RASMI…..Surau Al-Harakah di Pulau Shanghai, Sandakan
dirasmikan walaupun belum siap sepenuhnya.
Oleh
: MUSTAMAN MUSTAIN
SANDAKAN:
Cita-cita penduduk Pulau Shanghai, yang terletak setengah jam perjalanan bot
dari Sandakan, untuk memiliki sebuah surau dan tempat berkumpul menjadi
kenyataan apabila sebuah surau didirikan dan dirasmikan kelmarin.
Surau
ini dinamakan Al-Harakah sempena penyumbang utama untuk pembinaannya adalah
datangnya dari pembaca Harakahdaily.
Ia
selamat dilancarkan hari ini oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man yang disertai sama oleh Haji Hamzah Abdullah, Timbalan
Pesuruhjaya PAS Sabah.
Turut
serta adalah anggota Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat yang menjadi
penganjur kepada pembinaan surau ini dan dimeriahkan dengan kehadiran lebih 150
penduduk tempatan.
Majlis
pelancaran surau itu dibuat melalui tandatangan ke atas plak surau itu yang
disempurnakan oleh Tuan Ibrahim dengan disaksikan penduduk tempatan.
Pada
31 Disember tahun lalu Tuan Ibrahim yang memimpin ekspedisi ke pulau ini
memacakkan tiang tanda janji untuk membina sebuah surau di pulau itu.
"Kita
mahu surau ini menjadi pusat perpaduan penduduk di pulau ini. Pusat aktiviti,
pusat kerjasama," kata Tuan Ibrahim dalam ucapannya.
Tuan
Ibrahim ketika mengimbau kembali lawatan pertamanya ke Pulau Shanghai Disember
lalu berkata, apabila ditanya penduduk di sini, apa yang mereka perlukan di
sini mereka berkata banyak yang tidak
ada di sini.
"Dari
banyak yang tidak ada, air bersih, eletrik, dewan, surau, kami pilih buat surau
tempat berhimpun dan berjamaah," katanya.
Selepas
itu, kempen dibuat untuk mengumpul dana untuk surau ini ke seluruh dunia
termasuk ke Arab Saudi.
Ekoran
itu lebih RM60,000 berjaya dikumpul khasnya dari pembaca Harakahdaily ekoran
iklan yang disiarkan dalam laman web ini.
"Terima
kasih kepada semua yang terlibat memberikan sumbangan khasnya pembaca Harakah
kerana menjayakan projek ini.
"Atas
dasar itu kita namakan surau ini Al-Harakah," kata Tuan Ibrahim.
Tuan
Ibrahim yakin PAS dan Pakatan Rakyat akan berbuat lebih lagi untuk rakyat Sabah
jika diberikan mandat untuk mentadbir negara.
"Ini
tempat untuk semua orang untuk memenuhi keperluan didik agama kepada anak-anak,
program motivasi, solat dan sebagainya. Kami serahlah kepada tuan-tuan semua
untuk mengisi program di sini agar surau ini sentiasa hidup dengan
program," katanya.
Beliau
juga berkata, selepas ini surau kedua pula akan dibantu oleh PAS untuk dibina
iaitu di Keningau.
"Di
sana ada satu kampung yang gereja ada dua buah tetapi tidak ada satu pun surau
di situ sedangkan orang Islam ramai," katanya.
sumbangan Surau tersebut amat dihargai, ia pasti memudahkan penduduk dalam melakukan ibadat.
ReplyDeleteInilah kelebihannya bila PRU sudah dekat. apapun, syabas atas usaha membina surau tersebut.
ReplyDeleteBaguslah PAS sudah mula menyumbang di negeri Sabah.
ReplyDeleteKemudahan tempat beribadah amat penting.
ReplyDeleteYa. harap2 sempurnalah tempat beribadah tu.
DeleteSumbangan yang baik daripada PAS.
ReplyDeleteBaguslah PAS membantu rakyat yang memerlukan tanpa menunggu
ReplyDeleteNik Aziz sanggup membiayai perhimpunan yang tujuannya untuk menggulingkan kerajaan, tapi kenapa beliau tidak sanggup membiayai kos pembinaan surau ini??
ReplyDeleteapa2pun, syabas kepada pihak yang menderma dan pihak yang terlibat dalam menjayakan aktiviti mengumpul dana ini..
ReplyDelete