan masalah ini walaupun jumlah pelajarnya tidak ramai.. lakukan apa yang patut..
ReplyDelete