Saturday, 18 June 2011

PENCURI PATAH KAKI TERJUN BANGUNAN



Oleh : SHAIMON S JUMADI

PERIBAHASA mengatakan sepandai-pandai Tupai (Basing) melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga; sebagaimana yang terjadi kepada seorang pencuri yang cuba meloloskan diri daripada tertangkap sehingga patah kedua-dua kakinya kerana melompat dari tingkat satu bangunan kedai di Bandar Sibuga Jaya, Sandakan baru-baru ini.

“Suspek lelaki yang berusia lingkungan 22 tahun itu bertindak demikian ketika cuba meloloskan diri apabila perbuatan memecah masuk ke sebuah rumah di bangunan itu setelah disedari oleh penghuninya dalam kejadian lebih kurang jam 3 pagi,” demikian dijelaskan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah, Suprintenden Fadzil Mohd Ali, kelmarin.

Beliau berkata, lelaki tersebut yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu memecah masuk ke dalam rumah kedai yang dihuni oleh seorang wanita melalui tingkap dapur yang tidak berkunci.

Tambahnya lagi, wanita yang berumur antara 42 tahun itu yang menyedari suspek berada di dalam rumahnya terus menjerit menyebabkan suspek gabra dan kelam kabut melarikan diri bertindak meloncat dari tingkat satu bangunan yang dimaksudkan.

Empat (4) telefon bimbit yang yang dicuri oleh suspek, kata Fadzil, berjaya dirampas daripada lelaki berkenaan dan kini suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

13 comments:

  1. Pencuri ini sudah mendapat balasannya.

    ReplyDelete
  2. teruknya kecederaan pencuri ni. hampir tak sanggup tengok. kan lebih baik menyerah diri saja daripada jadi seperti ini.

    ReplyDelete
  3. Semoga menjadi pengajaran. Lain kali jangan mencuri lagi.

    ReplyDelete
  4. Itulah balasan yang diterima kerana melakukan kesalahan.

    ReplyDelete
  5. Inilah balasan orang yang melakukan kejahatan dibalas dengan kejahatan....

    ReplyDelete
  6. Sedarlah perbuatan kita nanti akan balik kepada kita juga....

    ReplyDelete
  7. hhmmm, kesian tapi siapa suruh mencuri. huhu

    ReplyDelete
  8. Moga perkara ini akan jadi pengajaran. Jadi setiap kita harus menjauhkan diri dari jenayah.

    ReplyDelete
  9. sungguh malang nasib pencuri tersebut. itulah akibatnya mencuri.

    ReplyDelete
  10. sedikit kesilapan, hancur masa depan..

    ReplyDelete
  11. pekara ini harus menjadi pengajaran dan harap pencuri tersebut insaf..

    ReplyDelete