Oleh : CHANG SHAK HUNG
Sambutan Hari Bapa pada tahun ini telah disambut oleh warga ‘Sandakan AIDS Support Group Association’ (SAGA) pada 19 Jun 2011 baru-baru ini. Salah satu program yang dianjurkan adalah lawatan mesra ke Rumah Wargatua Sri Harapan, Jalan Sibuga pada hari berkenaan.
Kumpulan SAGA yang diketuai oleh Pengerusi SAGA, Dr Zaiton dan beberapa ahli Exco SAGA seperti Chang Shak Hung, Lilian Pang, Chong Ching Hau, Jenny Chen Nyuk Jin dan Sirwanah Sidik, telah melawat para wargatua dengan memberi buah tangan berbentuk makanan kepada mereka tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.
SAGA merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan dari segi memberi kesedaran dan pengetahuan kepada masyarakat tentang pencegahan dan bahaya penyakit AIDS.
Kerja-kerja sosial yang dilaksanakan antaranya ujian saringan HIV secara percuma kepada masyarakat, memberi ceramah kepada kakitangan kerajaan dan persatuan-persatuan yang lain, memberi ceramah di sekolah-sekolah untuk pelajar, mengadakan pameran di tempat umum serta aktiviti dan program yang berunsurkan kepada khidmat sosial.
Sifat keprihatinan dan komited serta mempunyai sikap kesukarelawan dan ingin membantu serta menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan yang ditunjukkan oleh warga SAGA amatlah dihargai dan murni dalam menyedarkan warga masyarakat tentang bahaya penyakit AIDS serta langkah-langkah pencegahan yang boleh dilakukan.
Bukan itu sahaja, pesakit yang dijangkiti penyakit AIDS sentiasa diberi dorongan dan sokongan supaya tidak patah semangat untuk terus hidup demi keluarga dan anak-anak.
Kehadiran SAGA pasti membawa keriangan kepada penghuni di Sri Harapan.
ReplyDeleteSemoga SAGA dapat meneruskan usaha2 murni mereka ini.
ReplyDeleteusaha mereka ini patut dicontohi oleh badan-badan persatuan lain dan segenap masyarakat.
ReplyDeleteSelamat hari bapa kepda yang sudah menjadi bapa... Hargailah mereka selagi mreka ada.
ReplyDeleteProgram seperti adalah bagus jika setiap tahun diadakan.
ReplyDeleteprogram ini baik sekali dan ia perlu dilakukan lagi pada masa akan datang.
ReplyDeleteini psti akan menjadi hari bapa yang terbaik buat para penghuni Sri Harapan.
ReplyDeleteteruskan usaha murni ini.. lebih baik sokong pertubuhan seperti ini daripada parti politik...
ReplyDeleteSatu program yang baik untuk memberikan keriangan kepada warga emas yang berada di Rumah Wargatua Sri Harapan, Jalan Sibuga.
ReplyDeleteBaguslah. Usaha sebegini harus digiatkan agar golongan tua rasa diri mereka dihargai.
ReplyDeleteApapun selamat hari Bapa :)
ReplyDelete