Monday, 20 June 2011

KABINET NAJIB SAKIT TENAT?



Saudara Pengarang,

KABINET 1Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semakin tenat kerana Sindrom Membazir, Menyalahguna Kuasa dan Celupar sehingga membuatkan rakyat Malaysia menjadi batu asah pisau belati untuk memudahkan rakyat menyembelih BN pada pilihanraya umum akan datang.

Keceluparan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Rais Yatim mencabar ‘Blogger’ berperang menyebabkan lebih 198 laman web tempatan, termasuk portal rasmi kerajaan diserang para penggodam.

Bukan sedikit belanja yang dikeluarkan untuk menyediakan pertahanan dan memperbaiki laman web yang digodam, tidak termasuk kerugian akibat kehilangan pelanggan atau pelancong.

Siapa yang mahu bertanggung jawab? Serangan pertama para penggodam ini hanya olok-olok untuk menguji ketahanan sistem multimedia dan ICT kerajaan. Bagaimana jika dibuat dalam skala yang besar dan dengan kerjasama penggodam bertaraf dunia?

Selain Rais, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz juga mungkin menyebabkan Malaysia kehilangan pelaburan bernilai RM5 Billion di Sudan hanya kerana membuat kenyataan liar membantah kehadiran pemimpin Sudah di Dialog Antarabangsa Langkawi (LID).

Sekalipun Nazri dikhabarkan meminta maaf secara terbuka kepada Kabinet Malaysia, namun sudah terlewat kerana Sudan sudah menarik diri daripada LID dan Petronas bakal kehilangan kontrak mencarigali di Sudan yang sudah ditawarkan sebelum ini, kerana dikhuatiri kontrak berkenaan ditawarkan kepada Negara China.

Manakala Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pula menyalahguna kuasa melantik Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan.

Nong Chik tahu bahawa Yusof mempunyai kepentingan peribadi kerana beliau berhutang RM4 juta dengan Perbadanan Labuan dan RM8 juta daripada Sabah Development Bank serta mempunyai rekod buruk apabila syarikat miliknya, Labindo Engineering Sdn.Bhd dan syarikat anaknya, Utara Kita Sdn.Bhd gagal menyiapkan dua projek penting di Labuan.

Begitu juga dengan Menteri Pelancongan, Datuk Ng Yen Yen yang berbangga dan tidak merasa bersalah membelanjakan lebih RM250,000 daripada peruntukan asal RM1.8 juta untuk membina laman Facebook bagi mempromosi pelancongan; sedangkan Facebook boleh didapati secara PERCUMA!

Tidak dinafikan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal paling banyak menimbulkan masalah di Sabah kerana menganggap wang kerajaan sebagai wangnya dengan memfaraidkan semua peruntukan pembangunan sesama kroninya melalui kontrak runding terus dengan kos yang berlipat kali ganda.

Rakyat Sabah marah kerana Shafie gagal memastikan projek NKRA mencapai matlamat di Sabah, terutama meningkatkan prasarana seperti menaiktaraf Jalanraya, bekalan elektrik, bekalan air di luar bandar.

Manakala Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkily; Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui; Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Unggah Embas; dan kesemua menteri kabinet lain, termasuk Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pelbagai penyakit tenat termasuk isu GSTT, pencemaran alam sekitar, plagiarism hak cipta, penggunaan bateri asid plumbum yang berbahaya dan isu PATI yang semakin berleluasa.

Sebagai pembayar cukai dan pemilih berdaftar, saya sudah letih dan bosan menegur kerajaan terutama menteri Kabinet, tetapi ternyata mereka sudah rosak akhlak dan tidak pandai malu menghadapi pengundi setiap kali pilihanraya berlaku, apatah lagi pengundi disodorkan dengan calon yang setaraf dengan ‘pencacai najis’ di zaman P Ramlee yang membidas Alif Mim Nun Wau sebagai SARKAS!

Salam Hormat,

MOHD ASYRAFF HASBULLAH

10 comments:

  1. Harap PM kita akan berusaha menyelamatkan kabinet tenat beliau.

    ReplyDelete
  2. Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Najib perlu mantapkan kabinetnya. Hanya segelintir pemimpin yang membuat silap, imej kerajaan akan terjejas.

    ReplyDelete
  3. BN pasti tahu apa yang perlu mereka lakukan dan menyelesaikan apa masalah yang timbul. Kesilapan itu tidak semestinya menjadi isu hangat, pasti kesilapan itu bukan yang dirancang tapi berlaku tanpa dirancang.

    ReplyDelete
  4. pemimpin-pemimpin yang terlibat perlu memperbaiki kelemahan mereka kerana ini mempengaruhi sokongan rakyat terhadap BN.

    ReplyDelete
  5. segala kelemahan dalam parti harus diperbaiki.

    ReplyDelete
  6. hanya pandangan politik sahaja yang cenderung mencari kelemahan atau sebarang yang berbentuk negatif.

    ReplyDelete
  7. sukar untuk memuaskan hati semua pihak. pasti ada yang berusaha untuk mencari kelemahan..apa pun yang penting sentiasalah berusaha untuk memperbaiki setiap kelemahan.

    ReplyDelete
  8. tenat-tenat pun tak lah sampai meninggal kan? dan mungkin bisa mendapat 3/4 pada PRU13.. pasaang...! 1:2???

    ReplyDelete
  9. We should wait for the next GE.

    ReplyDelete