PERDANA Menteri Datuk Seri
Najib Razak berkata perhimpunan raksasa di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena
sambutan ulang tahun ke-66 Umno pada 11 Mei adalah tanda kekuatan parti itu
untuk mara ke hadapan dalam satu barisan yang ampuh bagi mencapai kemenangan
yang besar dalam pilihan raya akan datang.
Beliau berkata perhimpunan
itu juga akan membuktikan bahawa ribuan anggota parti itu mampu berhimpun dalam
keadaan aman tanpa mendatangkan kemudaratan kepada orang lain.
"Saya melihat tarikh
lahir Umno yang ke-66 ini satu yang amat sesuai sebab kita dah lama tak buat
satu perhimpunan secara raksasa dan masanya sesuai untuk kita.
"Semua orang tahu
bahawa pilihan raya (akan diadakan) tak lama lagi jadi eloklah kita paparkan
kepada rakyat apakah jasa Umno selama ini," katanya dalam wawancara
eksklusif dengan Umno-Online di ibu negara.
Beliau berkata anggota Umno
juga perlu berbangga kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar parti
keramat orang Melayu itu.
"Jangan kita rasa
terhina, jangan kita rasa tertekan bahawa segala-gala yang dikecapi oleh negara
ini pada hakikatnya adalah jasa yang disumbangkan oleh Umno, oleh pemimpin-pemimpin
Umno, (sama ada) besar dan kecil selama ini," katanya.
Sambutan ulang tahun ke-66
Umno yang bertema 'Umno Pembela Rakyat' berlangsung selama 13 hari bermula 1
Mei lepas. (Bernama)
Hope that the 66th Anniversary celebration for UMNO will go smoothly.
ReplyDelete11 May this Friday, its only a few days away.
ReplyDeleteperhimpunan raksasa, pasti ramai yang hadir.
ReplyDeleteSemoga perhimpunan tersebut tidak akan ada kekecohan berlaku.
ReplyDeletePerhimpunan raksasa Umno pun dibuat di Stadium Bukit Jalil..ok la tu
ReplyDeleteUmno memang telah memerintah lama di M'sia. sumbangan memang banyak kepada negara dan rakyat
ReplyDeletejika UMNO boleh buat perhimpunan raksasa dalam stadium, kenapa penganjur2 Bersih tidak??
ReplyDelete