Oleh : PRO SURIA FM
STESEN radio Suria FM yang telah bertapak di dalam industri penyiaran radio di Malaysia selama 5 tahun, baru-baru ini telah pun melancarkan studionya yang terbaru di Kota Kinabalu Sabah (Suria FM Sabah) pada Mac lalu.
Namun begitu, DJ Othoe yang merupakan antara penyampai radio yang paling kanan di stesen tersebut telah pun meletakkan jawatannya baru-baru ini. Sebagai Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Azrul mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan beliau selama 3 tahun di stesen tersebut dan berharap agar DJ Othoe akan lebih berjaya pada masa akan datang.
Azrul juga menegaskan bahawa program-program radio yang diterbitkan di Suria FM Sabah ini merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh ‘Badan Profesional’ yang bebas bersama pendengar-pendengar radio dari semua radio tempatan. Programnya disusun mengikut citarasa pendengar tempatan sepertimana yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut melalui beberapa siri kaji selidik yang dilakukan pada tahun lepas.
Sebanyak 700 buah lagu-lagu tempatan yang dipilih sendiri oleh penyampai radio Suria FM Sabah yang juga pendengar radio tempatan telah diuji melalui proses kaji selidik tersebut . Melalui hasil keputusan kaji selidik tersebut, itulah lagu-lagu yang dimainkan di radio Suria FM Sabah ketika ini. Proses kaji selidik ini juga dilakukan berterusan setiap bulan.
Di samping itu, Azrul juga menegaskan bahawa pihaknya kini dalam proses menerbitkan lagi program-program tempatan yang bersesuaian berdasarkan cita rasa pendengar Sabah, aktiviti dan budaya yang terdiri dari berbilang kaum.
Malahan kakitangan Suria FM Sabah ini termasuk penyampai radio terdiri dari penduduk tempatan termasuklah muzik eksekutif yang sememangnya dalam perancangan akan dilantik bagi menguruskan penyusunan lagu-lagu yang akan dimainkan berdasarkan kaji selidik tersebut.
Azrul mengakhiri kenyataan dengan rendah hatinya mengucapkan jutaaan terima kasih kepada kesemua pendengar radio tempatan Suria FM Sabah dan juga pelanggan yang selama ini tanpa berbelah bagi telah menyokong Suria FM Sabah dan akan memastikan Suria FM Sabah akan bersama-sama memainkan peranan sebagai satu platform bagi memajukan industri muzik tempatan dan juga penyiaran.
Dengarkan Suria FM Sabah di frekuensi 105.9fm atau layari www.suriafm.com.my untuk dengar online. Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Famy (Public Relations Executive Suria FM) – 0177357036 / e-mail : fahami@suriafm.com.my
Baguslah kalau begitu. Teruskan memajukan industri musik Sabah.
ReplyDeleteHarapan lebih banyak pemuzik Sabah dapat diketengahkan.
ReplyDeletesemoga pendengar Suria FM Sabah akan terus memberi sokongan kepada stesen radio ini.
ReplyDeleteSemoga Suria akan terus berjaya..
ReplyDeleteharap suria fm akan dapat membantu mengetengahkan lagu-lagu tempatan.
ReplyDeleteJika apa yang dikatakan oleh Azrul itu benar maka jangan salahkah pihak penyiaran atas apa yang berlaku kerana itu adalah menurut kajian yang telah dilakukan.
ReplyDeleteTapi apapun KKFM tetap the best!
ReplyDeleteAzrul ka Azrullah??? hhmmm
ReplyDelete