USNO SECARA RASMI POHON
PENGGUNAAN LAMBANG SENDIRI
TUNJUK.....Datu Arifin menunjukan surat permohonan yang
dihantar kepada SPR dan Pendaftar Pertubuhan yang masih menunggu kelulusan untuk
menggunakan lambang sendiri bagi menyertai pilihanraya ke 13.
PERMOHONAN Parti USNO
yang dipimpin oleh Datu Badaruddin Tun Datu Haji Mustapha, anak kepada mantan Bapa
Kemerdekaan Sabah dan pengasas kepada Parti Kemerdekaan Negeri Sabah telah berada
di peringkat KDN (Kementerian Dalam Negeri) Kuala Lumpur semenjak Mei 2011
tahun lalu, masih belum mendapat sebarang kelulusan daripada pihak yang berkenaan.
Memandangkan Pilihanraya
mungkin diumumkan pada bila-bila masa kerana tempoh kerajaan sekarang hanya tinggal
10 bulan atau kurang setahun, USNO khuatir ROS lambat mengemukakan lambang parti
itu kepada SPR.
Jesteru itu, USNO
telah mengemukakan Permohonan rasmi supaya Logo USNO dapat didaftarkan sebagai salah
satu logo dalam PRU13 bagi mewakili calon-calon USNO pada PRU13 selaras dengan peruntukanUndang-undang
dan peraturan Pilihanraya.
USNO yang telah mengumumkan
hasratnya untukbertanding dalam Pilihanraya kali ini, bercadang untuk meletak calon-calon
mereka antara 20 kerusi dan 22 kerusi dan berharap mendapat jawapan dari SPR
dalam tempoh 14 hari.
Permohonan tersebut
dibuat selaras dengan Peraturan AKTA SURUHANJAYA PILIHANRAYA 1957,
Undang-Undang Malaysia Akta 19 (AktaPilihanraya 1958), Bahagian VI Peraturan Peraturan
Pilihanraya yang terkandung dalam Perkara 16, Sub-Seksyen 2 (bb) atau Bahagian
VI Peraturan-PeraturanPilihanrayaPerkara 16.2 (bb). (Media USNO)
dah lama USNO menungguh jawapan permohonannya, harap penubuhan USNO semula dpt diluluskan.
ReplyDeleteIni permohonan logo sudah ni, penubuhan parti pula sudah diluluskan?
ReplyDeleteLepas PRU13 kot..
DeleteMungkin ianya adalah satu kesilapan membubarkan USNO suatu ketika dahulu?
ReplyDeleteApa pun tunggu saja kelulusan yang akan diberikan kepada USNO ini.
ReplyDeleteUSNO masih lagi belum diluluskan permohonan mereka.
ReplyDeletejika parti usno diluluskan oleh ROS, adakah mereka akan bekerjasama dengan parti2 pembangkang yang lain?? atau sekadar pemecah undi??
ReplyDeletebaik bekas2 pemimpin usno bergabung saja dengan parti2 pembangkang yang sedia ada di Sabah.. kenapa perlu tubuhkan lagi parti?? adakah bagi usno parti2 pembangkang yang lain mempunyai agenda yang tidak baik untuk negeri ini?? atau pemimpin2 usno ini terlalu tamakkan jawatan kabinet??
ReplyDelete