Tuesday, 21 June 2011

BELIA HARUS BERANI TEROKA BIDANG BARU



TAHNIAH…Japlin menyampaikan sijil penghargaan kepada salah sebuah jabatan yang menyertai program tersebut.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

KERAJAAN tidak akan meminggirkan nasib para belia di negeri ini yang masih tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Pembantu Menteri Pembangunan Insfrastruktur, Datuk Japlin Haji Akim berkata, sebaliknya, kerajaan sentiasa prihatin dan sedia membantu golongan tersebut menerusi pelbagai program yang dilaksanakan oleh jabatan dan agensinya.

"Kerajaan melalui Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan negeri sentiasa proaktif menganjurkan pelbagai program seminar kursus dan taklimat yang bertujuan memberi mereka peluang mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan yang ditawarkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Penempatan dan Pekerjaan (3P) anjuran JTK dan Hari Bertemu Pelanggan Peringkat Daerah Kota Belud, baru-baru ini

Hampir 100 belia sekitar daerah itu menyertai Program 3P selama sehari yang diadakan khusus kepada pencari kerja terutama golongan belia.

Dalam pada itu, Japlin yang juga Wakil Rakyat Kawasan Usukan turut meminta golongan belia agar melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran bagi menghadapi alam pekerjaan yang semakin mencabar.

Katanya, dalam era globalisasi masa kini peluang untuk memperolehi pekerjaan tidak hanya bergantung kepada segulung ijazah sebaliknya, golongan belia perlu menceburi bidang kemahiran yang menyediakan pelbagai peluang pekerjaan.

"Bidang kemahiran lain seperti teknologi maklumat (IT), di samping bidang-bidang pertanian, perikanan, perladangan merupakan bidang pekerjaan yang belum diterokai sepenuhnya oleh golongan belia di negeri ini, sedangkan ia mempunyai prospek jangka panjang,” katanya

Sehubungan dengan itu beliau meminta golongan belia mengikis sikap terlalu memilih kerja.

“Kita jangan terlalu bergantung dengan gaji yang ditawarkan. Kita perlu optimis dalam melakukan sesuatu pekerjaan itu," ujarnya.

Tambah Japlin, pada masa sama, mereka (belia) tidak boleh hanya berharap kepada pekerjaan dalam kerajaan sahaja, sebaliknya harus berani mendapatkan pekerjaan di sektor swasta di samping berusaha sendiri meneroka beberapa bidang yang boleh membangunkan taraf siso ekonomi mereka

“Hari ini kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan dari latihan kemahiran, pinjaman dan sebagainya yang perlu dimanafaatkan oleh golongan belia di negeri ini,” katanya.

11 comments:

  1. Para belia harus memanfaatkan peluang yang kerajaan berikan ini agar dapat memajukan diri mereka.

    ReplyDelete
  2. Harap kerajaan akan berusaha membantu belia menganggur ini mendapatkan kerja tetap.

    ReplyDelete
  3. Kemahiran dalam sesuatu bidang adalah penting selain kelulusan akademik. Individu yang berani meneroka bidang baru akan mendapat peluang yang lebih banyak berbanding mereka yang terlalu memilih pekerjaan.

    ReplyDelete
  4. kerajaan sudah laksanakan pelbagai program untuk belia yang masih belum mendapat pekerjaan. semuanya bergantung kepada penerimaan mereka dan bagaimana mereka mengaplikasikan kemahiran yang telah diperolehi.

    ReplyDelete
  5. Belia harus berani mencuba. Jangan taku kegagalan.

    ReplyDelete
  6. belia harus bijak merebut peluang dan berusaha untuk menerokai bidang baru.

    ReplyDelete
  7. Betul belia harus berani untuk mencuba benda baru. Tapi pastikan benda baru yang berfaedah dan memberi jaminan hidup.

    ReplyDelete
  8. msih byk lagi bidang dan sumber yang belum diterokai. para belia harus menerokanya.

    ReplyDelete
  9. sebenarnya tanpa bantuan kerajaan, jika belia2 ini mempunyai inisiatif untuk maju, mereka tetap akan memperolehi pekerjaan..

    ReplyDelete
  10. Ya betul. harus berani mencuba asalkan ia perkara yang boleh mendatangkan kebaikan :)

    ReplyDelete