Oleh : NURULFATIHA MUAH
SHAH ALAM : Debat Sinar
Harian antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR,
Rafizi Ramli berakhir dengan harapan ia akan menjadi pencetus kepada debat
antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Pakatan
Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Moderator Debat Sinar
Harian, Dr Mazlee Malik mencabar kedua-dua pemimpin kanan itu agar muncul dalam
satu debat, yang boleh dianjurkan oleh Sinar Harian dengan kerjasama Astro
Awani dan Bernama 24, bagi menjelaskan kerangka dasar parti-parti masing-masing
sebelum PRu13.
Katanya, ia penting bagi
negara menuju status negara maju dan selaras dengan kehendak rakyat.
"Kita sudah dengar
debat pada tahun 2008 di Amerika Syarikat, 2010 di UK, dan di sini negara kita,
kita harap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Umum Datuk Seri
Anwar akan muncul pada debat menjelang Pilihan Raya Umum," kata beliau
ketika menutup Debat Sinar Harian sebentar tadi.
Cabaran beliau itu turut
disambut positif oleh hadirin di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf
di sini malam ini, yang jumlahnya sekitar 400 orang.
Debat Sinar Harian yang
berlangsung 90 minit menyentuh soal "Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju
Pendidikan Tinggi".
Pagi tadi, Anwar sekali lagi
mencabar Najib agar berdebat secara umum mengenai pilihan raya bersih dan adil.
Beliau berkata demikian
selepas menghadiri perbicaraan atas pertuduhan menyertai perhimpunan Bersih
3.0, 28 April lalu.
Dalam sesi debat itu,
Maszlee yang juga moderator program berkata, dakwaan yang menyatakan debat
merupakan budaya barat dan tidak sesuai dengan budaya di negara ini, disifatkan
sebagai penghinaan kepada rakyat Malaysia.
Menurutnya, debat adalah
penghargaan kepada akal fikiran dan cara rakyat berfikir dalam usaha mewujudkan
politik matang dan bertamadun.
"Debat hanya untuk
pertahankan idea dan memastikan idea yang dilontarkan itu dicabar. Bukan
seperti 'satu suara' seperti dalam ceramah. Ini adalah medium untuk didik
rakyat di peringkat permulaan dan diharapkan ia akan jadi politik baru selepas
ini," katanya.
Maszlee berkata, untuk
mewujudkan politik matang dan bertamadun, rakyat memerlukan maklumat adil serta saksama dalam membuat pilihan
tepat ketika mengundi.
Menurutnya, demokrasi bukan
sekadar buang undi semata-mata, sebaliknya ia lebih kepada bagaimana undian
boleh dijalankan, berdasarkan keadilan maklumat.
"Media perlu beri ruang
demokrasi yang adil, bukan setakat beri pendapat tanpa pembelaan. Ini yang
dikatakan politik baru," katanya.
Dalam pada itu, pada
pusingan kedua, Maszlee memuji penonton yang juga penyokong dua panel debat;
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli
kerana bersikap tenang sepanjang program berlangsung.
Bagaimanapun suasana
'hangat' ketika sesi soal jawab dengan penyokong dan sesi penggulungan. Ada di
antara penyokong bersorak ketika pemimpin masing-masing berhujah.
Terdapat juga penyokong yang
'bising' ketika hujah diutarakan tidak menjawab soalan, namun terkawal kerana
Maszlee bijak mengawal situasi tersebut.
makin byk debat berlangsung sekarang, dan kita lihat adakah Najib akan berdebat dgn Anwar.
ReplyDeletetapi debat tu biarkan memberi manfaat, jgn hnya debat kosong.
ReplyDeleteBelum cukup lagi debat KJ dan Rafizi??
ReplyDeleteRasa2nya Najib tak akan turun berdebat dengan Anwar.
ReplyDeleteBanyak mana pun yang mahukan debat ini, ia tidak akan diadakan juga.
ReplyDeleteDebat hanya untuk mempromosi parti masing2 saja, tidak menyelesaikan apa2.
DeleteKita tunggu saja keputusan mengenai cadangan tersebut.
ReplyDeleteDebat pada masa yang sama mempromosikan parti masing2 dan memburukan parti lawan.
ReplyDelete"Katanya, ia penting bagi negara menuju status negara maju dan selaras dengan kehendak rakyat."
ReplyDeleteadakah negara ini hanya akan maju jika Najib dan Anwar berdebat??
kalau Najib dan Anwar berdebat, mesti ada yang buat kecoh atau provokasi..
ReplyDelete