Saudara Pengarang,
SAYA amat tertarik dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menghendaki supaya semua Ketua Bahagian dan Cawangan UMNO agar menunaikan janji yang telah ditabur sebelum ini. Ini menunjukkan satu komitmen yang tinggi daripada TPM selaku Timbalan Presiden. Adalah diharapkan kepada mereka yang terlibat supaya dapat melaksanakan janji yang diberikan.
Namun apa yang dikesalkan di sini adalah janji yang diucapkan oleh TPM semasa menghadiri program ‘Cybersafe’ di SMK Tandek, Kota Marudu iaitu pembinaan bangunan baru SMK Langkon dan SMK Bandau yang dijanjikan sehingga sekarang masih tidak kelihatan kawasannya, apa lagi tiang.
Janji ini telah dicatat oleh pemberita dan wartawan TV3 sehari selepas pelancaran program tersebut dan terkini dikeluarkan dalam BULETIN My1KM iaitu Buliten Pembangunan Kawasan P.168 Kota Marudu. Apakah janji ini tidak sepertimana janji yang dimaksudkan oleh TPM tersebut?
Sedarlah wahai mereka yang berjanji, janganlah menunggu PRU13 baru semua bermula konon untuk berikan itu dan ini sedangkan ia janji PRU sebelumnya.
Ibarat lagu "Apa guna berjanji, kalau tak ditepati...."
Di manakah letaknya slogan ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan?’
Fikir-fikirkanlah semua ini.
Sekian, Salam Hormat,
1MARUDU
Promises are meant to be fulfilled!
ReplyDeleteWalk the talk. Keep your promises.
ReplyDeleteDon't let promise remains only promise.
ReplyDeleteBila bercakap, jangan lebih sudu dari kuah. Jika tidak mampu tunaikan, jangan berjanji.
ReplyDeleteMight as well don't promise if they can't fulfil it.
ReplyDeleteHaaaa....mana suda peruntukan untuk pembinaan itu?
ReplyDeleteSegera lah bergerak untuk pembinaan itu. Jika tidak pihak anda akan dituduh menipu.
ReplyDeletejika dah berjanji, laksanakan, janji ibarat hutang dan mesti dilangsaikan.
ReplyDeletekerajaan sebenarnya mampu menunaikan semua janji2 yang dibuat oleh pemimpin2 mereka, tetapi masalahnya mereka ini mudah lupa kerana terlalu banyak janji2 yang sudah ditaburkan sehingga lupa mana satu yang hendak didahulukan atau mungkin janji itu hilang terus dalam senarai.
ReplyDeletejanji membuatkan rakyat berharap. jadi, tunaikanlah janji yang sudah dibuat.
ReplyDelete'jika tidak ada halangan..'kata-kata TPM sewaktu berjanji tu bersyarat.
ReplyDeletejanji2 politik bukan boleh percaya..selalunya kalau sudah dapat apa yang dimahukan (undi) Yb tersebut terus hilang..mula pilihanraya, baru timbul balik dengan janji yang sama..kalau macam ini, tolak terus YB tersebut.
ReplyDeletekalau di semenanjung, bangunan sekolah diperbuat dari konkrit..kalau di pedalaman sabah khasnya, papan..
ReplyDeletepulaukan mana2 YB yang mungkir janji..
ReplyDeleteSebaiknya pa yang dijanjikan akan dikotakan sebaiknya. Jangan biar rakyat tertipu.
ReplyDeletekalau janji tu tidak dapat ditunaikan, sekurang-kurangnya penjelasan disusuli. Janganlah membuat penduduk tempatan tertanya-tanya.
ReplyDelete