Oleh : AHMAD FUAD YAHYA
JAKARTA : Pengarah Eksekutif
Tenaganita Irene Fernandez membuat kenyataan mengejutkan di sini apabila
mendakwa Malaysia tidak selamat langsung untuk pekerja Indonesia kerana negara
itu tidak mempunyai rangka kerja mahupun undang-undang khusus untuk melindungi
pekerja.
Dalam satu temu bual
berbentuk soal jawab yang disiarkan The Jakarta Post pada Isnin, beliau turut
mendakwa kerajaan Malaysia mengamalkan diskriminasi terhadap pembantu rumah dan
pekerja ladang, yang mana kedua-duanya tidak termasuk di bawah polisi kadar
gaji minimum sektor swasta.
“Pekerja migran telah
dijadikan sasaran eskploitasi, penderaan fizikal, keganasan dan rogol seiring
dengan kemunculan industri perkhidmatan penjagaan dan penswastaan sektor jagaan
kesihatan, yang merupakan sebahagian kapitalisme neo-liberal yang merosakkan
ekonomi Malaysia dan meningkatkan ketaksamaan pada kalangan pekerja migran,
khususnya wanita,” katanya.
Fernandez juga berkata
majikan Malaysia yang menyimpan pasport amah mereka bebas melakukan apa sahaja
terhadap pekerja kerana mereka membeli amah terbabit serta bebas daripada
tindakan kerana telah membayar polis dan keputusan mahkamah jika pekerja
berkenaan menyaman mereka.
Kerajaan Indonesia, katanya
tidak harus menyambung penghantaran pekerja ke Malaysia sehingga kerajaan dan
majikan menukar pemikiran dan menggubal undang-undang khusus untuk melindungi
pekerja dan hak mereka.
Fernandez juga berkata ramai
majikan melanggar undang-undang imigresen kerana mengupah pekerja yang tiada
dokumen sah, tetapi tidak dihukum kerana mereka membayar polis dan pegawai
imigresen dalam pakatan sulit untuk menyalahkan pekerja.
“Pada 2011, kami merekodkan
lebih 1,500 kes membabitkan pekerja tanpa dokumen dan 500 kes melibatkan
majikan melanggar undang-undang imigresen.
Kebanyakan pekerja tanpa
izin dihantar pulang selepas menjalani hukuman penjara sementara majikan bebas
daripada tuduhan,” katanya.
Mengulas Program 6P yang
dilaksana kerajaan Malaysia, beliau berkata:” 6P adalah akronim untuk penipuan
dan bukan pendaftaran, pemutihan, pengusiran, pemantauan, penguatkuasaan dan
pengampunan kerana 1,000 daripada 1,300 pekerja yang ditahan bagi tempoh
Januari-April masih belum didokumentasikan walaupun telah membayar antara
RM2,000 hingga RM4,000.
“Daripada 1,000 pekerja yang
masih tiada dokumen dan menjadi mangsa dalam Program 6P itu, 400 adalah warga
Indonesia. Kami telah memfailkan aduan kepada polis terhadap ahli perniagaan
tempatan yang didakwa terlibat dalam penipuan dan penyeludupan berkaitan
pelaksanaan sistem biometrik untuk melaksanakan program itu.”
Mengenai kes tembak ke atas
tiga pekerja Indonesia di Negeri Sembilan, Fernandez berkata polis tidak ada
kuasa untuk menembak mereka sekalipun mereka adalah suspek penjenayah dan
mereka sepatutnya ditahan serta dihadapkan ke muka pengadilan jika ditangkap
ketika melakukan jenayah.
“Berdasarkan laporan yang
kami terima tiga pekerja terbabit bukan penjenayah atau pelarian dan mereka
tidak ditangkap melakukan jenayah. Kes itu mesti disiasat bagi membuktikan
dakwaan bahawa mereka mangsa penyeludupan untuk tujuan pemerolehan organ
manusia,” katanya.
Fernandez berkata
penyeludupan buruh, kanak-kanak dan juga bayi semakin berleluasa di negara itu
sejak tiga tahun lepas, dan di Sarawak pekerja wanita yang menjadi mangsa penyeludupan
dirogol serta dipaksa melahirkan anak, yang mana dibeli oleh ramai rakyat
Singapura pada harga US$24,000 bagi setiap bayi.
Beliau berkata pekerja warga
Indonesia, terutama pembantu rumah dan tukang kebun, akan terus menghadapi
masalah dengan majikan dan pihak berkuasa memandangkan perjanjian yang disemak
semula antara Indonesia dan Malaysia tidak meliputi pelbagai hak membabitkan
hak mereka.
“Saya hargai polisi kerajaan
Indonesia untuk tidak menyambung semula penghantaran pekerja sehingga
perjanjian bilateral itu menjelaskan hak pekerja dan sistem pengambilan yang
disemak semula bagi meletakkan pekerja dan majikan pada kedudukan setara.
Terdapat kira-kira dua juta
pekerja dari Indonesia yang kebanyakannya bekerja sebagai pembantu domestik dan
buru di sektor pertanian.
ramai pekerja Indonesia hiduo senang di Malaysia, Malaysia lebih selamat bagi mereka. dakwaan ini tidak berasas
ReplyDeleteKalau tidak selamat kenapa ramai warga Indon yang datang ke Malaysia malah ada yang sanggup masuk negara ni secara haram??
ReplyDeleteAda juga banyak kes salah laku dan jenayah yang dibuat oleh para pekerja Indon.apa pula tindakan mereka kalau warganegara mereka sendiri buat salah di negara ni?
ReplyDeletePekerja Indon pun bukannya malaikat, dilayan bagus pun masih juga mencuri
DeleteKenyataan ini seperti memburukkan negara kita pula. Apa pun perlu diingat jenayah yang berlaku kebanyakkan dibuat oleh warga asing.
ReplyDeleteLebih segala undang2 kemanusiaan diperuntukan untuk menjaga kebaikan para pekerja.
ReplyDeleteada banduan Indon dalam penjara di Malaysia yang sanggup duduk dalam penjara daripada dihantar balik ke negara asal.. kes ini sudah cukup untuk menyangkal dakwaan liar Fernandez..
ReplyDeletejika benar Malaysia tidak selamat untuk pekerja Indonesia, bagaimana begitu ramai warga mereka di negara ini samada yang datang secara sah mahupun secara haram??
ReplyDelete