Monday, 20 June 2011

‘PENULIS HANTU’ DIUPAH MEMFITNAH V.K.LIEW



Saudara Pengarang,

APABILA terbaca tulisan yang kononnya ditulis oleh Wong Sang Lee di dalam portal Sabahkini.net yang bertajuk ‘LDP, PARTI HAMBA ABDI’, saya pasti Wong adalah penulis ‘hantu’ yang berselindung di sebalik nama seorang Cina.

Dari segi bahasa yang digunakannya, adalah ketara dia seorang bukan Cina. Lagipun, saya hairan kerana menurut rakan-rakan berbangsa Cina saya, artikel yang dibuat oleh ‘Wong’ ini tidak ada dikeluarkan di mana-mana portal Cina.

Saya merasakan ‘Wong’ ini adalah penyokong upahan pihak-pihak tertentu yang menjadi ‘Bossnya’. Sekiranya pendapat ‘Wong’ di dalam tulisannya betul, tampil sahaja dengan identiti Melayunya? Kenapakah gunakan nama seorang Cina seolah-olah cuba mengelirukan orang awam? Di manakah 'kejantanan' ‘Wong’ ini?

Di dalam menulis komennya, nampaknya ‘Wong’ merupakan seorang yang tidak faham politik langsung dan tidak tahu fakta sebenar sehinggakan dia menulis fakta yang salah apabila mengatakan bahawa DAP menang pada 2004 dengan mengalahkan calon BN-LDP Datuk Lau Ngan Siew. Padahal calon yang mengalahkan Datuk Lau Ngan Siew adalah calon Bebas yang bernama Chong Hon Min yang ditaja oleh Datuk Yong Teck Lee, President SAPP untuk mensabotaj BN. Masyarakat Sandakan rata-ratanya tahu tentang hal ini kecuali ‘Wong’ tetapi masih ingin bercakap politik dengan memberikan fakta yang salah.

Sebagai seorang anak jati Kg Sim-Sim Sandakan, saya amat terkilan dan marah apabila ‘Wong’, bukan seorang anak jati Sandakan cuba untuk memperkecil-kecilkan Ahli Parlimen (MP) kami sekarang iaitu Datuk VK Liew, malah ada kata-kata di dalam tulisannya yang saya rasa seperti menghina bukan sahaja MP kami itu, tetapi juga menghina kami sebagai rakyat yang menyokong dan mengundinya.

Adakah ‘Wong’ tahu, Sandakan sejak tahun 1980-an telah banyak kali bertukar-tukar MP?

Pada tahun 80-an, semasa Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri) menjadi Ketua Menteri Sabah, calon DAP telah menang kerusi Parlimen Sandakan yang mana merupakan kemenangan pertama DAP di Negeri Sabah.

Adakah ‘Wong’ tahu perkara ini? Oleh sebab itulah, Datuk Harris (amat marah apabila masyarakat Cina menyokong DAP pada ketika itu dan seterusnya beliau mengambil keputusan (semua masyarakat Sandakan tahu) dengan memutuskan bekalan elektrik di Sandakan.

Selepas kekalahan Parti Berjaya di Sandakan, DAP terus memenangi kerusi MP Sandakan sehinggalah mereka tewas di tangan PBS pada Pilihanraya tahun 1990 yang pada masa itu PBS adalah parti pembangkang.

Pada Pilihanraya Umum 1994, BN telah memenangi kerusi MP Sandakan menerusi mantan Timbalan Presiden LDP Datuk Lau Ngan Siew sehingga tahun 1999. Pada pilihanraya Umum tahun 2004, calon Bebas yang saya katakan tadi telah memenangi kerusi Parlimen Sandakan. Walaubagaimana pun, Datuk VK Liew dapat merebut balik kerusi itu kepada BN pada PRU 2008 walau pun majoritinya kecil sahaja.

Saya yakin ‘Wong’ telah gagal memahami situasi sebenar apabila membuat kesimpulan bahawa sekiranya undi calon Bebas dengan DAP dikumpul maka Datuk V.K Liew akan kalah.

Di Parlimen Sandakan pada tahun 2008, calon Bebas iaitu Fong Vun Fui adalah mantan Ketua Pemuda LDP Tg Papat yang telah meletak jawatan akibat daripada ketidak puasan hati apabila tidak dicalonkan pada Pilihanraya 2008.

