Monday, 20 June 2011

SPNB BINA 10,991 RMM DI SABAH



SIDANG MEDIA...Rosnah yang mewakili SPNB telah mengadakan sesi sidang akhbar dengan para wartawan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SIDEK KOLO

SEJUMLAH 10,991 unit rumah di bawah Program Rumah Mampu Milik (RMM) bagi sembilan (9) projek yang merangkumi Taman Apas Permai Tawau, Taman Cenderawasih Kunak, Pangsapuri Darau Angkasa Kota Kinabalu, Bandar Seri Gemilang Lahad Datu, Pangsapuri Putatan Platinum, serta Pangsapuri Vista Minitod Penampang, Taman Permata serta Vista Leila Idaman Sandakan dan juga Taman Saujana Kinabalu Ranau akan siap dibina untuk mengatasi masalah perumahan di Sabah.

Selain itu lima (5) buah projek di Sabah dan ini kesemua projek rasaksa ini kan dibangunkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) demikian menurut kenyataan Akhbar Prof Dr Sr Kamarul Rashdan Salleh Pengarah Urusan, Perumahan Negara Berhad (SPNB) yang diedarkan kepada wartawan yang membuat liputan dalam sidang media oleh Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Rosnah Hj Abd Rashid Shirlin yang juga Ahli Parlimen P.175 Papar, merangkap Ketua Puteri UMNO Malaysia.

Menurut kenyataan itu, program Rumah Mesra Rakyat (RMM) diperkenalkan kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan juga keluarga miskin yang berhadapan dengan kesukaran membuat pinjaman dengan institusi perbankan untuk memiliki rumah yang selesa berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Program ini juga telah mendapat maklumbalas yang memberangsangkan di seluruh negara kerana sejumlah 44,199 permohonan telahpun diterima. Manakala pemohon yang berjaya hanya perlu membayar RM150.00 sebulan tanpa dikenakan sebarang faedah berdasarkan konsep Al-Qardhul Hassan.

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah merupakan milik penuh Menteri Kewangan DiPerbadankan (MOF.Inc.) yang komited menyediakan rumah berkualiti yang mampu dimiliki untuk rakyat Malaysia melalui pelaksanaan program perumahan seperti Rumah Mampu Milik (RMM) Rumah Mesra Rakyat (RMR) dan juga Program Perumahan Terbengkalai (PPT)

Di Sabah, sebanyak 645 rumah RMR telah diluluskan dan 372 unit rumah telah diserahkan, sementara itu SPNB telah berjaya menyiapkan 82 buah projek yang melibatkan 24,856 unit rumah yang terbengkalai di bawah program PPT di seluruh segara seperti yang diarahkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kos pembangunan sebanyak RM557 juta.

14 comments:

  1. Satu usaha yang amat baik daripada kerajaan. Atas keprihatinan ini, kelak lebih banyak yang akan mampu memiliki rumah sendiri.

    ReplyDelete
  2. Semoga projek ini berjalan dengan lancar.

    ReplyDelete
  3. Program ini sememangnya baik. Harap kerajaan dan SPNB akan memastikan program ini berjalan lancar supaya lebih banyak rakyat mampu memiliki rumah sendiri.

    ReplyDelete
  4. Harap SPNB akan berusaha menyiapkan projek-projek RMM ini dengan sempurna.

    ReplyDelete
  5. Kita harapkan projek ini akan berjalan dengan lancar tanpa ada halangan dan akan siap sepenuhnya pada ketetapan yang diberikan.

    ReplyDelete
  6. program ini sememangnya sangat bermakna untuk rakyat yang tidak berkemampuan untuk membina/memiliki rumah. harap mereka yang diluluskan permohonan RMM ni adalah mereka yang benar-benar layak.

    ReplyDelete
  7. bagus.. selesaikan semua projek terbengkalai dan pastikan selepas ini tidak ada lagi projek terbengkalai di bawah SPNB..

    ReplyDelete
  8. projek yang baik dan diharap semuanya akan berjalan dengan lancaar.

    ReplyDelete
  9. program ini baik untuk memudahkan golongan berpendapatan rendah mendaptkan rumah.

    ReplyDelete
  10. Baguslah. Semoga langkah ini dapat menanggani maslaah kesukaran golongan berpendapatan rendah mendapatkan rumah.

    ReplyDelete
  11. Pastikan juga rumah yang dibina siap cepat dan selamat diduduki :)

    ReplyDelete
  12. Projek perumahan Taman Apas Permai di Tawau terbengkalai hingga kini.Ikut jadual,kami sepatutnya terima kunci pada akhir tahun 2010.Masalahnya,sampai bila kami akan terus menunggu & menunggu???????????

    ReplyDelete
  13. http://www.facebook.com/AntiSPNB

    Banyak rumah under SPNB terbengkalai!!!

    ReplyDelete
  14. SPNB kencing rakyat...pinjaman sdh dipotong rumah belum siap.....rakyat mmg selalu kena pencapaian hanyut di laut....

    ReplyDelete