Monday, 20 June 2011

‘PEMERDAYAAN SYAITAN’ DALAM POLITIK SABAH



Oleh : FIRDAUS HALIM RADZI

PERKEMBANGAN mutakhir di Sabah kini dibayangi oleh dua kumpulan manusia yang mendominasi senario politik tempatan dan nasional. Satu kumpulan pemimpin politik dinamakan ‘Pemerdaya’ atau ‘Joker’ dan satu kumpulan lagi ialah kelompok orang ramai yang berbangga dengan diri mereka sendiri dan merasakan diri mereka lebih hebat dan tidak mungkin mudah diperdaya.

Tetapi hakikatnya, antara sedar dengan tidak, kebanyakan golongan kedua telah menjadi mangsa kepada golongan pertama. Golongan ‘Joker’ dengan rasa sombong dan bongkak berbangga kerana berjaya menzalimi dan melakukan jenayah rambang terhadap rakyat yang tidak berdosa.

Contoh paling ketara berlaku di Sabah ialah sejak setahun lalu, seorang kontraktor dan juga Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Su Phin telah tanpa jemu cuba memperdaya rakyat bahawa LDP adalah kumpulan politik terbesar dan mewakili masyarakat Cina dalam politik Sabah.

Kumpulan ini bukan sahaja memperdaya rakyat Sabah, malah turut memperdaya media cetak dan media arus perdana, kononnya LDP adalah suara mutlak masyarakat Cina Sabah sedangkan pada hakikatnya, hanya Chin Su Phin seorang sahaja yang bersuara sumbang memperjuangkan kepentingan peribadi.

Sekarang kita boleh nampak dengan jelas, mereka ini sebenarnya adalah pelobi projek pembangunan dan menjadi tokoh ‘Pemerdaya’; terutama Ketua-Ketua Pemuda UMNO di Sabah yang disogok dana politik RM5,000 setiap seorang, untuk menganjurkan perjumpaan dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Lanjutan daripada itu, mereka akan diberi projek di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW); sekalipun harga yang mereka tawarkan dalam kontrak runding harga tidak memihak kepada kerajaan; tetapi sebaliknya mereka diumpan dengan projek untuk disubkontrak kepada orang lain; termasuk dilaksanakan secara total oleh ‘Joker’ Chin Su Phin.

Syarat untuk terus menerus mendapat kontrak KKLW amat mudah iaitu bercakap buruk tentang kepimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman dan menabur fitnah kepada pemimpin Persekutuan agar percaya bahawa Musa Aman tidak layak memimpin Sabah dan wajib digantikan segera.

Kesemua Gurkha Politik yang memperdaya rakyat Sabah ini menutup keburukan Shafie Apdal dan bercakap satu nada, menjadikan Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah.

Apabila semua ini berlaku dan ketika rakyat sedar mereka diperdaya sudah agak terlambat untuk berpatah balik dan seterusnya menjadi mangsa politik, sedangkan golongan yang memperdaya mereka menghilangkan diri.

Bilakah pemimpin Kuala Lumpur akan sedar dengan golongan yang terus memperdaya rakyat Sabah ini kerana semua berita yang dimuatkan di media arus perdana hanya menyatakan ‘jasa-jasa’ Shafie Apdal dan menyenaraikan kegagalan Musa Aman di Sabah. Apatah lagi mereka jauh daripada Sabah dan hanya membaca laporan media yang berat sebelah.

Lebih memalukan, Perdana Menteri lebih mendewakan pengikut Facebook dan Twitter beliau sebagai ‘Penasihat’ dan mengenepikan Menteri Kabinet dan Ketua Menteri serta Menteri Besar yang hanyut dalam arus ICT ciptaan Najib.

Pemerdayaan ini sebenarnya bolehlah disifatkan oleh penganut Kristian sebagai Kitab Injil daripada Syaitan; manakala di kalangan umat Islam pula menerima Surah daripada Iblis.

Dalam keadaan BN di Semenanjung ditolak oleh Orang Melayu dan Bumiputera, Pemerdaya di Sabah masih menggunakan cara Syaitan untuk berpolitik dan membayangkan kejayaan mereka di atas kesengsaraan rakyat yang tidak berdosa.

Akhirnya apabila cita-cita politik mereka tidak tercapai, mereka meninggalkan rakyat dengan pelbagai masalah, sedangkan pada ‘Pemerdaya’ sudah kaya raya dan terus mengamalkan Surah Syaitan dalam politik mereka.

17 comments:

  1. Ada segelintir pihak yang sanggup menggunakan apa saja cara demi menjatuhkan musuhnya. Contohnya melalui artikel/laporan media kerana kadang2 sesuatu yang direka itu lebih senang diserap oleh pembaca berbanding fakta sebenar.

    ReplyDelete
  2. Harap pihak politik jangan hanya memainkan isu-isu dan bukan ikhlas menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete
  3. Ada penulis yang pro kepada MA dan juga SA. Masing2 mempertahankan pemimpin mereka. Entah2, MA dan SA tidak mempunyai perselisihan faham pun.

    ReplyDelete
  4. Makanya, rakyat perlu bijak menilai sesuatu info.

    ReplyDelete
  5. Pandai2 lah rakyat tafsir sendiri. Yang penting jangan mudah terpengaruh dengan artikel/laporan yang banyak provokasi dan spekulasi.

    ReplyDelete
  6. rakyat kena pandai menilai pemimpin yang hanya pandai memperdaya dan menggunakan rakyat semata-mata untuk kepentingan politik/dirinya sahaja.

    ReplyDelete
  7. Shafie adalah ahli UMNO jadi tidak salah jika dijemput untuk merasmikan apa-apa program. Jadi tidak payah mencuba untuk menburukkan keadaan dengan semua ini.

    ReplyDelete
  8. Diminta para pemimpin tidak lupa kerana siapa mereka boleh berdiri dengan jayanya. Semua adalah kerana rakyat itu sendiri memilih. Maka pastikan rakyat terjaga.

    ReplyDelete
  9. tidak perlulah memainkan isu seperti ini. lebih baik jika memberikan tumpuan kepada isu yang lebih penting.

    ReplyDelete
  10. nampaknya masih ada pihak yang cuba mewujudkan sengketa antara pemimpin2 BN di negeri ini walaupun usaha itu tidaklah memberi impak yang besar kepada perjuangan parti...

    sekarang BN Sabah sudah kembali pulih dan tidak mungkin mereka akan masuk perangkap mana2 pihak yang cuba menjatuhkan parti atau pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  11. politik di Sabah adalah stabil, jgnlah kita cuba nak cemarkan politik di Sabah.

    ReplyDelete
  12. Sudah2 la tu tulis artikel macam begini....baru mau reda2 tu konflik, ada juga orang mahu bagi panas balik...

    ReplyDelete
  13. Cerita atas bertujuan memburukan perhubungan pemimpin-pemimpin Sabah. Jangan percaya.

    ReplyDelete
  14. para pemerdaya ini harus disingkirkan..

    ReplyDelete
  15. yang pasti ada orang dengki dan cemburu dengan kreadibiliti musa aman selaku KM sabah..rakyat tidak harus percaya dengan pelbagai fitnah yang disebarkan..

    ReplyDelete
  16. amalkan politik bersih dan bukannya tikam belakang..

    ReplyDelete
  17. apa2 pun, rakyat harus bijak menilai sesuatu berita..jangan percaya bulat2..

    ReplyDelete