Dari tahun 1995 hingga tahun 2004, beliau adalah Pegawai Khas kepada Datuk Lau Ngan Siew. Beliau berasal dari Sandakan manakala dua calon lain iaitu Datuk V.K Liew dan Shanty Chong bukan berasal daripada Sandakan.

Fong pada pilihanraya 2008 telah mendapat 2,929 undi kebanyakannya daripada saudara mara, kawan-kawan dan juga masyarakat Sandakan yang mengenali Fong kerana Fong aktif di dalam politik Sandakan, sebagai Pegawai Khas Datuk Lau Ngan Siew dan juga Ketua Pemuda Tg Papat. Pada masa itu, Fong juga dibeli oleh Datuk Yong teck Lee sekali lagi cuba menjatuhkan Presiden LDP. Tetapi malangnya, mereka gagal.

Secara peribadi, saya juga mengenali Fong sejak semasa dia masih berada di dalam LDP. Dia pernah datang ke Kg Sim-Sim untuk berkempen pada pilihanraya 2008. Fong hanya datang untuk memberikan janji kosong kepada penduduk Kg Sim-Sim kerana saya secara peribadi amat masak dengan perangai Fong.

Bagi saya tindakannya keluar daripada LDP adalah satu tindakan yang menguntungkan LDP. Fong sepatutnya berkempen untuk Datuk V.K Liew pada 2008 tetapi telah meninggalkan LDP pada saat-saat akhir.

Sekiranya dia telah berkempen untuk Datuk V.K Liew, pada 2008, siapakah yang akan mendapat 2,929 undi tersebut? Oleh yang demikian, adalah salah sekiranya ‘Wong’ membuat kesimpulan yang sekira undi calon Bebas dan DAP dicampur, maka Datuk V.K Liew akan tewas di Parlimen Sandakan. Saya yakin majoriti 2,929 pengundi itu akan tetap mengundi beliau.

Sebagai anak jati Sandakan juga, saya kenal dengan kesemua MP yang pernah berkhidmat di Sandakan. Namun terus terang saya katakana bahawa tiada seorangpun yang mampu memberi khidmat kepada rakyat seperti yang dilakukan oleh MP kami sekarang ini.

MP terdahulu hanya datang untuk melawat kami semasa berkempen dan pada masa itulah mereka akan mengageh-agehkan peruntukan asas dan memberikan peruntukan kecil untuk membaikpulih jambatan usang yang telah menjadi laluan asas kami sejak bertahun-tahun dahulu.

Apa yang ‘Wong’ tahu tentang susah payah yang kami hadapi sebelum ini? Adakah ‘Wong’ tahu apakah perasaan kami yang selama ini kami terpaksa menggunakan jambatan kayu usang?

Kami penduduk-penduduk Kg Sim-Sim telah biasa mendengar kemalangan yang melibatkan kanak-kanak dan warga emas yang terjatuh ke laut. Sampai pernah terjadi kejadian jenazah yang diusung telah jatuh ke laut. Sedangkan Hj Ansari Abdullah semasa berkempen di sebuah kampung di Batu Sapi pun telah terjatuh akibat daripada jambatan kayu yang usang.

Dengan usaha yang diberikan oleh Datuk V.K Liew, iaitu dengan menukar kesemua 24 buah jambatan kayu kepada konkrit, penduduk Kg Sim-Sim tidak lagi perlu risau akan keselamatan mereka.

Tiada lagi kemalangan yang berlaku akibat daripada jambatan roboh, tiada lagi jenazah yang jatuh dan sebagainya. Apa yang saya tahu, kos untuk membina sebuah jambatan konkrit boleh mencecah RM400,000. Bayangkanlah sekiranya ada 24 buah jambatan konkrit dibina.

Oleh itu, saya selaku penduduk Kg Sim-Sim ingin menjemput ‘Wong’ secara peribadi untuk datang melihat sendiri usaha MP kami saya ini. Saya jamin ‘Wong’ tidak akan terjatuh dalam laut dan saya jamin boleh berlari di atas jambatan konkrit tersebut dengan selamat sambil berpengangan tangan bersama ‘Bossnya’.

