Oleh : JAMILAH HAMZAH
SHAH ALAM : Ketua Pemuda
Umno, Khairy Jamaluddin mendakwa Pakatan Rakyat (PR) tidak yakin mampu untuk
menjana ekonomi negara dan itu sebabnya mereka mahu memansuhkan kemudahan
pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan pendidikan
percuma kepada pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA).
Sebelum ini PR telah
melancarkan beberapa manifesto jika menang pilihan raya akan memberi pendidikan
percuma kepada rakyat terutama kerajaan di bawah naungan mereka.
"Pakatan Rakyat tidak
yakin dengan pemerintahan mereka dan mereka tak boleh bagi keyakinan pada
rakyat," hujah Khairy pada debat
bersama Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli anjuran Sinar Harian.
Memetik hujah Rafizi yang
sebelumnya mengatakan bahawa hutang negara akan meningkat dari tahun ke tahun
jika PTPTN diteruskan dan pendidikan di peringkat tinggi tidak dihapuskan akan
memberi kesan kepada kehidupan rakyat pada 10 tahun akan datang.
Khairy turut mengulas
hujahnya dengan memberi keyakinan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) akan
terus meningkatkan ekonomi rakyat Malaysia melalui pelbagai langkah yang telah
dilaksanakan sekarang.
Sebelum ini, dalam kenyataan
media, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan gaji
minimum, yang dinanti-nantikan oleh hampir lima juta pekerja sejak lebih
setahun lalu, dengan kadar antara RM800 hingga RM1,000.
Najib turut melaksanakan
durian runtuh kepada peneroka yang berjumlah RM15,000 pada setiap seorang
peneroka Felda pada Mei lalu.
"Keyakinan BN dapat
ditingkatkan melalui peningkatan gaji serta memberi peluang pekerjaan kepada
graduan selepas tempoh enam bulan menamatkan pelajaran. BN juga berkeyakinan
terhadap pertumbuhan ekonomi dari semasa ke semasa di bawah pemerintahan
kerajaan BN sekarang," kata beliau lagi.
tak perlu nk terpedaya dgn janji2 pembangkang terutamanya berkenaan pemasuhan PTPTN.
ReplyDeletedulu Anwar sendiri terlibat dalam penubuhan PTPTN, kini ia pula nak mansuhkan. ini hnya gimik dia untuk minta sokongan.
ReplyDeleteAnwar mudah lupa!
DeleteGolongan belia dan mahasiswa janganlah termakan hasutan pembangkang untuk menuntut pemansuhan PTPTN.
ReplyDeleteTu la harus fikir baik2 dan nilai sebaik mungkin.
DeleteIsu PTPTN hanyalah taktik untuk tarik undi golongan muda.
ReplyDeleteBetul, memancing golongan muda dan atas pagar.
DeletePTPTN perlulah dikaji sebaiknya. Kita harap tidak akan membebankan peminjam satu hari nanti.
ReplyDeletependidikan percuma yang dilaung2kan oleh pemimpin2 pakatan bukanlah pendidikan percuma.. apa maknanya pendidik percuma jika pelajar2 IPTA sahaja yang menikmati manfaat itu sedangkan pelajar2 IPTS masih terus bergantung dengan pinjaman??
ReplyDeletepembangkang sebenarnya dalam keadaan terdesak.. sebab itu mereka sanggup bagi apa saja janji asalkan boleh menaikkan populariti mereka untuk merampas kerajaan.. tidak mustahil jika selepas ini mereka akan janjikan rumah percuma, kereta percuma, duit poket rm5k percuma, petrol percuma dan sebagainya..
ReplyDelete