Saturday 25 June 2011

DEMONSTRASI HARAM USBO KUNAK?



Oleh : IBRAHIM TABIR

ANGKATAN Muda Parti Keadilan Rakyat (AMK-PKR) mempersoalkan tindakan Pertubuhan Bajau Sabah Bersatu (USBO) di Kunak yang membuat demonstrasi aman di dalam kawasan balai Polis Kunak baru-baru ini.

Timbalan Ketua Penerangan Pemuda AMK PKR Sabah, Citra Masadi berkata, beliau difahamkan bahawa USBO yang juga salah satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kunak pada 15 Jun lepas telah membuat Laporan Polis untuk membantah Perhimpunan Bersih 2.0 di Semenanjung yang dijadual mahu diadakan 9 Julai ini.

"Saya juga mahu tahu sama ada Pengerusi Usbo Kunak ada mendapat permit Polis untuk berkumpul dan membawa kad manila yang mengandungi beberapa perkataan difahamkan mereka (Usbo) itu membantah perhimpunan Bersih 2.0 di Semenanjung", tanya Citra yang mahu supaya Pengerusi USBO memberi penjelasan terperinci apa sebenarnya maksud mereka berkumpul sehingga kira-kira lima puluh orang dan kemudian berada di Balai Polis Kunak pada 15 Jun lalu dan membuat laporan Polis berkenaan 'Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil atau BERSIH'.

Beliau memberitahu wartawan di sini sebagai mengulas tindakan USBO Kunak yang diketuai oleh Pengerusi cawangannya, Abdul Rahim Wahab bersama kira-kira lima puluh anggota pertubuhan itu mengadakan demonstrasi aman di IPD Kunak untuk membantah penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0

"Jika USBO benar-benar menentang tindakan BERSIH untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini, mengapa mereka (USBO) dalam masa sama tidak menentang cadangan Pemuda Umno yang juga difahamkan mahu mengadakan perhimpunan pada hari yang sama (9 Julai) nanti?," kata Citra yang juga Ketua Angkatan Muda PKR Kunak.

Kata Citra, adakah USBO sebagai pertubuhan bukan kerajaan telah mendapat permit Polis untuk adakan demonstrasi aman di kawasan balai pada 15 Jun lalu itu?

Dalam masa sama, kata Citra, jika BERSIH tidak mendapat sebarang permit polis untuk mengadakan perhimpunan, mengapa pertubuhan NGO seperti USBO di Kunak boleh berkumpul atau berhimpun seolah-olah mereka adalah ‘pertubuhan berkecuali’ yang tidak perlu memperoleh permit polis untuk berhimpun beramai-ramai?

Pada 15 Jun lepas, USBO Kunak yang diketuai oleh Pengerusinya, Abdul Rahim Wahab bersama anggota membawa lima Kad manila yang bertulis perkataan;

"Kami ahli-ahli USBO Kunak sentiasa menyokong kepimpinan negara",

"Demonstrasi BERSIH merosakkan kedamaian masyarakat dan negara..",

"Jangan huru-harakan negara Malaysia",

"Kami berdiri teguh dengan kerajaan", dan

"Kami menentang demonstrasi BERSIH"..

Hari yang sama itu, Pengerusi USBO Kunak membuat laporan Polis di IPD Kunak dengan tujuan untuk membantah tindakan BERSIH yang mahu mengadakan perhimpunan 2.0 di Semenanjung pada 9 Julai depan.

"Apa yang memeranjatkan ialah, tindakan USBO Kunak mengadakan perhimpunan aman di Balai Polis pada 15 Jun lalu juga boleh dianggap sebagai perhimpunan haram jika tiada permit Polis", tegas Citra.

9 comments:

  1. Its better to have a police permit when trying to arrange a gathering.

    ReplyDelete
  2. Adakah demonstrasi ini boleh memberi apa2 kesan kepada BERSIH 2.0? Walaupun demonstrasi dan laporan polis dibuat, rasanya BERSIH masih akan meneruskan niat mereka.

    ReplyDelete
  3. Minta permit jika hendak melakukan sebarang perhimpunan/demonstrasi sebegini untuk elakkan tindakan undang2 jika terjadi apa2.

    ReplyDelete
  4. Di Sabah pun ada yang mahu buat kekecohan? nampaknya mereka ni saling menentang tapi sama-sama tak ada permit polis.

    ReplyDelete
  5. tak perlu nak trikut budaya demontrasi ni. kita penduduk Sabah seperti itu.

    ReplyDelete
  6. Aish benci betul dengan gimik politik ni. huhu

    ReplyDelete
  7. Tanggani setiap perkara secara berhemah dan tak perlulah buat demontrasi bah. hehe

    ReplyDelete
  8. Memang PKR akan menyokong perhimpunan BERSIH ini kerana mereka adalah antara penasihat perhimpunan ini.

    ReplyDelete
  9. tahukah AMK-PKR siapa yang memulakan demonstrasi ini?? daripada AMK-PKR membantah perhimpunan USBO, baik AMK-PKR bantah perhimpunan Bersih yang juga tidak mempunyai permit. dalam hal ini tolong tuding jari terhadap pihak yang bertanggungjawab memulakannya.

    ReplyDelete