Memang tidak dinafikan bahawa pada awal kedatangan Datuk V.K Liew ke Sandakan, ramai masyarakat Sandakan yang ragu-ragu dengan keupayaan serta keikhlasannya di dalam membantu kami memandangkan beliau adalah seorang yang pertama kali bertanding. Tambahan pula, dia bukan berasal daripada Sandakan.

Namun, selepas dia mula mendekati rakyat, kami terus rasakan seperti kami sudah mengenali beliau sejak dulu lagi. Beliau seorang yang peramah dan mudah didekati, selain daripada seorang yang tegas didalam membuat keputusan. Kami juga tidak mempunyai masalah komunikasi dengan beliau kerana beliau boleh bertutur dalam bahasa Malayu dengan fasih, selain daripada bahasa Inggeris, Cina, Dusun dan Bajau.

Sebelum Datuk V.K.Liew, kami mendapat banyak masalah untuk berkomunikasi dengan MP terdahulu di Sandakan kerana kesemuanya tidak fasih bercakap dalam Bahasa Melayu. Mereka juga jarang memberi bantuan kepada golongan bumiputra kerana mereka tidak dapat faham budaya kami.

Selama saya membuang undi di Parlimen Sandakan, inilah kali pertama saya tahu seorang MP memberi peruntukan kepada UMNO Sandakan. Sebelum ini tiada MP yang berbuat demikian.

Saya yang juga ahli biasa UMNO tahu juga ada menerima peruntukan dan juga projek sejak tahun 2008. Ketua UMNO Bahagian Sandakan, Ketua-Ketua Cawangan, Pemuda, Wanita dan Puteri semua diberi bantuan beribuan ringgit.

Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini, tetapi saya kesal apabila mendengar dari Ketua Bahagian yang menafikan dia ada menerima peruntukan daripada MP kita ini. Pembohongan ini adalah satu dosa yang besar!

Selain daripada itu, Bandar Sandakan yang dahulunya terkenal dengan masalah trafik kini telah dapat dikurangkan apabila lebuhraya baru telah dibuka pada Oktober 2008. Saya juga amat gembira apabila nampak dengan mata sendiri pembinaan lif di Pasar Besar Sandakan dengan peruntukan oleh MP kami ini. Disebabkan pasar ini mempunyai tiga tingkat, sangat menyukarkan orang ramai untuk pergi ke tingkat dua dan tiga.

Begitu juga dengan peniaga-peniaga makanan, kerana mereka terpaksa mengangkat barang-barang mereka naik hingga ke tingkat tiga. Namun, dengan adanya lif baru ini, ia bukan sahaja memudahkan orang ramai tetapi juga peniaga-peniaga agar mereka boleh berniaga dengan selesa. Adakah ‘Wong’ pernah datang ke Pasar Umum Sandakan?

Saya juga terbaca dalam surat khabar bahawa MP kami ini juga telah mendapatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan berjumlah jutaan ringgit untuk membaik pulih sistem pembentungan dan perpaipan di bangunan-bangunan lama yang berkemungkinan hanya satu-satunya bandar yang melakukan sedemikian.

Selain daripada itu, saya juga dimaklumkan oleh kontrator-kontrator beliau juga mendapat peruntukan untuk membuat parit, pembesaran sungai dan sebagainya untuk meminimakan masalah banjir. Ini merupakan usaha yang rakyat Sandakan tidak pernah dapat sebelum ini.

Untuk makluman ‘Wong’, Datuk VK Liew juga telah melakukan sesuatu untuk semua masyarakat di musim perayaan. Contohnya, pada Hari raya Aidilfitri dan juga Korban, kami melihat beliau memberikan sumbangan kepada fakir miskin, menyumbangkan kerbau dan beras kepada yang memerlukan.

Beliau juga telah mengikuti umat Islam bersahur pada subuh hari. Dengan penganjuran-penganjuran seperti ini, beliau akan selalu diingati oleh seluruh masyarakat Bumiputra di Sandakan.

Tidak seperti dua orang ADUN sekarang Datuk Raymond Tan (Tg Papat) dan juga Au Kam Wah (Elopura). Saya amat kecewa dengan kedua-dua YB ini kerana mereka hanya pandai menabur janji.

