WAWANCARA….Sabahkini.Net
sedang menemubual Azis mengenai rusuhan perhimpunan Bersih3.0
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SYAHADAH YAHYA
KETUA Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Semporna, Mohd Azis Jamman menyifatkan tindakan para belia yang
terlibat dalam rusuhan perhimpunan Bersih 3.0 sehingga menimbulkan hura hara
dan pertumpahan darah adalah merupakan satu tindakan keganasan dan tidak bertamaddun.
Para belia yang dikerah atau
dipelawa untuk mengadakan perhimpunan tersebut kononnya untuk menentang
kezaliman pemerintahan Barisan Nasional atas hasutan pihak pembangkang, tiada
membawa sebarang keuntungan kepada mana-mana pihak; sama ada parti ataupun diri
sendiri, malahan mengundangkan kecelakaan pada diri sendiri.
Kalau benar-benar kerajaan
BN kerajaan zalim, hukumannya bukan melalui perhimpunan haram kerana bukan saja
mencetuskan sikap keganasan sehingga ada yang cedera parah dan merosakan harta
benda awam.
"Senario ini jelas
menunjukkan bahawa para belia di bawah pimpinan parti-parti pembangkang telah
terap oleh nilai-nilai jiwa keganasan dalam negara sendiri dan ini bukanlah
budaya Bangsa Malaysia," kata Azis kepada Sabahkini. Net kelmarin ketika
diminta pandangannya mengenai rusuhan perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru.
Tambah Azis lagi, jika
rakyat merasa tidak puas hati dengan sistem perjalanan pengundian yang ditadbir
urus oleh SPR, maka mereka boleh menghukum melalui pilihanraya umum ke 13 dan
bukannya mengheret demokrasi ke jalanraya.
“Sebagai belia yang
berwawasan, berpendidikan tinggi dan pemimpin pelapis negara; seharusnya para
belia terbabit tidak mudah dipengarui oleh anasir-anasir songsang yang bukan sahaja
menjejaskan dan mencemarkan nama baik diri sendiri, bahkan bahangnya menggugat
keharmonian negara kita," kata Azis yang menganggap bahawa rakyat Malaysia
adalah rakyat yang berdisiplin, bersopan santun, berbudi bahasa sehingga menarik
perhatian dunia.
Sikap para pemimpin
pembangkang kata Azis, hanya pandai merosakkan masa depan para belia kerana mereka
tergamak mengkeldaikan para beliau sebagai samseng jalanan; diupah dengan ganjaran
yang tidak setimpal, semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu para pucuk pimpinan
pembangkang demi untuk mencetuskan hura-hara dalam negara sendiri.
"Jadilah parti
pembangkang yang sihat. Bukankah pilihanraya umum sudah di ambang pintu? Tunaikanlah
tanggungjawab dengan turun mengundi untuk memilih kerajaan mereka
sendiri," kata Azis lagi.
Sehubungan itu, Azis
menggesa pihak berkuasa terutama polis agar mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana
belia yang terlibat dalam keganasan Bersih 3.0 sehingga mencetuskan kacau bilau,
cedera parah dan merosakan harta benda awam.
perhimpunan bersih hnya timbulkan masalah, ia tak patut dianjurkan lagi.
ReplyDeleteBukan saja pemuda Semporna membantah dan mengutuk perhimpunan ini namun rakyat Malaysia sendiri pun mengutuk apa yang berlaku.
ReplyDeleteTidak semua rakyat M'sia yang menyokong perhimpunan Bersih tu
DeleteNegara ada undang2, jadi ikut la undang2 yang telah diperuntukan.
ReplyDeleteakta perhimpunan aman telah diwujudkan oleh kerajaan.. kenapa penganjur2 Bersih masih mahu melakukan huru hara??
ReplyDeletesaya yakin, sekiranya 8 tuntutan Bersih dipenuhi, perhimpunan Bersih tetap akan dijalankan.. sebabnya, tujuan perhimpunan ini diadakan bukan untuk memastikan pilihanraya bersih dan adil, sebaliknya sebagai jalan pintas untuk parti2 pebangkang merampas kerajaan tanpa perlu mengharapkan undi 21 juta pengundi berdaftar..
ReplyDelete