DERITA....Undi
diselamatkan selepas lebih setahun sakit, menderita di tangan isteri sendiri. Undi
(terlantar) ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh penduduk dan ahli
keluarganya.
Oleh : MASTURA ISMAIL
LIMBANG: Seorang isteri
bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila dipercayai tergamak mengurung, mendera dan menyeksa
suaminya yang terlantar sakit sejak lebih setahun lalu di sebuah rumah di
Kampung Tanggung Unggar, di sini.
Perbuatan itu terbongkar
Khamis lepas selepas orang kampung dan ahli keluarga terdekat mangsa tidak
tahan lagi menyaksikan penderitaan yang dihadapi mangsa.
Orang kampung dan ahli keluarga
mangsa bertindak menghubungi pihak polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Bahagian Limbang pada malam Rabu lepas.
Operasi menyelamat mangsa
dijalankan oleh lima kakitangan JKM serta beberapa anggota polis di rumah terbabit
pada keesokan harinya (Jumaat).
Sekitar jam 4.30 petang,
mangsa yang hanya dikenali sebagai Undi, 64, berjaya diselamatkan dan dibawa ke
Hospital Limbang untuk rawatan lanjut.
Tindakan pantas JKM dan
polis itu turut mendedahkan perbuatan zalim si isteri yang memperlakukan
suaminya sendiri seperti binatang.
Menurut sumber, perbuatan
mengurung suaminya dilakukan si isteri yang berusia dalam lingkungan 40-an
bersama seorang anak lelakinya yang berumur 15 tahun.
Katanya, mangsa bukan sahaja
diherdik dan diberi makanan basi dan bersemut, malah menjadi mangsa sepak
terajang dan maki hamun.
“Lebih memeritkan mangsa
juga mempunyai kesan lebam di beberapa anggota badan selain kesan dipercayai
dijerut dengan wayar di bahagian leher,” kata sumber.
Sementara itu, Ketua Polis
Daerah Limbang Pemangku Superintenden Mohd Bukhori Saffai ketika menghubungi
Utusan Borneo kelmarin mengesahkan kejadian itu.
Menurut Bukhori lagi, beliau
menerima maklumat dan khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada orang awam mengenai kejadian itu.
“Kita ada menerima beberapa
maklumat dan SMS daripada orang awam meminta kita melepaskan mangsa yang
dikurung di kawasan kampung tersebut.
“Pada mulanya kita menyangka
mangsa adalah anak kecil, tetapi sebaliknya menyaksikan seorang lelaki menjadi
mangsa dera isteri sendiri sehingga tergamak mengurungnya dalam sebuah rumah,”
katanya kepada Utusan Borneo semalam.
Mohd Bukhori berkata lagi,
kes tersebut sudah diserahkan kepada JKM Bahagian Limbang untuk tindakan
lanjut.
Penolong Pengarah JKM
Bahagian Limbang, Aziah Saruji ketika ditemui Utusan Borneo semalam turut
mengesahkan kejadian itu.
Beliau berkata, pihaknya
bersama beberapa anggota polis bergegas ke tempat kejadian Khamis lepas yang
mengambil masa hampir sejam perjalanan termasuk menggunakan perahu untuk ke
seberang sungai.
Aziah menambah, pihak polis
terpaksa memecahkan pintu rumah mangsa kerana ia dikunci dari luar.
“Ketika tiba di tempat
kejadian, isteri dan anak mangsa tiada di rumah dan mangsa di-tinggalkan
seorang diri dalam keadaan yang menyayat hati,” katanya lagi.
Menurutnya, hasil maklumat
daripada ahli keluarga, mangsa dikurung sejak lebih setahun lalu dan tidak
diberi makanan yang sempurna.
Selain itu, katanya, terdapat
juga kesan lebam dan kecederaan lama di beberapa badan mangsa dipercayai didera
oleh isteri dan anaknya.
“Kita berterima kasih kepada
penduduk kampung yang bertindak pantas menghubungi pihak kita dan polis untuk
menyelamatkan mangsa daripada terus diseksa isterinya,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Aziah
berkata penduduk kampung mula mengesyaki mangsa dikurung di rumah tersebut
selepas mendengar jeritan dan herdikan si isteri ke atas mangsa.
“Bunyi herdikan itu
didengari ketika penduduk sedang berkebun berhampiran rumah tersebut. Mereka
dan ahli keluarga mangsa yang berasa curiga segera menghubungi pihak kita dan
pihak polis agar lelaki malang itu dibebaskan daripada cengkaman isterinya.
“Laporan polis sudah dibuat
berhubung kejadian tersebut dan mangsa yang kini masih dirawat di hospital akan
diserahkan kepada ahli keluarganya untuk penjagaan,” katanya.
Aziah menjelaskan, mangsa
merupakan penerima bantuan kebajikan sebanyak RM300 sebulan, selain menerima
bantuan menerusi Program Perumahan Rakyat
Termiskin (PPRT).
teruknya ada keluarga mcm tu.. walaupun dia sakit, tapi layanlah dgn baik.
ReplyDeleteApalah hukuman si isteri yang mendera tu?
ReplyDeleteAmbil tindakkan undang-undang terhadap isteri tersebut yang telah melakukan kesalahan.
ReplyDeleteIsteri macam tu pun ada, baik minta cerai saja.
ReplyDeletekali ini biar giliran si isteri pula dikurung dalam penjara dan disiksa oleh suasana dalam penjara yang tentunya tidak menyenangkan dan tidak selesa..
ReplyDelete