Mereka hanya akan muncul pada waktu-waktu tertentu. Bermacam-macam janji yang ditabur mereka dan mereka ini langsung tidak menguntungkan kaum Bumiputera di Sandakan. Yang buat penduduk Kg Sim-Sim marah dengan dua YB ADUN ini adalah kerana mereka merupakan dua orang yang pertama muncul untuk membantah usaha Datuk V.K.Liew untuk membina jambatan konkrit di kampung kami. Ini adalah satu perkara yang sentiasa menjadi buah mulut orang di Kg Sim-Sim.

Oleh yang demikian, saya ingin bertanya kepada ‘Wong’, adakah Datuk V.K Liew merupakan asset atau liabiliti sebagai MP Sandakan? Nasihat saya kepada ‘Wong’, kamu bukan orang Sandakan, sekiranya kamu tidak tahu tentang apa yang terjadi di Sandakan, lebih baik kamu tutup mulut daripada memalukan diri sendiri. Adakah kamu sanggup menanggung malu demi manfaat orang lain?

Saya berharap agar sekiranya Datuk VK Liew membaca artikel saya ini, apa yang saya lakukan ini bukanlah untuk memuji beliau. Saya hanya ingin memberitahu beliau bahawa kami sentiasa berada di belakangnnya dan kami harap agar V.K.Liew terus berkhidmat untuk kami, masyarakat Sandakan.

Hidup Datuk V.K Liew.

Salam Hormat,

SAIFUL RIDZAL NASHARRUDIN-

16 comments:

  1. Lihatlah. Tidak semua yang dilaporkan dalam media adalah benar. Lain kali jangan keluarkan laporan/artikel berunsurkan fitnah.

    ReplyDelete
  2. Ini adalah suatu yang positif apabila penduduk Kg. Sim Sim menghargai jasa MP mereka dan menerima kehadiran beliau.

    ReplyDelete
  3. Harap pembaca sendiri akan menilai tulisan seperti ini dengan bijaksana supaya tidak mudah terpengaruh.

    ReplyDelete
  4. Semoga LDP tetap akan bekerjasama dengan BN untuk kebaikan rakyat.

    ReplyDelete
  5. ada baiknya sabahkini.net membuat tapisan ke atas tulisan-tulisan yang dihantar oleh individu-individu tertentu untuk disiarkan di sabahkini.net.

    ReplyDelete
  6. Semua komponen parti BN akan terus bersatu untuk menentang pembangkang. LDP pasti memberikan sokongan kepada BN.

    ReplyDelete
  7. YTL pasti risau dengan hubungan baik antara LDP dalam BN. Maka sebab itu timbul fikiran bagaimana untuk menjatuhkan LDP dari BN. Apa pun itu pasti tidak berjaya kerana BN adalah parti profesional. Semua masalah pasti ada jalan penyelesaian.

    ReplyDelete
  8. rakyat lebih tahu sama ada pemimpin mereka menjalankan tugas dengan baik atau pun tidak.

    ReplyDelete
  9. dalam tulisan 'wong' beliau bertanyakan "kenapa masih ada rakyat Sabah menyokong LDP?"..

    rasanya tulisan Saiful ini lebih dari cukup untuk menjawab persoalan 'wong' malah lengkap dengan sumbangan2 V.K.Liew kepada penduduk sandakan..

    ReplyDelete
  10. kita kena pandailah menilai sendiri akan perkara ini.

    ReplyDelete
  11. Ni kali la...punya panjang dia punya artikel hehe...tapi apa2 pun harap2 lepas ni tiada lagi yg bergaduh2 di ruang siber kerana hal kecil saja...baik siapkan diri untuk pilihanraya akan datang....

    ReplyDelete
  12. Menfitnah dosa amat besar dan orang yang berbuat demikian harus bertaubat dan meminta maaf dari mangsa.

    ReplyDelete
  13. Why must tarnish his image?

    ReplyDelete
  14. Mengapa ingin memburukkan beliau jika tiada apa2?

    ReplyDelete
  15. I don't understand why to do such thing to let down a person.

    ReplyDelete
  16. I bet the ghost writer must have something in common with the dumbass.

    ReplyDelete