BINCANG....Dua dari kanan, Muis sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh Pihak LIGS.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
KERAJAAN negeri Sabah akan menyalurkan peruntukan sebanyak RM50,000 pada tahun hadapan bagi membangunkan tanaman getah yang membabitkan keluasan tanah 200 ekar di Pulau Sebatik Tawau yang bakal memberikan manfaat kepada 40 penduduk yang dikategorikan golongan miskin tegar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sebatik, Abdul Muis Picho menjelaskan, perancangan membangunkan tanaman getah tersebut akan dilaksanakan di kawasan Mentadak.
“Saya penuh yakin, apabila perancangan ini terlaksana nanti, lebih ramai penduduk pulau ini akan dapat dibantu keluar dari dibelenggu kepompong kemiskinan sejajar dengan dasar kerajaan yang ada sekarang kerana kita ingin melihat mereka memajukan ekonomi sendiri,” kata Muis.
Dalam tempoh terdekat ini, kata Muis, pihaknya akan menageh-agehkan 5,000 bibit (benih) getah bernilai RM17,500 kepada pekebun-pekebun kecil getah yang sedia ada di Bergosong dan Mantadak.
Katanya pengagehan bibit getah itu, jelas Muis diharap dapat membantu pera pekebun kecil untuk melakukan tanaman sulam.
“Menurut rekod yang tercatat, ketika ini terdapat seramai 70 pekebun kecil sedang mengusahakan tanaman getah mereka di kawasan Bergosong dan Mantadak yang membabitkan keluasan tanah kira-kira 400 ekar,” ujar Muis yang juga Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kalabakan.
Muis berkata demikian kepada media sejurus selepas melakukan lawatan kerjanya ke pulau berkenaan bersama rombongan dari Lembaga Industri Getah (LIGS) yang diketuai oleh Pengerusinya Ahmad Bujang; Pengurus Besarnya Datuk Harris Mathew dan Timbalannya Haji Kassim.
Sabahkini.Net yang menghubungi salah seorang Ahli Lembaga LIGS berkata, memang menjadi dasar LIGS membantu para pekebun kecil supaya mereka lebih gigih lagi berusaha ke arah meningkatkan pelaksanaan getah dalam tempoh 4 hingga 5 tahun akan membuahkan hasil kepada para pekebun kecil untuk mendapat pendapatan yang lumayan boleh menjana taraf kehidupan mereka.
Katanya lagi, Pulai Sebatik berupaya bakal menjadi pengeluar getah utama di negara ini pada suatu masa nanti.
Diharapkan agar melalui perancangan ini, penduduk pulau ini akan dapat dibantu keluar dari dibelenggu kemiskinan.
ReplyDeleteSemoga penduduk di Pulau Sebatik dapat memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diberikan ini.
ReplyDeleteHarap kerajaan dapat membantu penduduk Pulau sebatik ini keluar dari kemiskinan.
ReplyDeleteNampaknya Pulau Sebatik akan menjadi pengeluar getah pada masa akan datang. Rancanglah yang terbaik untuk penduduk.
ReplyDeletesemakin banyak kemajuan di Pulau Sebatik. dikatakan bahawa 1500 penduduk di Kampung Wallace Bay dan Kampung Bergosong akan mendapatkan bekalan air paip sebelum bulan puasa. 30 buah rumah di Kampung Sungai Tongkang dan Kampung Bergosong telah menerima bekalan elektrik. Abdul Muis juga mengatakan kira-kira 70 buah rumah lagi akan mendapat bekalan elektrik tidak lama lagi diikuti oleh Kampung Mentadak dan Kampung Tamang. Selain itu, kerajaan juga sedang berusaha untuk beberapa projek yang memberi manfaat kepada penduduk seperti membina surau di Kampung Sungai Melayu 'valleyball court' di Kampung Sungai Pukul.
ReplyDeleteharap lepas ni tiada lagi golongan miskin tegar di Pulau Sebatik.
ReplyDeleteini diharap akan dapat membantu meningkatkan pendapatan dan taraf ekonomi di pulau Sebatik.
ReplyDeletebeginilah caranya membasmi kemiskinan.. lihat dahulu apa potensi sesuatu kawasan itu sebelum merancang sebarang aktiviti ekonomi untuk penduduk di kawasan tersebut. tahniah kepada LIGS untuk usaha murni ini..
ReplyDeleteprojek ini pasti dpt membantu penduduk untuk menjana pendapatan melalui hasil getah, penduduk kena manfaatkan peluang ini.
ReplyDeleteSelepas pertukaran tampuk pentadbiran, nampaknya LIGS semakin maju & lebih giat membantu rakyat...ertinya apap yg telah dilakukan oleh Musa Aman (menukar tampuk kepimpinan) kira berjayala...
ReplyDeleteSemoga perkara ini membuahkan hasil yang positif:)
ReplyDeleteSelebihnya kita tunggu dan lihat sajalah nanti ya.
ReplyDeleteharga getah kepingan di Sarawak mencapai RM 15 sekilo tapi diSabah hanya RM7.90???? Apa HAL??
ReplyDeleteWhy is the price of rubber lower for Sabah? Explanation is needed.
ReplyDelete