PUTRAJAYA : Kerajaan mengumumkan
pelantikan enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar
mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada
28 April lepas.
Mereka terdiri daripada
bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar (gambar) selaku pengerusi panel; bekas
Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim; Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar
Harian Datuk Husammuddin Yaacub; Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin
Chiew Liew Peng Chuan; Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk
Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr
Ruszmi Ismail.
Menteri Dalam Negeri Datuk
Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata panel penasihat ini akan mengadakan
mesyuarat pertama mereka secepat mungkin untuk menentukan terma rujukan serta
peranan mereka.
Beliau berkata mesyuarat
Jemaah Menteri hari ini sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk
mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan
dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.
“Adalah menjadi hasrat
kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat member ruang kepada semua pihak
untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan
kejadian rusuhan itu,” katanya dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat
bangunan Kementerian Dalam Negeri di sini.
Menurutnya pada masa yang
sama, polis akan terus dengan siasatan mereka berhubung kejadian rusuhan itu
dan mengemukakan hasilnya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Hishammuddin
berkata panel itu akan diberikan kebebasan dalam pelbagai aspek, termasuk soal
tempoh masa, serta pihak yang akan dirujuk bagi membantu siasatan mereka.
Katanya beliau ada mendengar
syor sesetengah pihak untuk mendapatkan bantuan kepakaran pihak luar, contohnya
jabatan polis New York atau polis United Kingdom bagi membantu siasatan, namun
menurutnya akhirnya ia terpulang kepada keputusan panel berkenaan.
“Harapan kita adalah untuk
orang ramai ketahui apa yang sebenarnya berlaku, hari ini ada bermacam-macam
saluran, banyak tuduhan dan ada kecenderungan pihak tertentu hanya melihat
kepada satu aspek sahaja terhadap apa yang berlaku pada hari itu, jadi cerita
menyeluruh mesti dikemukakan panel ini.
“Kalau ia dikemukakan pihak
Kementerian Dalam Negeri atau polis, mungkin ada pihak yang dah begitu
prejudis, hingga apa yang kita cakap pun mereka tidak akan percaya, jadi panel
ini ditubuhkan bagi tujuan itu,” katanya.
Hishammuddin berkata
penubuhan panel itu juga bertujuan menyediakan saluran kepada mereka yang
merasakan menjadi mangsa pihak tertentu pada hari kejadian, dan merasakan
seolah-olah tidak ada saluran yang telus untuk mendengar luahan serta pandangan
mereka mengenai apa yang berlaku.
Katanya beliau percaya
anggota panel itu cukup diyakini untuk memuaskan hati semua pihak.
Beliau berkata pada
pandangannya penemuan panel itu juga dapat membantu kerajaan untuk melihat ke
hadapan, khususnya dengan penampilan rang undang-undang berhubung perhimpunan
aman, hasil transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak.
“Insiden seperti ini boleh
membantu kami merangka masa depan, saya percaya ada hikmah di sebalik apa yang
berlaku, ini peluang untuk meneliti dan melihat ke hadapan bagi memastikan
bagaimana undang-undang sedia ada dapat diimbangi antara keperluan kebebasan
dan hak asasi, dengan keselamatan negara,” katanya. (Bernama)
Harap anggota panel penasihat bebas ni dapt jalankan tugas dengan adil dan tidak bias. rakyat ingin tahu keadaan sebenar sewaktu perhimpunan Bersih April lalu.
ReplyDeletejalan siasatan berhubung hal ini dgn adil, keadaan sebenar perlu diketahui.
ReplyDeleteJalankan tanggungjawab dengan amanah tanpa sebarang manipulasi.
ReplyDeleteTapi pembangkang mahukan Suhakam yang buat siasatan ini. Mungkin panel bebas dan Suhakam boleh bekerjasama?
ReplyDeleteKita harap mereka yang melakukan kekecohan semasa BERSIH itu akan menyerah diri atau ditangkap akan datang.
ReplyDeletehanya kerana kedegilan Ambiga dan Anwar, hingga hari ini kerajaan terpaksa sibuk dengan kerja2 yang dihasilkan oleh perhimpunan Bersih.. menyusahkan!
ReplyDeletekalaulah perhimpunan Bersih tidak dianjurkan, atau perhimpunan dijalankan mengikut akta perhimpunan aman, semua keganasan ini tidak akan berlaku.. yang rasa sakitnya adalah peserta2 perhimpunan, pihak polis dan kerajaan.. yang bakal dapat hasilnya pula Ambiga dan pemimpin2 pembangkang..
ReplyDeleteBersih lebih baik tidak dilaksanakan, memandangkan PSC sentiasa berusaha menambahbaik sistem PRU. Lagi pun PSC terdiri daripada pihak2 pembangkang juga
DeleteLebih baik Suhakam melaksanakan siasatan secara adil dan saksama.
ReplyDelete