Saudara Pengarang,
MERUJUK kepada satu artikel bertajuk ‘SAPP Wajar Hentikan Budaya Tikam Curi’ yang tersiar di portal Sabahkini.net dua hari lalu membuatkan saya terpanggil untuk memberikan jawapannya.
Nampaknya pihak Umno sudah merasa gusar dengan kehadiran pemuda SAPP di kawasan akar umbi dalam satu ‘Groundwork’ dipanggil ‘Misi ‘Fact Finding’ Pemuda SAPP Berjaya’, yang bertujuan untuk melihat sendiri sejauh mana keberkesanan projek projek pembangunan yang telah dijalankan kerajaan UMNO-BN setakat ini.
Disebabkan SAPP sebagai pembangkang yang berwibawa mendapat keyakinan daripada rakyat jelata kerana lantang bersuara, maka beberapa tohmahan daripada rakyat akar umbi telah diterima dengan pelbagai dakwaan yang tidak disenangi mereka selama ini.
Bagaimana pun, SAPP khususnya, Pemuda Zon Pedalaman mengambil satu langkah yang lebih sesuai, efektif dan adil untuk semua pihak terbabit, maka SAPP memutuskan tidak mendengar keluhan dan tohmahan rakyat secara ‘hearsay’ semata-mata tetapi sebaliknya pemuda SAPP terus sahaja meluru ke akar umbi menemui sendiri rakyat yang diulit masalah tetapi tidak dipedulikan kerajaan dan seterusnya mengambil maklumat mereka untuk direkod sebagai perhatian SAPP.
Misi ‘Fact Finding’ SAPP bukan sekadar tertumpu kepada aduan dan tohmahan masyarakat kerana disisihkan daripada hak mendapat pembelaan kebajikan mereka, tetapi juga perkara lain seperti tohmahan rakyat berhubung pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan UMNO-BN tidak memuaskan, khususnya pembinaan bangunan yang terbengkalai atau projek-projek yang tidak sesuai dengan kosnya.
Harus diingat, bahawa peranan SAPP sebagai pembangkang sebahagian daripada objektif kerajaan dalam menyuburkan demokrasi dan hak kesaksamaan dalam proses pembangunan negara dan kerajaan UMNO-BN tidak sepatutnya melabelkan pembangkang dengan pelbagai warna bentuk cemuhan yang bukan bersifat manusia sejagat.
Walaupun Misi ‘Groundwork’ pemuda SAPP baru di peringkat awalan, namun ketika ini kelibat UMNO sudah kelihatan tidak menentu semacam ‘cacing kepanasan’ kerana kekhuatiran mereka bahawa misi SAPP akan menemui banyak lagi perkara sumbang berhubung pembangunan yang telah dilaksanakan kerajaan UMNO-BN setakat ini.
Aktiviti ‘Groundwork’ SAPP tidak akan berakhir di sini sahaja, malahan akan terus menerus sehingga berlaku PRU13. Bagaimanapun aktiviti yang telah dijalankan bagi ‘Groundwork’ SAPP; sebenarnya sudah berjalan selepas SAPP keluar daripada Gagasan BN pada 17 September 2008; tetapi tidak diberi peluang untuk mendapatkan hak publisiti meluas di media media cetak, berbanding dengan aktiviti yang dijalankan UMNO-BN yang bukan sahaja media cetak tetapi media elektronik turut memainkan peranan utama seperti TV1, 2, 3 dan Astro Awani kerana telah dikuasai kerajaan.
Walaupun terdapat andaian yang tidak sihat, mahupun kekangan daripada kalangan pemimpin kerajaan UMNO-BN bahawa tindakan Misi ‘Fact Finding’ pemuda SAPP Zon Pedalaman sekadar gimik politik atau mencari publisiti, tetapi misi ini tetap misi yang sebenar benarnya bagi SAPP dan tidak mengharapkan menjadi sumber publisiti di media cetak, kerana apa yang dijalankan SAPP, adalah sebagai memenuhi tanggung jawabnya kepada rakyat yang tertindas serta membendung gejala RASUAH serta PEMBAZIRAN wang rakyat secara berleluasa.
Tugasan misi ini tidak berakhir begitu sahaja, tetapi semua laporan dan gambar-gambar kejadian termasuk temuramah dengan para individu yang sudi memberi maklumat terperinci tentang kecurangan kerajaan telah direkod dan akan dijilidkan dengan laporan daripada daerah lain di Pedalaman untuk dikemukakan kepada pihak Ibu Pejabat SAPP Kota Kinabalu untuk rumusan, sebelum tindakan lanjut akan dilakukan.
Salam hormat,
RUDY S.MAIRI
Kenapa sekarang baru nak buat misi 'Groundwork'? Masa dalam kerajaan dulu, tidak pula seaktif ini.
ReplyDeleteTidak salah melakukan misi ini. Kadang2 kerajaan pun terlepas pandang dan ini boleh membantu untuk mengenal pasti golongan2 tersebut. Tapi harap SAPP bukan sekadar melaporkan saja. Sebaik-baiknya mereka pun turut membantu.
ReplyDeleteTeruskan usaha.
ReplyDeletenah nampaknya SAPP akan teruskan dengan cara mereka ini. Adakah rakyat memberikan sokongan dengan apa yang SAPP lakukan??SAPP sendiri turun padang untuk meminta sokogan rakyat dan bukan untuk menyelesaikannya.
ReplyDeleteadakah pihak yang menjawab tohmahan atau kritikan pihak lain disifakan sebagai cacing kepanasan?? bermakna SAPP juga seperti cacing kepanasan bilamana artikel bertajuk ‘SAPP Wajar Hentikan Budaya Tikam Curi’ dikeluarkan.. kenapa SAPP tidak jawab semua apa yang ditulis dalam artikel itu??
ReplyDeletebagi saya artikel SAPP ini tidak banyak menjawab persoalan yang ditimbul oleh artikel yang mereka rujuk...
SAPP ni hnya nak pancing undi sahaja, dahulu semasa dalam BN tak pula mereka mcm ni.
ReplyDeletesaya amat setuju dengan komen pemerhati. sapp janganlah hanya tahu mengkritik saja. tapi cubalah untuk membantu.
ReplyDeletelebih baik tambahkan usaha untuk memajukan rakyat daripada asyik mengkritik. rakyat pasti lebih menghargai parti yang banyak bertindak daripada bercakap.
ReplyDeletehhmmm, rasanya lebih baik tumpukan pada perkara yang penting berbanding daripada menunding jari saja kan. hihi
ReplyDeleteApapun saya harap semua parti akan lebih berusaha menjaga kebajikan rakyat. Jangan hanya cakap tanpa buat apa2 tindakan:P
ReplyDelete