Wednesday 15 June 2011

KURSUS FARDU KIFAYAH ERAT SILATURRAHIM



SAMPAI.....Rosnah sedang menyampaikan sijil penyertaan kepada salah seorang peserta kursus Fardu Kifayah.

Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SIDEK KOLO

KERAJAAN Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri Sabah tidak dinafikan memang banyak menganjurkan pelbagai program untuk dimanfaatkan kepada orang ramai khusus bagi menimba pelbagai ilmu dalam pelbagai sudut bidang yang diperlukan.

“Contohnya, pada hari ini kursus Fardu Kifayah yang diadakan adalah untuk keperluan masyarakat Islam bagi mengetahui sedikit sebanyak selok belok dalam pengurusan jenazah dan merupakan satu pendekatan kepada masyarakat setempat bagi menjalinkan siratulrahim yang lebih intim sesama Islam,” kata Ahli Parlimen Malaysia (Papar), Datuk Rosnah Hj Abd Rashid Shirlin ketika berucap merasmikan Kursus Fardu Kifayah anjuran bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Papar, JHEAINS, USIA daerah Papar dan AJK Surau Hj Baghuddin Al Azim di Kampung Sri Tanjung, Papar.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia selanjutnya berkata, kursus ini selaras dengan perkembangan dunia dakwah Islamiah di negara ini khususnya di Sabah umumnya dalam meningkatkan syiar dakwah Islamiah yang dimainkan oleh MUIS, USIA, JAKIM dan pertubuhan Islam lainnya amat berkesan.

“Dalam kesempatan ini saya turut terharu dan ingin mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pihak penganjur ketiga-tiga badan tersebut kerana mempunyai daya inisiatif dalam mengambil berat untuk memperkembangkan syiar dakwah Islam untuk penduduk setempat dan dalam hal ini,” ujar Rosnah lagi yang menyokong sepenuhnya agar kursus seumpama berterusan demi kepentingan masyarakat setempat.

Program tersebut yang diadakan sehari suntuk di Surau berkenaan telah dihadiri lebih 150 orang penduduk kampung Sri Tanjung dan penduduk-penduduk kampung lain yang berhampiran.

9 comments:

  1. This is a good opportunity for the Muslim's to learn about the correct way of handling the deceased. This sort of program are beneficial to the Muslim society.

    ReplyDelete
  2. Kursus ini bermanfaat kepada mereka yang beragama Muslim untuk menambahkan ilmu agama mereka.

    ReplyDelete
  3. Harap penyertaan penduduk kampung bertambah di masa akan datang.

    ReplyDelete
  4. semoga masyarakat Islam dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mereka melalui kursus fardu kifayah ini dan seterusnya mengeratkan silaturahim sesama mereka.

    ReplyDelete
  5. tahniah kerana berjaya menganjurkan program seperti ini. saya harap dimasa2 akan datang sambutannya akan lebih menggalakkan.

    ReplyDelete
  6. Semoga ia membuahkan hasil yang positif.

    ReplyDelete
  7. kursus seperti ini memang baik dan dapat memberikan ilmu yang bermanfaat kepada perserta.

    ReplyDelete
  8. kursus fardu Kifayah ini amat baik dalam memberi ilmu kepada masyakakat Islam dalam mengembangkan syiar ISlam.

    ReplyDelete