Oleh : XAVIER ALEHANDO
TIDAK siapa yang dapat mempastikan bilakah Warganegara Malaysia dari Sungai Buluh Selangor, Mohammad Nazaruddin Bin Saidin, 38, yang diculik sepuluh orang penjenayah bersenjata di Jolo, Filipina, 8 Mei lalu dapat diselamatkan atau dibebaskan penculik.
Senario ini mendesak Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia terpaksa membantu untuk membebaskan mangsa sekalipun belum menemui titik rahsia yang boleh menembusi kekebalan pertahanan para penculik kerana budaya menjual mangsa daripada satu kumpulan kepada satu kumpulan untuk menghilangkan jejak dan mengaburi mata pihak berkuasa.
Delegasi Pergerakan Pemuda UMNO yang diketuai oleh Pengerusi Biro Aduan Kemasyarakatan, Datuk Muhamad Khairun Aseh yakin usaha mereka akan berhasil sekalipun penculik sebelum ini meminta tebusan sejumlah RM5.6 juta.
“Kita sedang berunding dengan pihak tertentu dan telah diberi lampu hijau untuk membolehkan kami ke sana,” kata Khairun yang mengakui usaha pembebasan sebelum ini menemui kegagalan.
Bagaimanapun seorang Juruperunding Malaysia di Jolo ketika dihubungi Sabahkini.net menyifatkan kedatangan Pemuda UMNO ke Jolo akan memburukkan lagi keadaan dan melengahkan masa pembebasan mangsa culik kerana penculik akan memindah mangsa jauh ke hutan di pedalaman Patikul atau Jolo.
“Jangan buang masa, melainkan mereka berurusan dengan tentera Filipina kerana tidak mungkin Intiligen Tentera memberi laluan kepada Polis Filipina setelah mereka bertelagah berhubungan pembebasan dua mangsa sebelum ini,” kata Juruperunding yang hanya menamakan diri sebagai Deep Thtroat Filipina (DTF).
Menurut DTF, pihaknya menerima maklumat rasmi bahawa Nazaruddin yang diculik oleh seorang ‘Freelance’ bandit, Patiullin dan telah dijual kepada Kumpulan Serpihan Abu Sayyaf dan kini berada di bawah kawalan Kakbwan, pemimpin Abu Sayaff berketurunan Suluk-Ayakan daripada Basilan yang menjalankan operasi penculikan dan bersembunyi di Patikul dan Pandanan.
Sebelum ini kata DTF, beberapa kumpulan telah membeli dan menjual semula Nazaruddin termasuk kumpulan Ben @ Ahmad Taraji yang sebelum ini telah menculik dua rakyat Malaysia di Terumbu Karang Sebangkat, Semporna dan dipindahkan lebih seratus kali selama Sembilan bulan dalam tawanan mereka.
“Nazaruddin disimpan bersama dengan tiga orang Krew Mega Fishing yang diculik dan dijual kepada kumpulan berkenaan sejak lima bulan lalu. Jadi jangan menaruh harapan yang tinggi untuk membebaskan Nazaruddin dalam masa singkat kerana senario selatan Filipina terlalu bahaya,” ujar DTF yang meminta Khairun menimbang semula keputusan beliau kerana para penculik jarang mengotakan janji mereka dan tidak ada kepastian kumpulan lain tidak menculik semula mangsa yang dibebaskan, termasuk Khairun.
Sabahkini.net mendapat maklumat, Polis Malaysia turut menghantar dua orang pegawai yang terlibat dalam pembebasan dua rakyat Malaysia sebelum ini, namun perkembangan terbaru di Selatan Filipina’ iaitu perang dingin antara Tentera Filipina dengan Polis Filipina akan menyukarkan operasi menyelamat di kawasan pergunungan dan pulau berdekatan.
Harap ada jalan penyelesaian kepada masalah ini. Semoga mangsa dibebaskan dalam keadaan selamat.
ReplyDeleteApa pun rancanglah yang terbaik bagi memastikan mangsa culik kembali dengan selamat.
ReplyDeleteBerhati-hatilah.
ReplyDeletekumpulan penculik ini sudah pasti sangat berkuasa dan berpengaruh sehingga kerajaan Filipina sendiri tidak dapat menghapuskan mereka. Apalagi jika kerajaan Malaysia sendiri menghantar wakil ke sana.pasti sangat bahaya.
ReplyDeletemmg sukar nak menjejaki penculik tersebut kerana mereka sering berpindah kawasan, apapun, diharap mangsa culik akan dibebaskan secepat mungkin.
ReplyDeletedua mangsa yang berjaya dibebaskan sebelum ini sering menjadi bahan politik pembangkang.. kenapa PKR berdiam diri apabila penduduknya menjadi mangsa culik? apa2pun saya harap umno berjaya dalam misi ini seperti mana kes sebelum ini..
ReplyDeleteharap mangsa tersebut akan dapat dibebaskan.
ReplyDelete