Wednesday 23 May 2012

HARI-HARI TERAKHIR DAP DI SABAH?





Oleh : CHNG WAI SIM

SIKAP suka mencari fasal pemimpin DAP yang selama ini mengamalkan sindrom politik longkang dan sampah akan menyebabkan Ketua Parti itu di Sabah, Jimmy Wong Sze Phin terpaksa menghitung hari-hari terakhir DAP di Sabah.

Tinjauan rambang yang dilakukan Sabahkini.net di kawasan parlimen Kota Kinabalu dan DUN Sri Tanjung, Tawau mendapati para pengundi sudah mula mengabaikan DAP daripada senarai parti pilihan mereka setelah segala aduan kepada DAP memerlukan keprihatinan BN untuk diselesaikan.

Khidmat bakti DAP di Sabah, dilihat lebih sebagai 'Minta Puji' dan hanya 'Parti Tunjuk Menunjuk' iaitu mensasarkan longkang, sampah sarap, bangunan usang, saluran najis, jalan rosak dan segala kerja yang mampu dilakukan oleh kanak-kanak tadika!

Daripada 10,000 email yang mempelawa pandangan mereka berhubung peranan DAP di Sabah yang dihantar kepada responden terpilih di Parlimen Kota Kinabalu, 60 peratus menolak DAP; 30 peratus mahu calon baru dan 10 peratus berkecuali.

Ramai di antara mereka mempertikaikan kewibawaan satu-satunya Ahli Parlimen DAP dari Sabah, Dr Hiew King Cheu yang sebelum ini terlibat dengan Ijazah Kedoktoran Palsu; sebagai 'Penyibuk' dan gagal merancang pembangunan untuk Bandaraya Kota Kinabalu.

Kematangan responden begitu ketara kerana mereka mencadangkan agar Presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee turun menentang calon DAP termasuk Dr Hiew (jika dipilih semula) di Parlimen Kota Kinabalu bagi meneruskan kesinambungan perjuangan rakyat Sabah terutama berhubung isu keselamatan dan kesejahteraan bandar yang gagal dilaksanakan Dr Hiew selama ini.


 

Lagipun pada pilihanraya umum 2008, Hiew King Cheu memenangi kerusi Parlimen Kota Kinabalu dengan majoriti yang kecil iaitu 106 undi sahaja kerana hanya menerima 9,464 undi berbanding dengan pengundi yang menentang beliau iaitu seramai 18,119 orang.

Kata mereka, calon SAPP lebih relevan mewakili suara rakyat di kawasan bandar dan pinggir bandar terutama Tawau, Kota Kinabalu, Sandakan dan Lahad Datu; terutama kecemerlangan Ahli Parlimen Tawau, Datuk Chua Soi Bui.

Manakala 3,000 twitter yang dihantar kepada para pengundi yang dipilih secara rambang di Sri Tanjung juga menerima makluman balas yang mengejutkan kerana mereka mengharapkan Tan Sri Liew Yun Fah yang menjadi Wakil Rakyat mereka; tidak kira mewakili parti apa sekalipun.

Ramai responden juga mempertikaikan Sijil Anak Negeri Palsu Jimmy Wong yang disifatkan sebagai menzalimi Anak Negeri Sabah dan merampas hak tanah adat yang hanya layak dimilik Anak Negeri Sabah yang tulen dan bukannya melalui jalan curang.

Jika Jimmy dan Hiew berani menggunakan Sijil dan Ijazah palsu, adalah tidak mustahil jika mereka akan turut membeli undi palsu daripada pengundi hantu yang selama ini menjadi pengikut setia mereka kerana DAP di Sabah umpama panggung wayang yang kehilangan pengunjung.

Mereka menyifatkan Jimmy sebagai Ketua DAP berperangai seperti 'Itik Tempang' yang langsung tidak memberikan sumbangan yang besar kepada parti, pembangkang; malah kepada rakyat Sabah kerana lebih Pro kepada BN.

 


Pada pilihanraya umum Ke 12, Wong Zse Phin @ Jimmy memenangi kerusi DUN Sri Tanjung dengan majoriti 1,172 setelah mendapat 5,359; tetapi seramai 7,277 pengundi telah memberikan undi mereka kepada Kong Hong Ming (PKR) 3,090 dan Samson Chin Chee Tsu (BN) 4,187.
                                                            
Ketika itu (2009) Pakatan Rakyat bertanding sesama sendiri menentang calon BN, namun pada kali ini jika satu lawan satu senarionya jauh berbeza, apatah lagi dengan kehadiran parti nyamuk seperti STAR.

Apakah selepas PRU-13 nanti, BN akan menyapu bersih semua kerusi DUN di Sabah kerana mengikut desas desus, Perdana Menteri akan mengumumkan Pilihanraya Mengejut di Sabah sekitar Julai sebelum membubarkan parlimen jika Sabah masih dikuasai BN?

14 comments:

  1. DAP Sabah hnya byk gimik sahaja, rakyat takkan terima parti seperti itu.

    ReplyDelete
  2. DAP Sabah akan terkubur tak lama lagi.

    ReplyDelete
  3. DAP menjadi back-stabber kepada parti sekomponenya seperti yang dilihat pada PRU2 yang lepas.

    ReplyDelete
  4. Bagaimana untuk mempercayai DAP jika ada antara pemimpinnya sendiri yang menipu? rasanya lebih baik DAP tumpukan pada negeri asalnya.

    ReplyDelete
  5. DAP is no longer relevant in Sabah. They never be actually. Sorry.

    ReplyDelete
  6. Ini bermakna DAP dan SAPP tidak aman lagilah ini.

    ReplyDelete
  7. Ini jugs pandangan masing-masing, ada juga yang berkeyakinan dengan DAP juga.

    ReplyDelete
  8. Not sure but hoping the election can organise fairly and clean.

    ReplyDelete
  9. Masig-masing sudah bersedia untuk menghadapi PRU, harapkan PRU yang mengejutkan.

    ReplyDelete
  10. Mungkinkah DAP & SAPP kerjasama? Entah-entah menghasilkan buah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah apa yang dihasilkan?? buah duku kali kan..

      Delete
  11. DAP hanya menunggu hari kekalahan

    ReplyDelete
  12. bukan hari2 terakhir DAP di Sabah, sebaliknya hari2 terakhir pembangkang di Sabah.. sehingga hari ini, pembangkang Sabah masih belum mencapai kata sepakat untuk bertanding satu lawan satu dengan BN..

    ReplyDelete
  13. SAPP pun belum tentu lagi mampu menandingi BN.. baik tidak payak mengiktiraf kemenangan sebelum bertanding.. lihat saja bagaimana YTL dan Ansari boleh kalah di Batu Sapi sedangkan lawan mereka hanyalah seorang suri rumah..

    ReplyDelete