Oleh : KREW SABAHKINI.NET
SEORANG Blogger, Musram Rakunman melalui blognya Apa Yang Tersirat telah membuat catatan drastik berikut di ruangan komen disqus bagi artikel bertajuk; ‘Musa Terperangkap Di Papan Catur Politik?’ iaitu: “Salam. Tulisan asal tulisan ini berasal daripada blog http://musramrakunman.blogspot. Kalaupun Sabahkini nak tokoh tambah, siarkanlah sumber asal. Tks.
Untuk makluman pembaca Sabahkini.net, Sabahkini.net tidak pernah menciplak karya atau artikel daripada mana-mana blog, termasuk 343 Blog yang berdaftar dengan Persatuan Blogger Sabah (PBS) seperti yang tersenarai di Sabahkini.net; melainkan jika penulis Blog menghantar email agar memuat turun karya mereka ke Sabahkini.net tertakluk kepada suntingan yang dilakukan mengikut budibicara Editor.
Dalam kes artikel di atas, Sabahkini.net menerima email daripada Kennex Chee dengan tajuk ‘Musa Terperangkap’ tetapi oleh kerana dakwaannya serius tetapi tidak menyatakan nama sebenar dan alamat perhubungan, maka Sabahkini.net tidak menyiarkan artikel berkenaan.
Namun apabila penulis asal yang menggunakan nama Lim Kim Hoi menghantar email kedua atas tajuk yang diubah kepada Chin SP+PM+CM; maka Sabahkini.net menyiarkan artikel berkenaan setelah melalui suntingan kerana gaya bahasa dan nahu agak lemah.
Sehubungan itu, Sabahkini.net dengan ini memberi Notis 14 Hari kepada Musram Rakunman untuk menarik balik tuduhan liarnya dan meminta maaf secara terbuka dengan menyiarkan permohonan maaf di blog beliau. Sekiranya gagal, Sabahkini.net terpaksa mengarahkan peguam untuk memfailkan tindakan undang-undang.
Untuk berlaku adil, Sabahkini.net tidak lagi menyiarkan artikel ‘Penulis Luar’ atau ‘Stringer’, melainkan yang berdaftar dengan Sabahkini.net setelah memberi data peribadi agar tidak dituduh menciplak karya orang lain disebabkan kecuaian penulis mengirimkan artikelnya kepada beberapa laman web dan blog.
Lepas ni, usah siarkan artikel ‘Penulis Luar’ atau ‘Stringer’, melainkan jika mereka berdaftar dengan Sabahkini.net.
ReplyDeleteMemang susah kalau macam ni.
ReplyDeleteharap perkara seperti ini tidak akan berulang.
ReplyDeleteBiarlah mereka-mereka selesaikan masalah ini.
ReplyDeletepekara seperti ini perlu dielakkan pada masa akan datang.
ReplyDeleterasanya tidak perlulah saman.. mungkin Musram Rakunman juga tidak tahu yang orang lain telah menghantar karyanya kepada sabahkini.net.
ReplyDeletehal ni kecil ja, tak prlu nak perbesarkan.
ReplyDeleteYa supra. Takkan hal ini pun mahu diperbesarkan. hihi
ReplyDeleteHal ini harus diberi perhatian dan pastikan tidak berulang lagi.
ReplyDelete